

Timun A
Timun B
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aduh, Sakitnya Terhiris Pisau, Enam Bahan Dari Dapur Boleh Merawatnya.

Terhiris pisau semasa memotong atau menghiris ketika memasak memang lumrah kan. Rasa nyilu dan pedih tu pasti membuat kerja memasak tidak selesa. Kadang-kadang walaupun dah disapu ubat bekas yang tinggal susah nak hilang di kulit.
Sebenarnya luka boleh dirawat menggunakan bahan-bahan semulajadi . 5 bahan ini kecuali lidah buaya adalah ramuan dalam masakan yang boleh dijadikan ubat merawat luka. Jom semak…
1. MADU

Bahan alami yang banyak manfaatnya untuk kesihatan. Madu juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka terkena pisau. Sapukan di kawasan jari atau tangan yang terdapat luka. Kemudian biarkan selama 12 jam hingga madu betul-betul kering dan terasa meresap di kulit.
Selepas itu baru dibersihkan dengan air yang mengalir. Teruskan menggunakannya walau luka sudah kering kerana ia berupaya memudarkan bekas luka itu.
2. SERBUK KOPI

Serbuk kopi yang dicampur dengan air biasa dan dikacau menjadi pes boleh disapu ke atas luka. Biarkan hingga kopi mengering, kemudian bilas dengan air bersih. Anda boleh juga menaburkan serbuk kopi tanpa dicampur air. Serbuk kopi dipercayai dapat menghentikan pendarahan kecil akibat terhiris pisau.
3. LIDAH BUAYA @ ALOE VERA

Anda ada menanam lidah buaya di halaman rumah? Tanaman ini banyak khasiat perubatannya. Ia boleh menyembuhkan luka akibat terhiris pisau dan yang lebih hebat lagi ia boleh merawat jika anda terkena percikan minyak goreng yang panas.
Caranya belah lidah buaya lalu ambil isinya dan bersihkan hingga getah berlendirnya hilang. Sapukan lidah buaya tersebut ke bahagian luka. Gunakan secara teratur hingga luka mongering dan beransur menghilangkan parut yang ditinggalkan.
4. HALIA

Halia merah atau putih keduanya dapat menyembuhkan luka ringan. Ambil halia sebesar ibu jari lalu parut menjadi halus. Balutkan ke bahagian jari atau tangan yang luka. Tunggu hingga mongering, dan bilas hingga bersih. Anda boleh membalutnya dengan kain kasa untuk mengelakkan halia tertanggal.
5. TEH HIJAU

Teh yang biasa dikaitkan dapat membantu menurunkan berat badan, nyata dapat dimanfaatkan untuk menyembuhkan dan menghilangkan bekas luka.
Cara menggunakannya adalah ambil kapas dan kemudian celupkan ke dalam teh hijau yang sudah diparut terlebih dahulu. Sapukan luka dengan kapas itu rata-rata sambal ditekan perlahan.
6. BAWANG PUTIH

Kandungan anti oksidan yang terdapat dalam bawang putih berperanan menyembuhkan luka kecil akibat pisau. Untuk mendapatkan manfaat anti oksidannya, bawang putih harus terlebih dahulu dicincang halus atau ditumbuh. Boleh juga membelah dua bawang putih . Lalu sapukan di atas luka ringan tadi.
Perlu diingat daripada bahan-bahan tadi ada yang mungkin menimbulkan rasa pedih sedikit ketika digunakan. Kenalah bertahan sedikit kalau mahu sembuh dengan baik. Yang penting korang kenalah berhati- hatilah bila memasak ya. Selamat memasak.
Simpan Bawang Dan Kentang Jangan Letak Dekat-Dekat, Ini Sebabnya

Simpan bawang dan kentang di dapur jangan dekat dekat ya. Tapi yang selalu kita buat adalah sebaliknya.
Kedua bahan ini memang kita letak dalam bekas yang berdekatan malah da juga yang menyimpannya dalam satu bekas. Ini lagi sikap besar.
Perlu diketahui bahawa bawang dan kentang ini memang tidak serasi diletakkan berdekatan, ia akan menyebabkan keduanya cepat rosak.
Elak simpan bawang dan kentang dekat-dekat

-Bawang kuat ‘merembes’ gas etilena menyebabkan kentang cepat bercambah.
-Kentang ‘berpeluh’ banyak, akibatnya boleh buat bawang jadi lembik dan berair bila diletakkan berdekatan.
– Bila dua-dua bertemu, cepat ‘panas’ dan tak tahan lama
Cara simpan yang betul
-Simpan kentang dalam beg kertas, tempat sejuk dan gelap.
-Bawang pula kena letak tempat kering dan berangin.
-Jangan campurkan sayur yang mengeluarkan gas etilena dengan sayur yang sensitif.
INFO: Jangan makan kentang bertunas
Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan kita berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.
Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.
Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.
Sumber: Jehan Noor
Baca Lagi: Cara Betul Simpan Bawang Jika Beli Dalam Jumlah Yang Banyak Supaya Tak Cepat Busuk
Petua Hati Dan Pedal Ayam Tidak Meletup Ketika Digoreng.

Pasti ramai yang risau jika menggoreng hati dan pedal ayam. Ini kerana, dua benda ini memang akan meletup bila digoreng. Silap percaturan, habis merecik minyak panas di tangan. Oleh yang demikian, ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam peti sejuk atau dibuang. Sayangnya….
Ada banyak petua dan cara yang dikongsi ramai untuk mengatasi masalah ni. Ada yang kata kelar dulu, goreng sekali dengan isi ayam dan banyak lagi. Jika anda pernah cuba dan tidak berapa menjadi, usah khuatir kerana ada lagi cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini.

CARA-CARA GORENG HATI & PEDAL AGAR TIDAK MELETUP
Apa yang anda perlukan ialah:
- Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
- Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
- Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
- Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.
Selamat mencuba!

