Kadangkala ada sesetengah individu bersikap menunggu untuk mencuci pinggan mangkuk di dapur. Pada hal sewajarnya sebaik memasak haruslah menggesa diri untuk membersihkan peralatan dapur yang digunakan. Jangan tunggu lama untuk mencuci pinggan mangkuk kotor yang memang banyak kotoran dan kadangkala sukar dibersihkan.

Kebiasaan buruk melonggok cucian pinggan mangkuk tidak baik untuk kesihatan seisi keluarga. Pinggan mangkuk kotor yang dibiarkan berhari-hari melonggok menyebabkan pembiakan bakteria pada permukaan piring, gelas serta singki dapur. Perkara ini bertambah buruk jika anda mempunyai haiwan peliharaan, bakteria akan semakin mudah tersebar di dalam rumah.

Dapur merupakan tempat yang perlu terjaga kebersihannya kerana di sinilah tempat kita mengolah makanan.Bakteria dan kuman berbahaya biasa ditemui di dapur
dan penyebab pelbagai penyakit. Salah satu penyakit yang boleh disebabkan oleh bakteria ialah gangguan gastrointestinal.

Cara terbaik adalah segerakan mencuci pinggan mangkuk apabila selesai memasak, jangan pula dibiarkan lama di singki.Segera cuci semua peralatan dapur dan peralatan makan setelah makan. Dapur bersih dan sedap mata memandang.

Tip mudah mencuci pinggan mangkuk yang boleh jadi rujukan semua:

1. Buang dulu sisa makanan

IKLAN

Sisa makanan yang ada di pinggan mangkuk, sebaiknya jangan dibuang ke dalam singki kerana dapat menimbulkan penyumbatan, ini boleh membuat bakteria
bertambah apabila saluran tersumbat kerana makanan. Lebih baik kumpulkan sisa-sisa makanan, letak dalam beg plastik, kemudian buang ke tempat sampah.
Setelah itu baru diteruskan dengan mencuci pinggan mangkuk.

2. Rendam di dalam air panas

Isi singki dengan air panas dan rendam piring kotor ke dalamnya. Ia bertujuan agar sisa makanan yang melekat di pinggan mangkuk dan peralatan dapur
lebih mudah dibersihkan nanti sehingga anda tidak terlalu banyak mengeluarkan tenaga ketika mencuci pinggan mangkuk.

3. Gunakan sabun khusus untuk mencuci pinggan mangkuk

Kini terdapat banyak sabun cuci pinggan yang kandungannya telah dilengkapi dengan anti bakteria. Jenis sabun ini tidak hanya membersihkan piring kotor dengan cepat
dan efektif, kandungan anti bakteria di dalamnya juga boleh menghilangkan bakteria yang mungkin ada di pinggan mangkuk dan peralatan dapur lainnya.

4. Gunakan air mengalir

Cucilah pinggan mangkuk di laluan air mengalir sehingga kotoran yang melekat boleh hilang dengan lebih cepat.
Anda juga boleh mencuci pinggan mangkuk dengan lebih mudah serta tidak perlu mengeluarkan tenaga yang terlalu banyak untuk mencucinya.
Ganti secara berkala span yang digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk untuk menghindari bakteria melekat di dalamnya.

Sumber gambar: 123 royalty free

INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR & RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH ANDA, JOM LAYARI DI SINI.

Buat Sendiri Nasi Beriani Sempoi Di Rumah, Tak Perlu Beli Dah

Nak Kentang Lebih Tahan Lama? Ini Petua Untuk Anda

Tip Jimat Masa Di Dapur, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sendiri Pes Tomyam, Senang Nak Masak