Kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan amat dinanti dan bermula Ahad ini, umat Islam akan menjalani ibadah berpuasa. Bila datangnya waktu ini, pelbagai nostalgia Ramadan akan diimbau. Ada suka, ada yang kurang gembira. Bermacam-macam kisahnya.
Hari ini dalam episod pertama Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung musim terbaru menyajikan aksi selebriti cantik manis, Elyana dan ibu saudaranya Makcu Zaza yang akan berkongsi resipi berbuka nostalgia beliau setiap kali balik ke kampung halaman.
Ditayangkan di Astro Prima sebentar tadi, Elyana yang ditemani pengacara Awal Ashaari telah berkongsi dua resipi istimewa iaitu Daging Berlado dan juga Bubur Sum Sum. Wow… Nampak sedaplah masakannya. Tak sangka Elyana ni pandai memasak rupanya. Biasa lihat aktif di pentas nyanyian dan lakonan sahaja. Rupanya dekat dapur pun hebat juga aksinya.
Tengoklah juga Bubur Sum Sum tu, sangat menggugat selera. Masak pula guna santan segar, lagilah mantap. Rupanya Awal Ashaari ni tak pernah rasa Bubur Sum Sum ni. Sekali cuba, baru tahu betapa nikmatnya makan waktu berbuka. Tidak dilupa pada Cik Pong dan Adik Comel kerana membawa santan untuk mereka masak. Kalau tidak, kena ke kedai lagi.
Terliurnya… Jadi jangan lupa cuba menu yang Elyana kongsikan sebentar tadi. Mudah dan pastinya enak. Sesuai sangat dijadikan sajian untuk berbuka anda di sepanjang bulan Ramadan ini. Selamat mencuba!
Ads
1.DAGING BERLADO
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji cili api merah
500gm daging – direbus, dihiris nipis dan lebar
1 sudu besar serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
2 helai daun limau purut
2 biji limau kasturi
1½ sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
1 cawan air rebusan daging
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili api merah. Ketepikan.
2. Gaulkan daging rebus bersama serbuk kunyit dan goreng didalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan daun limau dan perahan jus limau kasturi. Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
2. BUBUR SUM SUM
BAHAN-BAHAN BUBUR:
Ads
2 cawan tepung beras
5-6 cawan air
1 cawan santan pekat
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil pewarna hijau (jika suka)
BAHAN-BAHAN (A): AIR GULA
3-5 ketul gula melaka
2 helai daun pandan
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua sekali bahan-bahan untuk membuat bubur ke dalam periuk. Kacau sebati sehingga tiada ketulan tepung.
2. Buka api perlahan dan masak adunan tadi sehingga likat dan meletup-letup. Bila tepung meletup begitu, ia menandakan tepung telah masak.
3. Jika mahu buat Bubur Sum Sum dua warna, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Asingkan adunan putih ke dalam bekas lain, bakinya tambah sedikit perwarna hijau.
4. Tuang adunan ke dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum dipotong dan dinikmati.
5. Untuk gula merah, masak gula melaka bersama air dan daun pandan. Kemanisannya bergantung pada cita rasa masing-masing.
6. Sejukkan air gula dan hidangkan bersama Bubur Sum Sum.
Ads
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda patut cuba resipi Nugget Ayam Kentang Crispy homemade ni. Bukan apa, kebanyakan nugget sejukbeku yang dibeli mempunyai kandungan garam serta MSG yang tinggi. Sangat tidak bagus untuk kesihatan. Bila buat sendiri, pastinya lebih sihat, kebersihan terjamin malah lebih sedap. Jadi jika anak-anak makan, tidaklah sang ibu rasa terlalu risau akan kandungan yang terkandung di dalamnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sharinaz Redwanni. Berbaloi buat stok banyak-banyak dalam peti sejuk.
Tepung gomak merupakan kuih tradisi Melayu yang digemari ramai. Ia adalah salah satu jenis kuih yang menggunakan tepung kacang hijau. Jom kita cuba buat di rumah, resipinya tak susah pun..Boleh lah dihidangkan ketika sarapan atau minum petang nanti..kena pula dengan air kopi panas atau ais..Alahai nikmatya..
TEPUNG GOMAK
BAHAN TEPUNG
300 gm tepung pulut
1 cwn air
Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
Campurkan tepung dan garam.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Sekiranya air tidak mencukupi boleh la di tambah lagi.
BAHAN INTI
200 gm gula merah
1/2 cwn gula putih
1/2 cwn air
1 bj kelapa parut
2 st tepung gandum
2 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
Campurkan gula merah, gula putih, air dan sehelai daun pandan.
Masak sehingga gula larut. Tapis air gula.
Masukkan semula air gula di dalam kuali.
Campurkan kelapa dan sehelai lagi daun pandan.
Masak sehingga kering.
Akhir sekali masukkan tepung.
TEPUNG KACANG HIJAU
200 gm kacang hijau
CARA PENYEDIAAN
Basuh kacang hijau sehingga bersih.
Goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan.
Kemudian dikisar halus.
Ayak tepung sebelum digunakan untuk mendapat hasil tepung yang halus.
CARA MEMBUAT TEPUNG GOMAK
Ambil sedikit adunan tepung, leperkan dan masukkan inti.
Bulatkan dan tekan sedikit sebelum direbus. apabila kuih telah timbul didalam air rebusan, angkat dan salutkan dengan tepung kacang hijau.
INFO: Resipi ini boleh menghasilkan lebih kurang 20 biji kuih tepung gomak.
Tidak kira masa, Kuih Siput rangup ni memang laris. Nak buatnya pun mudah je. Lagipun jika buat secara homemade memang lebih sedap, rangup dan puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Cik Lah Pink ni. Berbaloi sangat.
RESIPI KUIH SIPUT RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung gandum
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 paket serbuk kari kecil
1 sudu teh garam
1 kotak kecil santan
1 biji telur
Daun kari
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan uli hingga sebati.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan cubit doh kuih siput tadi.
Gelekkan doh pada acuan kuih siput, masukkan ke dalam minyak panas ebrsama daun kari dan goreng hingga garing.