Oreo merupakan salah satu makanan yang sangat digemari terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Jom kita lihat olahan resipi berasaskan oreo yang boleh dihasilkan dan dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga atau rakan-rakan. Selamat mencuba!
KEK OREO
BAHAN-BAHAN
250 gm butter
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri – (resipi ini guna tepung kek)
1 sudu kecil baking powder – tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo – kisar halus (boleh dikisar sekali dengan krimnya)
CARA PENYEDIAAN
Campurkan butter, gula, tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ya.
Campurkan oreo dan kacau rata.
Adunan dibahagikan kepada 3 dan dibakar berasingan.
Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak
BUTTERCREAM
BAHAN-BAHAN
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup
CARA PENYEDIAAN
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
Masukkan golden syrup perlahan-lahan dan pukul lagi hingga rata.
Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak masing-masing.
CARA MENDECO KEK
BAHAN-BAHAN
Ads
Buttercream
Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)
CARA PENYEDIAAN
Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.
HIASAN COKLAT
BAHAN-BAHAN
Coklat compound secukupnya
CARA PENYEDIAAN
Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.
INFO: Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.
Masak bahan A sehingga gula hancur sepenuhnya, tutup api dan ketepikan seketika.
Kacau sebati bahan B dan masukkan bahan C. Tapiskan kemudian tuang kedalam bahan A yang telah di masak tadi dan panaskan semula diatas api sederhana. Kacau supaya ianya tidak hangus dan sehingga naik wap.Tutup api.
Bahagi kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk lapis coklat, ambil 2 cawan adunan puding dan campur dengan milo dan coklat paste.
Adunan selebihnya dibahagi lagi untuk warna kuning dan warna asal.
Sediakan loyang 8 inci yang telah disejukkan dan tuang satu cawan adunan coklat dan biarkan sejuk/ mengeras seketika. (jangan terlalu keras nanti ia terbuka bila dipotong. Cukup bila di sentuh permukaan ia tidak melekat di jari)
Carik sedikit dipermukaannya dengan garfu kemudian tuang adunan warna kuning 1 cawan juga dan susun oreo.
Ulang cara yang sama kecuali adunan coklat untuk lapis atas sekali.
Bila dan siap bolehlah disejukkan sepenuhnya dan baru dipotong.
Masakan ni simple je nak buat dia, tapi kalau dapat makan memang sedap sehingga menjilat jari. Lebih-lebih lagi bila makan dengan keluarga, mesti anak-anak suka.
Menerusi perkongsian daripada Che Nolly, tidak perlu ambil masa lama untuk menyediakan menu ini. Jom kita cuba.
RESIPI SAYUR TAUGE HIJAU
BAHAN-BAHAN:
Tauge hijau/tau miu /pea sprout Tofu telur/Japanese Tofu |dipotong bulat Sedikit tepung bestari – beli online di sini 2 ekor sotong | dipotong 3 cendawan shitake | dipotong nipis – beli online di sini 1 sudu sos tiram – beli online di sini Sedikit secukup rasa Maggi Sedikit minyak masak untuk goreng & menumis
1. Gaul japanese tofu bersama sedikit tepung bestari. Kemudian, digoreng garing. Angkat dan ketepikan. 2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bahan yang telah ditumbuk kasar. Tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan sos tiram dan serbuk secukup rasa Maggi. Kacau rata. Kemudian, masukkan sotong dan kacau rata. 4. Masukkan cendawan shitake yang telah direndam dan dipotong nipis. Gaul sebati. 5. Kemudian masukkan sedikit air supaya bahan tumis tidak kering dan hangit. 6. Masukkan tauge hijau/tau miu/pea sprout. Gaul kesemua bahan sehingga sebati. 7. Akhir sekali, masukkan japanese tofu. Gaul rata. Siap sudah menu sayur tauge hijau tumis bersama japanese taufu.
Andai buntu atau tidak punya masa untuk memasak, hidangan Cendawan Goreng Telur ini pasti menjadi hidangan penyelamat anda. Mudah, ringkas, cepat dan sedap. Anak-anak pun suka.
CENDAWAN GORENG TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
200g m cendawan tiram
1/2 biji bawang besar
1 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
1. Basuh cendawan dan toskan. Ramas sedikit supaya airnya keluar.
2. Pukul telur hingga hancur dan masukkan garam serta bawang yang telah dihiris nipis. Masukkan cendawan dan gaul rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan. Masak seperti membuat telur dadar. Setelah masak, angkat dan bolehlah dinikmati.
Hidangan manisan memang wajib ada di sebarang majlis keraian. Tanpanya, ibarat tak lengkap majlis yang dianjurkan. Tatkala sudah menikmati aneka makanan enak, manisan tentunya dicari sebagai pencuci mulut. Khas buat anda yang bakal mengadakan majlis rumah terbuka, RASA kongsikan aneka resipi manisan mudah yang boleh dicuba.
1. KEK BATIK BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
200gm serbuk milo
250gm mentega
3 sudu makan serbuk koko
1 tin susu pekat manis
Sepeket besar biskut Marie | patahkan empat
CARA MEMASAK:
Lapik loyang dengan patchment paper supaya mudah untuk keluarkan kek setelah masak.
Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana, masukkan susu dan serbuk milo.
Setelah sebati masukkan pula serbuk koko dan gaul sebati.
Akhir sekali masukkan biskut marie dan gaulkan.
Tuangkan semuanya ke dalam loyang dan tekan supaya mampat.
Simpan dalam peti sejuk selama 4/5 jam sebelum dihidangkan.
2. CHEESE TART
BAHAN PASTRY:
170gm mentega
50gm gula aising
1 biji telur gred C
280gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN CREAM CHEESE:
350gm cream cheese / krim keju
10 sudu makan susu pekat manis
5 sudu makan gula aicing
1 biji telur gred C
CARA MEMASAK PASTRY:
Pukul gula dan mentega sampai kembang dan putih.
Tambahkan telur dan esen vanilla.
Masukkan tepung dan uli menjadi doh.
Bulat-bulatkan doh dan tekankan kedalam acuan kemudian bakar dengan suhu 170C selama 20/25 minit.
CARA MEMASAK CREAM CHEESE:
Pukul dengan mixer semua bahan dan pastikan tidak berketul.
Paipkan atas pastry tart.
3. APAM POLKADOT
BAHAN-BAHAN:
150ml susu penuh krim
250gm tepung gandum
1 cawan gula kastor
3 biji telur gred A (sejuk)
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovelatte
CARA MEMASAK:
Masukkan telur, gula dan ovelatte ke dalam mixer dan putar dengan kelajuan maksima sampai sebatian menjadi kembang dan berwarna putih.
Masukkan susu dan baking powder mix lagi sampai sebati kemudian masukkan tepung mix dengan kelajuan sederhana.
Bahagikan kepada 4 bahagian dan letakkan warna yang berlainan.
Paipkan ke dalam acuan dan buatkan dot-dot.
Kukuskan selama 15 minit.
4. PUDING CARAMEL
BAHAN CARAMEL:
1 cawan gula
1/2 cawan air
BAHAN PUDING:
5 biji telur gred A
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
3 sudu makan gula
CARA MEMASAK CARAMEL:
Panaskan gula hingga menjadi hangus dan masukkan air.
Kemudian letakkan dalam loyang.
CARA MEMASAK PUDING:
Pecahkan telur ala-ala manja asalkan kuningnya tidak pecah.
Panaskan susu cair dalam periuk api sederhana dan tambahkan gula.
Tuangkan adunan tadi ke dalam telur yang telah dipecahkan dan kacau sebati.
Tapiskan adunan ke dalam loyang yang berisi caramel dan bakar selama 45 minit menggunakan cara stim bath suhu 160 darjah.
Setelah masak letakkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dihidangkan.
5. PUDING BUAH – BUAHAN
BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk agar-agar
1 tin buah-buahan koktail
150gm gula kastor
600ml air
1 tin susu cair
1 sudu teh perasa mangga
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan susu cair dan gula kastor.
Kemudian masukkan serbuk agar-agar dan perasa mangga masakkan selama 3 minit.
Tutupkan api dan masukkan buah-buahan koktail.
Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum di hidang.
6. PIC CUSTART TART
BAHAN PASTRY:
170gm mentega
50gm gula aicing
1 biji telur gred C
280gm tepung gandum
1sudu teh esen vanilla
BAHAN KASTARD:
1 cawan tepung kastard
3 1/2 cawan air suam
10 sudu makan susu pekat manis (ikut tahap manis kesukaan)
1 sudu makan mentega
BAHAN HIASAN:
Buah pic dalam tin
CARA MEMASAK PASTRY:
Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
Masukkan esen vanila dan telur kacau lagi.
Masukkan tepung dan uli menjadi doh dan tekankan dalam acuan.
Bakar doh selama 20/25 minit 170C.
CARA MEMASAK KASTARD:
Bancuh tepung kastard air dan susu.
Kemudian masak atas api sederhana dan kacau supaya tidak berketul.
Masak hingga pekat dan mendidih.
Tutup api dan paipkan dalam pastry tart, hias dengan buah pic.
7. EGG TART
BAHAN PASTRY:
170gm mentega
50gm gula aising
1 biji telur gred C
280gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN-BAHAN FILLING:
1 cawan susu cair
4 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 cawan air suam
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung kastard
CARA MEMASAK PASTRY:
Pukul gula dan mentega sampai kembang dan putih.
Tambahkan telur dan esen vanilla.
Masukkan tepung dan uli menjadi doh.
Bulat-bulatkan doh dan tekankan ke dalam acuan kemudian bakar dengan suhu 170C selama 20-25 minit.
CARA MEMASAK FILLING:
Larutkan gula dalam air suam.
Satukan semua bahan lain ke dalam air gula dan kacau sebati.
Tapiskan bahan dan tuangkan ke dalam pastry tart.
Bakar tart selama 25 minit pada suhu 160 darjah.
8. PUDING ROTI
BAHAN-BAHAN PUDING:
8 keping roti
2 cawan susu segar / cair
4 sudu makan gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan mentega |cairkan
1 kotak kecil kismis
BAHAN SOS KASTARD
1 tin susu cair
1/4 tin | gula dan susu
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK PUDING:
Masukkan susu, gula, esen vanilla dan kacau sebati.
Masukkan pula telur dan kacau lagi.
Carikkan roti kepada 4 bahagian biar serap sekejap , masukkan butter cair tadi dan letak separuh kismis.
Letakkan marjerin dalam bekas loyang dan letakkan dalam loyang.
Taburkan lebih kismis di atas roti dan bakar 180C selama 30 minit.
CARA MEMASAK SOS KASTARD:
Satukan semua bahan dalam periuk. Larutkan dahulu sebelum api dinyalakan.
Setelah rata,panaskan periuk dan kacau sehingga masak sampai sos menjadi pekat.
9. PUDING SUSU
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
600ml air
1/2 tin susu pekat
Sedikit pewarna
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan air hingga larut.
Masukkan susu pekat dan pewarna.
Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
10. PUDDING PEACH CUSTARD
BAHAN-BAHAN:
3 cawan air
1 cawan susu cair
100gm gula
15gm agar-agar kering
1 sudu makan tepung kastard
Hirisan buah pic secukupnya
CARA MEMASAK:
Rendam agar-agar kering selama 30 minit.
Didihkan agar-agar bersama air dan gula hingga larut sepenuhnya.
Tapis dan tuang semula ke dalam periuk. Masukkan susu cair, tepung kastard dan didihkan lagi dengan api yang kecil (sampai hampir mendidih). Pastikan bancuhan tidak berketul.
Di dalam acuan, susun beberapa hirisan pic lalu tuang bancuhan puding tadi.
Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.
11. CHOCOLATE PIE
BAHAN-BAHAN A:
280gm tepung gandum
115gm shortening
115gm mentega
1 biji telur
2 sudu makan air sejuk (berais)
Sedikit garam
BAHAN-BAHAN B (ISIAN):
120gm coklat masakan
140gm gula perang
55gm mentega
3 sudu makan golden syrup
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit.
Untuk membuat isian pai; cairkan coklat masakan, mentega dan golden syrup dengan kaedah ‘double boil’ hingga likat. Angkat mangkuk coklat cair dari kuali berisi air panas dan masukkan telur, esen vanila dan gula. Kacau sebati. Ketepikan.
Keluarkan doh dari peti sejuk. Canaikan doh hingga menjadi kepingan yang agak nipis dan letak doh di dalam acuan mini pai/tat. Bakar selama 10 minit terlebih dahulu. Sejukkan.
Tuang bancuhan coklat ke dalam acuan doh yang dibakar dan disejukkan tadi.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30-35 minit atau hingga keperang-perangan. Sejukkan pai.
Sejukkan di dalam peti sejuk selama sejam sebelum dihidangkan.