Empat Hidangan Dari Satu Biskut…Oreo Berbaloi DiCuba.

Share

Oreo merupakan salah satu makanan yang sangat digemari terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Jom kita lihat olahan resipi berasaskan oreo yang boleh dihasilkan dan dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga atau rakan-rakan. Selamat mencuba!

  1. KEK OREO

BAHAN-BAHAN

  • 250 gm butter
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung naik sendiri – (resipi ini guna tepung kek)
  • 1 sudu kecil baking powder – tepung dan baking powder diayak
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 8-10 keping oreo – kisar halus (boleh dikisar sekali dengan krimnya)

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan butter, gula, tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ya.
  2. Campurkan oreo dan kacau rata.
  3. Adunan dibahagikan kepada 3 dan dibakar berasingan.
  4. Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak

BUTTERCREAM 

BAHAN-BAHAN

  • 80 gm mentega
  • 200 gm krimwell
  • 350 gm golden syrup

CARA PENYEDIAAN

  1. Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
  2. Masukkan golden syrup perlahan-lahan dan pukul lagi hingga rata.
  3. Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak masing-masing.

CARA MENDECO KEK

BAHAN-BAHAN

  • Buttercream
  • Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)

CARA PENYEDIAAN

  1. Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
  2. Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
  3. Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
  4. Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.

HIASAN COKLAT

BAHAN-BAHAN

  • Coklat compound secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
  2. Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. Sejukkan kek sebelum dipotong.
  3. Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.

INFO: Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.

Kredit resipi & foto: Qasey Honey

2. MILKEY OREO COOKIES

BAHAN A

  • 130 gm butter
  • 70 gm gula
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • secubit garam

BAHAN B

  • 170 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung jagung
  • 20 gm tepung beras
  • 1/8 sudu teh baking powder
  • 20 gm cornflakes ~ dikisar
  • 20 gm serbuk badam
  • 20 gm badan nibs
  • 20 gm oreo ~ dikisar

HIASAN

  • Coklat putih ~ dicairkan
  • Coklat Oreo ~ dikisar

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati.
  2. Satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A.
  3. Uli adunan hingga menjadi doh.
  4. Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang disukai.
  5. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.
  6. Sejukkan.
  7. Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dicairkan.
  8. Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar.
  9. Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara

Kredit resipi & foto: Azlita Aziz

3. PUDING OREO KASTAD

BAHAN A

  • 15g agar-agar serbuk
  • 200g gula pasir – kalau manis kurangkan
  • 750ml air

BAHAN B

  • 1/2 tin susu cair @ 200ml
  • 3 biji telur

BAHAN C

  • 45g tepung kastad + 60g air – untuk membancuh sahaja

SAMPINGAN

  • 2 sdm milo + 1sdt coklat paste
  • Pewarna kuning sedikit
  • 1 bungkus biskut oreo (Inti terpulang suka yang mana) – patah 2

CARA PENYEDIAAN

  1. Sejukkan loyang 8 inci terlebih dahulu
  2. Masak bahan A sehingga gula hancur sepenuhnya, tutup api dan ketepikan seketika.
  3. Kacau sebati bahan B dan masukkan bahan C. Tapiskan kemudian tuang kedalam bahan A yang telah di masak tadi dan panaskan semula diatas api sederhana. Kacau supaya ianya tidak hangus dan sehingga naik wap.Tutup api.
  4. Bahagi kepada 2 atau 3 bahagian.
  5. Untuk lapis coklat, ambil 2 cawan adunan puding dan campur dengan milo dan coklat paste.
  6. Adunan selebihnya dibahagi lagi untuk warna kuning dan warna asal.
  7. Sediakan loyang 8 inci yang telah disejukkan dan tuang satu cawan adunan coklat dan biarkan sejuk/ mengeras seketika. (jangan terlalu keras nanti ia terbuka bila dipotong. Cukup bila di sentuh permukaan ia tidak melekat di jari)
  8. Carik sedikit dipermukaannya dengan garfu kemudian tuang adunan warna kuning 1 cawan juga dan susun oreo.
  9. Ulang cara yang sama kecuali adunan coklat untuk lapis atas sekali.
  10. Bila dan siap bolehlah disejukkan sepenuhnya dan baru dipotong.
  11. Sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Sue Norrman

4. PUDING MILO LAPIS OREO

BAHAN-BAHAN ( Saiz: 8″ persegi )

  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder – Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula – (resipi ini guna140g gula)
  • 1 tin @ 400g susu cair
  • 3/4 cup serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies – patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis

CARA PENYEDIAAN

  1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
  2. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  3. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  4. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  5. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
  6. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengann api paling kecil supaya tidak membeku.
  7. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
  8. Taburkan biskut oreo.
  9. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  10. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalamm peti sejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS

  1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya kerana takut lapisan tidak melekat.
  2. Jika membeku semua, guris-guriskan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
  3. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik

Kredit resipi & foto: Yatie

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

ANDA BOLEH JUGA SEMAK RESIPI INI :

Published by
Faridah Talib