Ramadan bulan penuh kemuliaan. Ramadan juga mengikat kasih sayang sesama kita dengan berkongsi rezeki dengan yang tersayang. Pastinya sepanjang Ramadan ini pelbagai menu lauk pauk mahupun kuih muih yang jarang dimasak ingin dihidangkan buat seisi keluarga. Pendek kata Ramadan adalah hari meraikan keluarga dengan masakan daripada air tangan sendiri.
Tidak lama lagi kita bakal meraikan Hari Raya. Pelbagai juadah raya bakal dihidangkan buat keluarga dan tetamu yang datang.Sudah tentu kita akan menyediakan rendang, kuah lodeh, kuah kacang dan pelbagai masakan yang menggunakan santan. Santan menjadi bahan penyediaan utama bagi kebanyakan menu raya.
Bagi memudahkan kerja, tidak perlu bersusah payah memerah santan untuk menyediakan masakan ini. Gunalah Santan SAJI.Memasak menggunakan Santan SAJI sedap dan menjimatkan masa.Malah Santan SAJI juga mempunyai keunikan aroma wangi santan dan rasa segar seperti baru diperah.
Kebersihan SAJI Santan lebih terjamin berbanding santan yang diperah secara manual. Ia dihasilkan menerusi proses Ultra High Temperature (UHT) sekaligus menjadikan SAJI Santan lebih selamat digunakan dalam masakan harian.
Terdapat 3 pilihan SAJI Santan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian masakan iaitu:
SAJI Santan Kelapa diperbuat daripada santan baru diperah dari kelapa yang dipilih khas untuk memberikan rasa yang terbaik. Tekstur santannya halus serta beraroma menjadikan masakan jadi lebih sempurna. Boleh didapati dalam saiz 200ml, 1 liter, dan pek jimat (200mlx6).
Manakala SAJI Krim Kelapa, lebih berlemak dan lebih krim. Teksturnya lebih pekat . Ia juga mempunyai rasa dan aroma santan yang lebih kuat. Sangat sedap digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan boleh didapati dalam saiz 200ml.
Pilihan lebih sihat SAJI Santan Light (dengan kandungan kurang lemak) juga diperbuat daripada kelapa segar yang telah dipilih khas untuk memberikan rasa yang enak. Walaupun kandungan lemaknya lebih sedikit berbanding Santan Saji, namun aroma dan kesegarannya terpelihara pada tahap yang terbaik. Bebas kolesterol dan tanpa bahan pengawet, makan tanpa rasa bersalah!
Menjelang raya yang bakal tiba, RASA berkongsi seleksi menu yang boleh anda sediakan di hari raya nanti. Pastinya enak bila menggunakan seleksi produk SAJI Santan. Gerenti sekeluarga suka.
AYAM KURMA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana, bersihkan dan tos
4 sudu makan rempah kurma
2 cawan SAJI Santan Kelapa
2 biji kentang | belah empat
2 biji tomato | belah dua
2 biji cili hijau | belah dua, buang biji
2 biji cili merah | belah dua, buang biji
2 biji bawang besar | belah empat
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRIS:
6 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris
2 batang serai | hiris
BAHAN PENUMIS
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumis bahan hirisan bersama bahan penumis hingga wangi.
2.Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
3.Masukkan ayam, kacau rata sehingga ayam layu.
4.Seterusnya masukkan SAJI Santan Kelapa, air asam, kentang, biarkan mereneh dan isi ayam empuk.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6.Akhir sekali setelah cukup rasa, masukkan bawang besar dan hirisan cili.
7.Selepas dua minit, tutup api. Angkat dan hidangkan.
PAJERI NANAS:
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji nanas manis | potong separa bulat
2 sudu makan kerisik
4 sudu besar rempah daging
1 sudu makan udang kering |dikisar kasar
1 cawan SAJI Santan Kelapa – dicampur dengan 2 cawan air
2 sudu makan gula perang
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
BAHAN HIRIS:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis dan bahan hirisan. Tumis hingga naik bau.
DALCA DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | hiris
1/2 batang lobak merah
150gm brokoli
10 biji cili padi | buang tangkai
3 batang kacang panjang
2 biji cili hijau | belah dua
2 biji tomato | belah empat
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
500ml SAJI Krim Kelapa
500ml air rebusan daging
250gm kacang dhal yang telah direbus
1 sudu makan pes asam jawa
3 sudu makan rempah kari daging
Garam dan guna secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
1.Daging tetel dicuci bersih, kemudian rebus hingga empuk.
2.Ketepikan dan asingkan 500ml air rebusannya.
3.Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama daun kari hingga wangi.
4.Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
5.Seterusnya masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
6.Apabila pecah minyak masukkan daging tetel, kacang dhal, air rebusan dan SAJI Krim Kelapa bersama air asam jawa.
7.Setelah mereneh lebih kurang 10 minit.Masukkan pula, lobak merah, brokoli, kacang panjang, hirisan cili hijau, cili padi dan tomato.
8.Akhir sekali, kecilkan api kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
ITIK RENDANG LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1 kg itik | potong kecil
1 kg SAJI Krim Kelapa
2 helai daun kunyit
3 sudu makan kerisik
3 batang serai | dititik
3 sudu makan lengkuas kisar | tapis dan buang airnya
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam keping
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili hijau
10 tangkai cili padi
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3cm halia
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan itik dengan perahan limau nipis atau kasturi. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air bersih. Tos dan ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan lengkuas yang telah ditapis airnya, kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.
3.Masukkan itik, kacau rata hingga sebati dengan bahan tumis. Biarkan hingga daging itik kecut dan airnya kering.
4.Masukkan SAJI Krim Kelapa, serai titik, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
5.Apabila kuah pekat, masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6.Kecilkan api dan terus kacau lebih kurang lima minit lagi.
7.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Jom menang Emas Raya berjumlah sehingga RM170,000 dengan menyertai Peraduan SAJI Sentiasa Di Sisi. Bermula 18 Mac – 28 Mei 2023.Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://fgvdelima.com/sajisentiasadisisi/