Empat Resipi Ringkas Daging Korban, 15 Minit Siap. Comfirm Sedap !

DAGING GORENG KURMA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | hiris nipis
  • 2  sudu makan rempah kurma
  • 2 sudu makan yogut
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 biji ubi kentang | potong memanjang
  • 2 pokok daun ketumbar | hiris
  • 3 biji cili hijau | hiris 2cm
  • 4-5 biji tomato ceri
  • 1 biji bawang besar | belah lapan
  • 3 ulas bawang berah | hiris
  • 5 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia | hiris
  • 2 batang serai | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
  2. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
  4. Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar.
  5. Kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Sebelum angkat, masukkan tomato ceri.
  7. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF:Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili padi

Empat Resipi Ringkas Daging Korban, 15 Minit Siap. Comfirm Sedap !

 

DAGING GORENG  KICAP

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging
  • 3 ulas bawang putih |ketuk
  • 1cm halia|hiris nipis
  • 5 biji cili padi|hiris kasar
  • 1 biji lada merah | hiris
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 biji kentang|potong dan goreng
  • 1 biji bawang besar|hiris
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Daging dihiris nipis dan gaul dengan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging sehingga empuk.
  3. Masukkan bawang putih, halia dan cili padi.
  4. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan lada sulah.
  5. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, bawang besar dan lada sulah. Kacau sebati.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Jika hendak masakan ini berkuah, tambah sedikit air.

Empat Resipi Ringkas Daging Korban, 15 Minit Siap. Comfirm Sedap !

IKLAN

DAGING MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging|rebus dan hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih|ketuk
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji lada benggala
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih sampai terbit bau dan masukkan cili goreng.
  3. Masukkan semua sos dan tambah sedikit air. Kacau sebati.
  4. Masukkan daging dan kacau lagi.
  5. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan lada benggala yang telah dihiris.
  6. Gaul seketika dan angkat.
  7. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Tidak perlu masukkan garam kerana rasa sos ikan yang memang masin.

IKLAN

Empat Resipi Ringkas Daging Korban, 15 Minit Siap. Comfirm Sedap !

DAGING GORENG LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging
  • 1 sudu teh serbuk  lada hitam
  • 1 sudu teh sos lada hitam
  • 1sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 biji lada benggala
  • 1biji bawang besar
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit cuka
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN TUMBUK:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Perap daging bersama lada hitam selama satu jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
  3. Masukkan kesemua sos dan diikuti daging yang telah diperap.
  4. Masukkan kicap manis, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekata.
  5. Masukkan lada benggala dan bawang besar yang telah dipotong.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Terpulang kepada anda untuk masukkan garam atau tidak kerana sos sudah pun masin.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI