Mi Kuah Daging sesuai dihidangkan sebagai menu tengahari atau dihidangkan pada tetamu yang berkunjung. Daging lembu yang direbus serta ubi keledek yang memaniskan kuah, cukup membuatkan mi kuah daging ini lazat sekali.
Ikuti perkongsian resipi Mi Kuah Daging Istimewa daripada Are Peace ini. Melihatkan hidangan ini saja dah kecur liur, apatah lagi saat menikmatinya. Jom kita buat.
MI KUAH DAGING
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning
1kg daging lembu (direbus sampai empuk dan dihiris nipis, ketepikan)
BAHAN KUAH:
1kg ubi keledek merah (kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk lalu ditoskan)
Masukkan keledek ke dalam pengisar bersama air. Kisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Masukkan pula udang kering bersama air ke dalam pengisar. Kisar halus juga.
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga keperangan dan berbau wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak dan masukan serbuk kari. Kacau dan gunakan api sederhana.
Ads
Masukkan air rebusan daging ke dalam periuk. Masukkan juga keledek yang telah dikisar, sos cili, sos tomato, dan udang kering kisar. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan tomato yang telah dikisar tadi. Biarkan mendidih dengan api sederhana. Tambahkan bancuhan tepung jagung.
Kacau sekali-sekala. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah mesti ada rasa pedas, manis dan masin secukupnya.
Apabila kuah mendidih dan nampak pekat, boleh matikan api dan taburkan daun bawang dan sedikit bawang goreng.
Sedia dihidang bersama mi kuning dan bahan taburan.
Dulu masa kecil, saya selalu bermain di rumah jiran Cina, India di Felda Bukit Rokan. Antara makanan mereka yang masih kekal dengan saya hingga kini ialah SUP TEPUNG. Alhamdulillah. Jadi fav family. Boleh buat sarapan, boleh juga buat sebagai makan malam. Berkhasiat, sedap, lembut dan mengenyangkan. Sesuai untuk orang sakit, orang tua dan kanak-kanak. Bahan paling mudah dan murah. Budak-budak asrama pun boleh masak dalam rice cooker. Cubalah sendiri.
SUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 sudu ikan bilis
Seikat sawi (rm3- sawi kampung lagi best)
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Uli tepung, sedikit garam dan air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih, bawang merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.
3. Masukkan air 1 liter. Biarkan mendidih.
4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, tarik guna dua-dua tangan hingga jadi sekeping nipis.
5. Masukkan tepung ke dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar menggelegak sekejap, agar tepung masak.
6. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.
7. Masak hingga sawi empuk. Tutup api, sedia dimakan.
Suka makan kuetiau? Jom belajar buat kuetiauhomemade ni. Lepas ni kalau dah pandai buat sendiri, tiba-tiba terasa nak makan kuetiau goreng tapi kurang rajin nak pi beli dekat kedai, bolehlah buat sendiri. Malah bila buat sendiri ni tentunya lebih bersih, lebih jimat dan dijamin halal. Jom lihat resipi perkongsian saudari Kak Yong Ima Shida ni. Memang mudah, lebih bersih serta jimat!
CARA BUAT KUETIAU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 3/4 cawan tepung gandum (340gm)
1 cawan tepung pulut (125gm)
1/2 cawan tepung beras (60gm)
1 biji putih telur
1 cawan air (250ml) Tambah 1-2 sudu besar jika perlu
1 sudu teh garam
1/2 cawan tepung ubi – untuk ditabur semasa proses mencanai agar tidak melekat
CARA MEMBUAT:
1. Satukan ketiga-tiga jenis tepung di dalam bekas.
2. Masukkan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika doh terlalu keras, tambah 1-2 sudu makan air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canai dan nipiskan doh menggunakan mesin mi atau pasta. Semasa menggelek, pastikan tepung sentiasa ditabur bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain.
4. Canai doh hingga nipis sebanyak 2 kali. ( empunya resipi canai guna mata no 5 sebanyak 2 kali, mata no 4 sekali.)
5. Setelah doh nipis, potong doh menggunakan pemotong pasta ( fetuccine) atau kueyteow.
6. Didihkan air dan masukkan 1 sudu makan minyak. Kemudian rebus kueyteow seketika. Jangan terlalu lama.
7. Setelah kueyteow timbul, itu menandakan ia telah masak. Segera angkat dan lalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji.
8. Toskan kueyteow hingga kering dan gaul bersama minyak masak sebelum disimpan atau dimasak.
Sebut sahaja menu asam laksa, terbayang dalam kepala kuah yang rasa cukup pekat dan masam dengan asam keping tetapi diimbangi dengan rasa manis, pedas.
Kalau anda teringin nak makan asam laksa penang, bolehlah cuba resipi yang dikongsi saudara Muhamad Muktamin Abdul Karim ini.
CARA BUAT ASAM LAKSA PENANG
BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA:
10 ekor ikan sardin | rebus, asingkan isi (separuh untuk dikisar, ketepikan yang selebihnya) 1.5 liter air (untuk merebus ikan) 1 tin kecil ikan sardin/mackarel (ambil isinya sahaja) Cili kering kisar (ikut kepedasan, saya guna 1 senduk) 5 biji cili merah| kisar – beli online di sini 2 biji bawang besar | kisar 1 inci lengkuas | dihiris – beli online di sini 2 inci belacan – beli online di sini 1 batang serai – beli online di sini 8 biji bawang merah – beli online di sini 1 ikat atau lebih daun kesum/daun laksa secukupnya 3 atau 4 asam keping (untuk rebus ikan & kuah laksa) – beli online di sini 1/2 cawan air asam jawa – beli online di sini 1 senduk minyak untuk menumis Pes otak udang Garam secukup rasa
3. Masukkan air rebusan ikan, belacan, daun kesum, serai, asam keping dan air asam jawa. Biarkan masak dalam 40 minit ke 1 jam atau sehingga agak pekat.
4. Masukkan isi ikan, ikan sardin dan pes otak udang. Gaul sebati kesemua bahan, masak sekejap sehingga ke tahap kepekatan yang dikehendaki.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.