Mi Kuah Daging sesuai dihidangkan sebagai menu tengahari atau dihidangkan pada tetamu yang berkunjung. Daging lembu yang direbus serta ubi keledek yang memaniskan kuah, cukup membuatkan mi kuah daging ini lazat sekali.
Ikuti perkongsian resipi Mi Kuah Daging Istimewa daripada Are Peace ini. Melihatkan hidangan ini saja dah kecur liur, apatah lagi saat menikmatinya. Jom kita buat.
MI KUAH DAGING
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning
1kg daging lembu (direbus sampai empuk dan dihiris nipis, ketepikan)
BAHAN KUAH:
1kg ubi keledek merah (kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk lalu ditoskan)
1 cawan udang kering (kisar) – Boleh beli online di sini
10 ulas bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
3 biji tomato (kisar)
2 batang serai (titik)
1 pek sup bunjut tulang – Boleh beli online di sini
1 pek kecil rempah kari daging – Boleh beli online di sini
1 cawan cili kisar
1 cawan sos cili
1 cawan sos tiram – Boleh beli online di sini
½ cawan minyak untuk menumis
5 liter air (termasuk air rebusan daging tadi)
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1 cawan air) – Boleh beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TABUR:
Tauge
Telur rebus
Tomato (dihiris nipis)
Bawang goreng – Boleh beli online di sini
Cili merah
Daun sup
Daun bawang
Tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
Limau kasturi (dibelah 2) – Boleh beli online di sini
Fish ball (digoreng)
CARA MEMASAK:
Hiris nipis bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia dan kisar halus.
Masukkan keledek ke dalam pengisar bersama air. Kisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Masukkan pula udang kering bersama air ke dalam pengisar. Kisar halus juga.
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga keperangan dan berbau wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak dan masukan serbuk kari. Kacau dan gunakan api sederhana.
Masukkan air rebusan daging ke dalam periuk. Masukkan juga keledek yang telah dikisar, sos cili, sos tomato, dan udang kering kisar. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan tomato yang telah dikisar tadi. Biarkan mendidih dengan api sederhana. Tambahkan bancuhan tepung jagung.
Kacau sekali-sekala. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah mesti ada rasa pedas, manis dan masin secukupnya.
Apabila kuah mendidih dan nampak pekat, boleh matikan api dan taburkan daun bawang dan sedikit bawang goreng.
Sedia dihidang bersama mi kuning dan bahan taburan.
Kredit: Are Peace
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official