Nasi Air merupakan sajian yang popular di Kelantan. Sedikit berbeza dengan sajian bubur kerana ia dihidangkan bersama kuah sup serta bahan-bahan sampingan yang lain. Nasi Air Kelantan juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sangat mengenyangkan dan mudah dibuat. Bagi anda yang nak cuba, saudari Nor Darwina Che Ismail ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

 

CARA MASAK NASI AIR KELANTAN

Enaknya Nasi Air Kelantan. Simple & Sangat Sedap.

BAHAN SUP AYAM:

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • Halia – sebesar ibu kaki – hiris
  • 1 uncang sup bunjut
  • Air secukupnya
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 kiub pati ayam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia dan sup bunjut hingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan jug air. Biar hingga ayam masak.
  3. Tambahkan agarm, gula, perasa dan kiub pati ayam. Kacau sebati dan matikan api.
  4. Toskan ayam dari kuah sup, dan carikkan isinya. Ketepikan.

BAHAN NASI AIR:

  • Beras secukupnya
  • Air – jumlahnya 2 kali ganda dari masak nasi biasa

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras hingga bersih. Toskan kemudian masukkan ke dalam kuali. Goreng tanpa minyak hingga kering airnya.

2. Masukkan beras ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur.

3. Masukkan beras kisar ke dalam periuk atau periuk nasi elektrik.

IKLAN

4. Tambahkan air. Jumlahnya haruslah 2 kali ganda dari sukatan air untuk nasi biasa. Sentiasa kacau nasi air hingga masak dan lembut.

5. Untuk menikmatinya, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.

Enaknya Nasi Air Kelantan. Simple & Sangat Sedap.

6. Letak lauk sampingan dan juga kuah sup secukupnya.

7. Nikmati bersama sambal untuk menyedapkan lagi rasa.

8. Selain nasi, boleh juga digantikan dengan mi kuning, kuetiau atau bihun.

IKLAN

Enaknya Nasi Air Kelantan. Simple & Sangat Sedap.

Enaknya Nasi Air Kelantan. Simple & Sangat Sedap.

LAUK SAMPINGAN:

  • Isi ayam yang dicarik – ambil dari rebusan sup
  • Ikan bilis goreng garing
  • Daging @ perut lembu rebus – jika suka
  • Tauge, kubis & kangkong celur
  • Hirisan daun sup, daun ketumbar dan daun bawang
  • Hirisan limau nipis
  • Bawang goreng
  • Kacang goreng ditumbuk halus – jika suka
  • Minyak bawang putih – jika ada

BAHAN SAMBAL PENAMBAH RASA:

  • Sambal – kisar cili, cuka, garam, gula dan sedikit air.
  • Sambal kicap – potong cili padi dan masukkan ke dalam campuran kicap manis dan cuka.
  • Cili jeruk
  • Serbuk cili kering – boleh dibeli di pasar raya

Enaknya Nasi Air Kelantan. Simple & Sangat Sedap.

Kredit resipi & foto: Nor Darwina Che Ismail

IKLAN

 

Nak cari RICE COOKER baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

Aneka Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Minyak

Koleksi Resipi Kerabu Air Tangan Mak-Mak Yang Mudah & Comfirm Sedap

Resipi Ayam Goreng Rangup Spicy Ala Mekdi. Sedap Boh…

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI