Kudapan ini adalah salah satu menu khas masyarakat bugis yang jarang ditemui, Uniknya kudapan ini menggunakan pisang sama ada menggunakan pisang raja dan pisangnya harus masak. Agar manisnya pisang benar benar terasa dan tidak ada rasa masam atau kelat.
Sanggar Belanda (telemek)
Bahan-bahan :
10 biji pisang raja yang tidak terlalu masak(saya guna pisang emas + berangan) sebab takde pisang raja. –
Segenggam kacang tumbuk (yang dan sangai/goreng) gaulkan dengan sedikit
Kuih kasturi ini memang sedap, ia antara kuih yang selalu dijual di gerai tepi jalan waktu petang. Tapi bila beli ramai yang frust sebab kulitnya tak rangup, ada juga yang hanya rangup waktu panas tapi bila dah sejuk jadi liat.
Kalau kuih kasturi yang dibeli tak memenuhi citarasa apa kata belajar buat sendiri kuih tradisi ini. Lagi satu, jika buat sendiri lebih berbaloi. Dengan 1/2 kg kacang hijau boleh dapat 50-60 biji. Boleh simpan untuk frozen sekali.
Jika nak cuba, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Iin Ismail yang turut menjual kuih ini.
Buat sendiri kuih kacang hijau/ kuih kasturi
Bahan untuk kacang hijau
1/2 kg kacang hijau
Daun pandan
2 cawan gula atau ikut manis
Garam sedikit
1/2 biji kelapa parut
2 sudu makan tepung gandum
Cara membuat:
Rebus kacang hijau rebus bersama daun pandan sampai empuk bersama daun pandan.
Bila dah kering air tambah dulu garam, kelapa parut dan tepung gandum.
Tepung gandum tak guna banyak sebab nanti rasa kacang hijau akan ‘lari’, keras dan kurang sedap.
Gaul rata dan biarkan sejuk.
Bila dah sejuk boleh uli, simpan dalam peti sejuk. Esok boleh bentukkan dan buat bancuhan tepung. Nak goreng terus pun boleh.
Bahan bancuhan tepung
3 cawan tepung beras
Sedikit garam
Sedikit air kapur sikit
Sedikit kunyit
Air
Cara membuat:
Bancuh semua bahan dalam mangkuk hingga sebati.
Kemudian celup kacang hijau ke dalam bancuhan dan goreng hingga kekuningan.
Guna tepung beras saja ya untuk dapatkan kulit yang ranggup dan tak liat bila sejuk.
Untuk frozen
Untuk buat kuih kasturi frozen, goreng kuih sekejap saja, agak-agak sehingga tepung salutan bertukar warna dan kita dapat bentuk kuih yang tetap, dan tidak fragile. Sejukkan dan boleh simpan dalam freezer.
Waktu sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, kadang kat rumah dah tiada sayur. Maklumlah sayur kan tak tahan lama. Jadi, sementara nak keluar beli sayur, apa kata cuba buat popia menggunakan bahan frozen food yang ada di rumah.
Melalui facebook, Izwani Zainal berkongsi resipi membuat popia isi ketam dan sosej. Nampak senang nak buat. Boleh cuba. Dia turut tambah sayur campur yang boleh disejukbekukan dalam popia itu. Jom try.
Suka makan Kuih Seri Muka Durian? Maklumlah, tengah musim kan. Durian antara buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Selain dimakan begitu sahaja, raja buah ni juga enak dicampur dalam pelbagai sajian. Nak cuba buat? Saudari Atier Syah ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Kisar semua bahan lapisan atas. Kemudian tapis dan masak di atas api perlahan sehingga naik wap. Anggaran masa lebih kurang 3 minit. Adunan kena sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
Tuang adunan ke atas lapisan pulut tadi.
Kukus kuih Seri Muka selama 40 minit. Buka tudung periuk kukusan dan kukus lagi selama 5 minit bagi mengeringkan air pada permukaan kuih.
Padamkan api dan sejukkan selama beberapa jam. Potong kuih menggunakan pisau plastik untuk hasil potongan yang cantik.