Suka makan snek dan tak boleh berhenti mengunyah? Ada 6 “super food” penuh khasiat yang anda boleh kunyah tanpa risaukan berat badan! Ucapkan selamat tinggal pada junk food!
1. KRANBERI KERING
Buah kranberi bukan sahaja sedap dimakan, malahan ianya penuh dengan khasiat untuk wanita. Ianya rendah karbohidrat, tetapi kaya dengan sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astrigen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. Sebagai wanita, kita sering didengari dan kadang-kadang kita sendiri ada masalah jangkitan saluran kencing (UTI) atau Urinary Tract Infection, bukan? Kranberi mengandungi proanthocyanidins yang membantu dengan melekat kepada bakteria dan menghapuskan mereka agar mereka tidak dapat melekat pada dinding saluran kencing.
Dikhabarkan berasal dari China, buah kiwi dikenali dengan khasiat perubatannya sejak zaman dahulu. Buah yang dikategorikan sebagai buah eksotik ini mengandungi kandungan Vitamin C yang lebih tinggi dari buah oren dan lemon! Kandungan Vitamin C yang tinggi menjadikan ia bersifat antioksidan yang kuat, sekaligus membantu dalam mengelakkan pertumbuhan kanser atau inflamasi. Selain itu, buah kiwi juga terkenal sebagai buah yang membantu meningkatkan tahap imuniti seseorang.
Buah tin mengandungi gula semulajadi, mineral dan serat larut yang tinggi. Ianya kaya dengan mineral termasuk kalium, kalsium, magnesium, dan zat besi dan merupakan sumber antioksidan A, E dan K yang baik. Segar atau kering, buah tin adalah sumber yang penting dari kedua-dua jenis serat makanan. Serat larut membuatkan kita berasa kenyang dan menggalakkan tahap gula darah dan kolesterol yang sihat, manakala serat tidak larut menyokong pencernaan yang baik dan usus yang teratur. Kalium dalam buah tin pula membantu menjaga cecair dan mineral seimbang di dalam dan di sekeliling sel-sel dan seluruh badan anda, yang penting untuk fungsi saraf, otot dan jantung yang normal. Dikenali sebagai buah yang turun dari syurga, buah tin semestinya datang dengan pelbagai khasiat dan manfaat untuk kita semua.
Betik adalah buah tropika dengan rasa manis yang unik dan eksotik. Ianya kaya dengan serat makanan, antioksidan, dan beta-karoten. Papaya kering adalah salah satu kudapan yang baik untuk memenuhi keinginan terhadap makanan manis sambil menyediakan tubuh dengan sumber tenaga nutrien. Selain itu, betik juga membantu sistem pencernaan kerana mengandungi enzim yang penting untuk mencerna protein, lemak, dan kanji. Tambahan pula, serat buah ini membantu dalam penstrukturan semula saluran pencernaan. Buah betik kering juga bersifat alkali, dan inilah salah satu sebab ianya sering dimakan untuk menenangkan perut yang terganggu.
Digemari oleh kebanyakan golongan vegetarian kerana potensi protein mereka, kacang kuda adalah sumber serat yang hebat. Ianya kaya dengan sumber protein yang baik dan tidak mempunyai kalori yang tinggi atau lemak tepu seperti yang terdapat dalam sumber protein yang lain. Di samping itu, kandungan serat yang tinggi, kalium, vitamin C, dan vitamin B-6 menyokong kesihatan jantung serta membantu menurunkan jumlah kolesterol dalam darah dan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Satu kajian membuktikan bahawa pegambilan 4069 mg kalium setiap hari mempunyai risiko kematian sebanyak 49% lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik berbanding mereka yang menggunakan kurang kalium (kira-kira 1000 mg sehari).
Walaupun kecil, kacang pistachio adalah sangat berkhasiat. Kekacang kecil ini mengandungi protein, serat dan banyak vitamin dan mineral. Menambah pistachio dalam pelan pemakanan juga boleh memberi manfaat kepada hati anda. Kacang pistachio adalah sumber protein tumbuhan yang sangat tinggi, menyediakan jumlah asid amino yang mencukupi dan seimbang. Selain itu, ianya juga sangat kaya dengan phytosterols, yang secara langsung dikaitkan dengan menurunkan tahap kolesterol, dan boleh menawarkan perlindungan daripada beberapa jenis kanser. Kacang pistachio yang lazat ini telah lama dilihat sebagai simbol kesejahteraan dan kesihatan sejak zaman purba.
Nak beli BAHAN SEGAR untuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Beli je secara online DISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Macam ni rupanya buat Keropok Nasi homemade. Jika anda dan keluarga suka makan snek, sesuai sangat buat sendiri keropok ni. Sedap, mudah dan tidak menggunakan MSG. Lebih sihat tau! Buat banyak-banyak, bila dah kering, simpan dalam balang. Tahan lama. Bila rasa nak makan, tinggal goreng je. Resipi keropok nasi ini dikongsi dari saudari Norhawati Nadzir. Nampak mudah nak buat. Jadi jom cuba. Pasti sedap.
CARA MEMASAK:
1.Ambil nasi dan rendam dengan air selama 2 jam. Toskan.
2. Satukan nasi, bawang putih, ikan bilis dan serbuk ketumbar. Kisar halus bersama sedikit air. Air hanya guna sedikit sahaja, sekadar untuk mudahkan mengisar.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan campurkan dengan tepung ubi sambil digaul hingga menjadi doh. Sukatan tepung ubi agak-agak sahaja sampai boleh jadi doh yang tidak keras sangat dan tak lembik sangat. Cukup sekadar sampai doh boleh dibentuk sahaja sudah memadai.
4. Bentukkan doh menjadi lonjong, rebus hingga doh timbul, angkat dan warnakan. Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.
5. Keluarkan doh keropok dari peti ais n potong halus semua n jemur seharian.. Bila dah kering elok, bolehlah disimpan atau digoreng.
Anak-anak memang suka makan Nugget Ayam. Kalau beli, kadang kala kandungan garam serta lemaknya buat kita ragu-ragu. Jadi, puan-puan boleh cuba buat sendiri. Rupanya mudah sangat nak buat Nugget Ayam homemade ni. Rasanya sangat sedap dan ‘moist’. Malah boleh tambah aneka sayursupaya jadi lebih sihat. Bahan-bahan yang diperlukan dalam resipi perkongsian saudari Wan Murni ni pun ringkas dan tak mahal. Memang berbaloi cuba.
1.Satukan isi ayam, lobak merah, ubi kentang, telur, garam secukup rasa dan daun sup. Kisar. Jika blender susah nak mengisar, tambah sebiji telur lagi. Kisar halus.
2. Setelah siap dikisar, tambahkan tepung ubi kayu. Sebatikan.
3. Tuang adunan nugget ayam ke dalam loyang atau bekas bersesuaian.
4. Kukus selama 25 minit sehingga masak.
5. Bila siap dikukus, sejukkan dan barulah dipotong mengikut saiz yang disukai.
6. Pecahkan telur dan celup kepingan nugget ayam.
7. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga rata. Lakukan hingga habis.
8. Panaskan minyak dan goreng nugget hingga garing keperangan.
9. Angkat dan hidangkan bersama mayones dan sos kegemaran.
Nampak macam sedap je kan makan murtabak. Pakai kulit popia je. RASA kongsikan resipi daripada Deyana Hatazad yang memang confirm senang nak buat dan sedap rasanya.
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
1 labu bawang holand | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
1 peket daging kisar
Sedikit air
1 peket rempah kari (saiz kecil)
1 batang lobak merah | disagat
1 biji kentang | disagat
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
2 biji telur ayam
1 peket kulit popia
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang holand dan bawang putih yang telah dikisar sehingga kekuningan
2. Masukkan daging. Gaul dan biarkan seketika serta letakkan sedikit air.
3. Masukkan rempah kari, lobak merah dan kentang.
4. Jika daging belum empuk, tambah sedikit air sampai rempah kari pecah minyak. Masukkan garam dan lada hitam.
5. Angkat adunan asingkan air daging jika banyak. Dalam bekas lain pecahkan telur ayam dan kacau.
6. Masukkan adunan sehingga adunan dengan telur ayam jadi pekat.
7. Sedia dilipat. Masak atas kuali yang diletak dengan sedikit minyak. Siap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!