Esok Jom Sarapan Roti Puri , Cecah Kari Daging..Pergghh.

Share

Roti puri yang membelon macam ni memang sedap dibuat sarapan pagi. Lagi pulak dapat cecah dengan kuah kari daging.

ROTI PURI BELON BERSAMA KARI DAGING


BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh yis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 air panas

CARA MEMASAK :

  1. Tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.
  2. Masukkan air panas..gaul rata..uli sampai adunan tidak lekat ditangan..kemudian bulat-bulatkan..perap selama 15minit.
3. Setelah adunan kembang,lenyekkan dengan penggelek.


4. Panaskan minyak.goreng sampai agak kekuningan.

KARI DAGING


BAHAN BAHAN

  • Daging
  • Rempah Kari Daging
  • Santan
  • Kerisik.
  • Daun Kari.
  • Bawang Putih, Bawang Merah, sedikit Halia dimayang.
  • Sedikit Bunga lawang dn Kulit Kayu Manis
  • Kentang dan Lobak Merah

CARA MEMASAK :
1. Daging dibasuh bersih dan digaul dengan rempah kari daging dn kerisik.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Apabila kekuningan masukkan daging yg digaul dgn rempah kari dn kerisik tadi.
4. Tambah 2 cawan air.
5. Masak daging tu sehingga kering dan pecah minyk.
6. Apabila dah pecah minyak masukkan santan.
7. Kalau suka pekat tambah sedikit air aje sudah dalam santan.
8. Dah mendidih masukkan kentang.
9. Kentang dah empuk masukkn cili hijau/cili merah.
10. Ok….dah boleh tutup api.

Kredit rosmini rozi
FB : GROUP RESIPI MASAKAN

Published by
Faridah Talib