Nak ekstrak yang lazat rupanya rupanya kena guna daun pandan yang banyak untuk menghasilkan ekstrak pandan ni ya,
Menurut Wani Sukarno dalam webnya www.wanisukarno, com daun pandan ekstrak asli sudah pasti tak ada langsung bahan kimia. Inilah yang kita nak dan seeloknya nak guna air ni guna air bertapis atau masak, lagipun ekstrak pandan ni nak simpan lama dalam peti
CARA NAK BUAT EKSTRAK AIR DAUN PANDAN YANG MUDAH
BAHAN-BAHAN
25 helai daun pandan 2 cawan air bertapis atau air masak
CARA PENYEDIAAN :
Ads
1.Daun pandan dibasuh bersih dan dipotong kasar atau halus .. ikut macam mana suka. kalau macam wani potong macam gambar kat atas.kasar-kasar sikit nampak.kalau nak lagi cepat halusnya semasa tengah blend, potonglah halus daun pandan
2. Masukkan daun pandan yang dipotong ke dalam blender dan masukkan air 3. Kisar sehingga halus 4. Tuangkan ke dalam penapis dan perah keluar air daun pandan tadi
5. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas lain, masa ni air daun pandan hijau tua pekat, simpan dalam peti semalaman
6.Lepas semalaman baru nampak ada 2 lapisan terjadi yang atas jernih yang bawah hijau tua pekat, klorofil hijau tu dah turun menjadi lapisan bawah,yang tu lah kita nak guna
Ads
7. Ambil bekas lain, tuangkan dengan berhati-hati untuk bahagian yang jernih, jangan buang air ni ya dah bau macam esen pandan boleh buat nak ganti air biasa nak masukkan ke dalam adunan tepung nak buat kuih macam onde-onde ke, apam ke,kuih ketayap ke rugi kalau buang
8. Akhir sekali ekstrak daun pandan yang berwarna hijau tua dah dapat, boleh simpan dalam peti, sesuai kalau buat untuk kek chiffon dan juga kuih -muih lain yang berasaskan daun pandan
Ads
NOTA 1. Tempoh penyimpanan ekstrak pandan ni paling lama boleh simpan dalam masa sebulan, bau masih ok tak ada masalah
2. Nak buat ekstrak pandan, daun pandan kena banyak dan sukatan untuk air sikit, sebab kita nak ambil pati tu. Kalau pandai nak buat anggaran sendiri pun tak apa,,tapi jangan terlampau banyak air nanti tak jadi pula
3. Simpan semalaman dalam peti dah nampak dah 2 lapisan terjadi, tapi kalau nak lama sikit simpan 2 malam lagi jernih sikit air lapisan atas tu
Kredit : www.wanisukarno.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tak kena cara, ikan, daging atau ayam yang anda cuci masih berbau hanyir. Kadang-kadang sudah dimasak pun masih bau hanyir tidak hilang. Kali ini jangan bimbang lagi, RASA kongsikan dengan anda semua beberapa petua atau tip mudah untuk nyahkan bau hanyir degil hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja.
.
HALIA
Halia adalah herba campuran bahan masakan yang mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging. Kandungan enzim proteolitik dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk bila dimasak.
.
Campuran Cuka Dan Tomato
Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir tetaoi juga membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.
.
Nanas
Buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam. Anda hanya perlu parut nanas kemudian gaulkan dengan daging atau ikan, biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.
.
Limau Nipis
Bau dan masam limau nipis sememangnya mampu menghilangkan bau hanyir secara semulajadi, malah ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan cuci bersih sebelum sedia dimasak.
Daun Betik
Jika anda mempunyai pokok betik, manfaatkan daunnya. Selain fungsi utamanya untuk mengempukkan daging, masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.
Harap info ini dapat membantu anda dan selamat mencuba.
Memasuki usia 30-an, wajah seorang wanita akan mula memperlihatkan tanda-tanda penuaan, dimana mula kelihatan garis-garis kedutan di bahagian mata dan juga bibir. Sebahagian wanita pula mungkin lebih jelas bila pipi yang dulu tegang kelihatan kendur atau jatuh.
Oleh itu pastikan sebaik saja usia mencecah 30 tahun, anda mengamalkan enam makanan berikut yang terdiri daripada sayur dan buah-buahan. Khasiat dalam makanan ini membantu menegang dan menganjalkan kulit wajah sekali gus membuatkan anda kelihatan kekal muda ibarat tak dimamah dek usia.
Delima
Kulit dapat mengekalkan keanjalannya jika kolagen di dalam tubuh diproses dengan baik. Buah delima kaya dengan vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan seterusnya menghalang kehadiran garis halus, kedutan dan kekeringan kulit.
Tembikai
Tembikai mengandungi air yang membantu menjadikan kulit lebih elastik. Paling penting buah ini mengandungi lycopene yang memberi warna merah pada tembikai. Bahan ini bertindak sebagai antioksidan mencegah kerosakan kulit akibat kesan sinar UV. Khasiat yang sama juga ada pada buah tomato.
Bayam
Salah satu khasiat bayam adalah membantu memberi kulit yang sihat kerana kandungan vitamin A yang tinggi. Ia juga dikatakan memberi kelembapan yang tepat pada epidermis sekali gus membantu mencegah jerawat, kedutan dan masalah kulit yang lain.
Brokoli
Sayuran ini dapat meningkatkan kualiti kesihatan kulit kerana kandungan vitamin C, E, dan B6. Ia membantu mengelakkan kesan kerosakan pada kulit akibat radikal bebas.
Avokado
Buah ini kaya dengan asid lemak omega dan asid oleic untuk membantu lapisan luar kulit mengekalkan kelembapannya hingga membuatkan kulit lembut dan anjal.
Kiwi
Buah kiwi mengandungi banyak vitamin C yang mampu mencerahkan kulit tubuh. Buah kiwi berkesan dalam memperbaharui sel-sel kulit yang akan menjadikan kulit cerah, tampak segar dan muda.
Sebenarnya lagi awal anda mula mengamalkan enam makanan ini lebih baik. Ia akan mengurangkan kos anda membeli krim atau serum anti penuaan. Selain itu amalan sayur dan buah-buahan ini juga baik untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.
Selalu bila anda ingin buat mi rebus, kari dan sup mi akan dicelur dahulu sebelum sedia digunakan. Tapi masalahnya, mi yang dicelur itu melekat selepas ditoskan. Ini menyebabkan tekstur mi tidak sempurna seperti diinginkan. Jangan risau, untuk menangani masalah ini anda boleh cuba tip berikut:-
Gaulkan Dengan Minyak
Selepas mi ditoskan, masukkan satu atau dua sudu minyak sayur dan sebaiknya minyak zaitum. Kemudian gaul rata, cara ini menghindari mi dari melakat .
Gaulkan Dengan Perencah
Atau anda boleh cuba kaedah ini, panaskan satu sudu minyak masak, tumis dua ulas bawang putih yang dititik . Kemudian tambahkan satu sudu makan sos tiram dan sedikit air. Seterusnya masukkan mi, gaul rata sambil pisahkan mi yang melekat.
Tambah Mingak Dalam Air Rebusan
Ini cara paling mudah, anda hanya perlu masukkan satu atau dua sudu makan minyak sayur atau zaitun dalam air rebusan. Apabila air mendidih, masukkan mi. Kacau rata dan mi tidak akan melekat selepas ia ditoskan.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.