Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan UiTM Anjur Kongres Makanan Warisan 2019, Lebih 500 Peserta Dijangka Hadir.

Share

Kira-kira 500 peserta dijangka menyertai Kongres Makanan Warisan 2019 yang bakal diadakan pada 23 dan 24 April ini di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini. Kongres dijangka menghimpun pakar-pakar makanan, chef, para cendiakiawan, pengubal dasar dan pihak yang berkaitan dalam mencapai usaha mendefinisi dan memgidentitikan makanan warisan Melayu sehingga ke peringkat global.

Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM, Prof Dr Mohd Salehuddin Mohd Zahari ketika ditemui berkata, program yang julung kalinya diadakan itu bertujuan meningkatkan keprihatinan ahli akademik dan masyarakat tentang kepentingan menjaga makanan warisan negara.

“Kongres ini juga akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk mendalami dan menghayati nilai makanan warisan yang menjadi identiti bangsa sejak dulu lagi.Kerana kita sebagai bangsa yang beridentiti, kita mesti mengekalkan makanan warisan untuk generasi akan datang supaya ia sentiasa relevan dengan peredaran masa,” katanya dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini.

 

Sementara itu, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling yang turut hadir di majlis sidang media berkata, menjadi tanggungjawab fakulti dan ahli akademik UiTM untuk memperluas keistimewaan makanan warisan dalam negara dan mengangkat kedudukannya ke peringkat yang lebih tinggi.

“Fakulti sendiri sedang mengkaji beberapa jenis makanan dan jenis rumusan resepi untuk diangkat pada tahap yang terbaik,” katanya.

Bukan mustahil makanan warisan Melayu ini akan mengisi menu di restoran-restoran Fine Dining

di masa akan datang. Maka wajarlah Kongres Makanan Warisan yang bakal diadakan pada 23-24 April ini membincangkan dan mencari resolusi dalam usaha menyatukan makanan warisan bangsa Melayu dari satu rumpun kuisin Melayu Nusantara.

Kongres juga akan membincang strategi untuk mengangkat dan mengekalkan imej makanan warisan Melayu seiringan peredaran masa. Diharapkan kongres mampu menjadi flatform pemindahan dan jangkauan ilmu masyarakat dengan mewujudkan hub warisan melalui rangkaiaan pembangunan penyelidikan dan penerbitan dalam bidangkan makanan dan bahasa makanan agar makanan warisan terus terpelihara dan didaftarkaan sebagai makanan warisan negara.

Selain perkongsian ilmu, kongres selama dua hari ini akan dirasmikan oleh Tengku Permaisuri Norashikin, DYMM Tengku Permaisuri Selangor.Tengku Permaisuri juga berkenan untuk menunjukan demo memasak satu menu warisan kegemaran baginda. Turut menunjukkan demo sepanjang dua hari tersebut, adalah beberapa chef selebriti, antaranya Chef Sabri Hassan, Chef Saifuddin Rosli dan Chef Dr. Kamarul.

Published by
Norasida Mohamad Yasin