Tak tahu nak makan apa untuk lunch hari ni? Min sarankan anda cuba Nasi Paka. Kenapa? Kalau nak tahu, Nasi Paka ni memang tengah jadi kegilaan ramai sekarang terutamanya bagi yang berada disekitar Shah Alam.
Nasi putih, ayam goreng panas-panas dan sambal. Nampak simple kan? Tapi percayalah, menu ni bakal buat anda ketagih. Sambalnya memang pedas, sedap dan terangkat! Bagi anda yang ‘gila’ makan lauk bercili, cubalah. Pasti berpeluh tak henti. Air pun memang kena order lebih.
Tak makan pedas tapi nak cuba? Ha…Jangan risau. Nasi Paka ni disediakan setelah anda ‘order’, jadi masa nak pesan tu bolehlah minta letak sambal sikit je. Malah kicap pun ada disediakan untuk redakan kepedasan nasi anda. Tapi percayalah, anda tak akan mintak sikit punya. Lagi minta tambah sambal lagi ada.
Menurut Yusliza Mohd Noor selaku empunya Nasi Paka, setiap hari beliau menggunakan 3kg cili padi untuk menyediakan sambal berhantunya ni. Dihidangkan pula dengan ayam yang digoreng panas-panas, tentunya padanan ini sangatlah sepadan dan memikat selera. Patutlah setiap hari, gerai Nasi Paka ni penuh dengan pelanggan!
Orang ramai sangat dan tak ada tempat duduk? Ha..Anda boleh beli bungkus dan makan je di rumah atau pejabat. Malah boleh juga pesan secara ‘delivery’ dengan minimum pesanan hanya 5 pax dan cas delivery mengikut kawasan. Wow…Mudah kan? Ownernya pun sempoi. Jadi kalau rasa seketul ayam tu tak cukup, jangan segan-segan nak minta dua ya.
Bagi anda yang nak cuba, bolehlah berkunjung ke Amboi Kafe yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Nasi Paka dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula jam 11.30 pagi hingga 5 petang. Kebiasaannya Nasi Paka akan sold out sebelum waktu itu. Maka datanglah awal sekitar jam 12.00-2.30 agar tidak kecewa. Selamat menjamu selera!
Kredit foto: FB Nasi Paka