Fernleaf Protein+ Produk Terbaharu Dari Fernleaf Malaysia

Share

Sebagai sebuah syarikat pemakanan tenusu global yang telah bertapak di Malaysia hampir 50 tahun, Fonterra sentiasa memacu usaha-usaha inovasi untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan setiap orang dalam keluarga rakyat Malaysia. Oleh itu baru-baru ini, Fonterra telah memperkenalkan Susu tepung Fernleaf Protein+ iaitu salah satu produk terbaharu Fernleaf, yang bertujuan untuk menyokong keperluan protein rakyat negara ini.

 

Kenali Susu Tepung Fernleaf Protein+

  • Merupakan campuran susu tepung dan soya yang berkrim dan berprotein tinggi.
  • Ia dihasilkan dengan kombinasi unik – susu New Zealand dari lembu yang bebas menikmati rumput segar dan 3 jenis protein (whey, kasein dan soya).
  • Mempunyai rasa yang lazat dan berkrim.
  • Sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dari umur 1 tahun dan ke atas.

 

Tiga jenis protein yang terkandung di dalam Fernleaf Protein+ boleh membantu membekalkan sumber protein yang mencukupi untuk tubuh apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.

Setiap gelas Fernleaf Protein+ mengandungi 10g protein, iaitu 90% lebih protein daripada susu tepung biasa dan diperkaya dengan kalsium, vitamin B2,

dan vitamin D untuk membantu memenuhi keperluan protein dan nutrisi harian anda!

Untuk menyediakannya, tambah tiga sudu besar susu tepung Fernleaf Protein+ ke dalam satu gelas (200ml) air suam dan kacau rata.

Anda boleh meminumnya secara sedia ada atau dalam bentuk popsicle, smoothie, bar protein atau banyak resipi lain supaya anda boleh menikmatinya di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Fernleaf Protein+ boleh didapati dalam 2 pek saiz iaitu 800gm dan 280gm. Dapatkan produk Fernleaf Protein+ di Shopee (Kedai Rasmi Fernleaf) dan Lazada (Kedai Utama Fernleaf), serta di pasar raya besar dan kedai utama di seluruh negara.

 

 

Published by
Nur