Fettucini Carbonara Sotong Berkeju, Sedap Tak Terkata

Share

Sesekali, tekak tak rasa nak makan nasi. Teringin nak makan pasta. Apa kata kali ni buat fettucini sotong. Letak keju pulak tu. Sedap tak terkata weh. Hidangan ini bolehlah dikatakan sebagai makanan barat yang sedap dan ramai orang tempatan suka. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri. Puas makan.

FETTUCINI CARBONARA SOTONG BERKEJU

BAHAN-BAHAN
Fettucini (rebus, tos dan ketepikan)
1/2 cawan cusu cair
1/2 cawan susu full cream
Krim masakan
3 biji cendawan butang
5 ulas bawang putih
Sedikit keju parmesan
5 tangkai cili padi
5 ekor sotong (potong bulat)
2 sudu besar minyak zaitun
Lada putih
Daun pasley
5 biji tomato ceri
Brokoli
Stok ayam
Gula secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
Daun ketumbar
1/2 biji capsicum

CARA MEMBUAT
1. Rebus fettucini, tos dan ketepikan.
2. Panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih.
3. Masukkan sotong. Masak seketika.
4. Masukkan susu cair dan susu full cream. Tunggu mendidih.
5. Masukkan krim, garam, gula, cendawan butang, cili padi dan keju parmesan.
6. Masukkan lada putih dan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
7. Masukkan stok ayam, capsicum dan daun ketumbar. Biarkan seketika. Matikan api.
8. Letak fettucini dalam pinggan. Tuangkan sos.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas