FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi anak syarikatnya Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP) hari ini telah melancarkan kempen SAJI Sayangi Sawitku sempena menyokong kempen Sayangi Sawitku oleh Kementerian Industri Utama.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata, sebagai jenama utama minyak masak di Malaysia, SAJI merupakan poduk Halal terbaik bagi menyokong inisiatif kerajaan untuk meningkatkan penggunaan produk berasaskan sawit. Kami juga melihat kempen ini sebagai penghargaan kepada para pekebun kecil yang menyumbangkan 70% buah sawit yang diproses FGV.
Ads
“Mulai hari ini, logo SAJI Sayangi Sawitku akan dipaparkan pada produk minyak masak SAJI, iklan komersil dan lori tangki FGV.
“Selain itu juga, sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, FGV turut melancarkan kempen Infak Ramadan SAJI dimana dengan setiap pembelian minyak masak SAJI 5kg, sebanyak 50 sen akan didermakan kepada badan-badan kebajikan tempatan termasuk yang berkaitan dengan peneroka Felda dan badan bantuan kemanusiaan antarabangsa,” ujar beliau di program yang dirasmikan oleh Menteri Industri Utama; YB Puan Teresa Kok.
Sejak tahun lalu, kajian pasaran menunjukkan kadar penggunaan minyak masak sawit rempatan semakin meningkat berbanding minyak masakan lain. Ini dikuatkan lagi dengan kempen kesedaran yang berterusan tentang kualiti minyak sawit yang baik untuk kesihatan dengan harga yang kompetitif.
Ads
Ads
Pada tahun 2018, SAJI menguasai 27% pasaran minyak masak tempatan tanpa subsidi dan dengan pelancaran kempen baharu ini FGV menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 11.5% berbanding tahun lalu. Bagi program Infak Ramadan SAJI pula, syarikat menjangkakan sebanyak RM300,000 dana dapat dikumpul.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sama ada memasak di rumah atau oleh chef profesional, keju merupakan ramuan versatil yang boleh meningkatkan rasa dan tekstur masakan, menjadikan hidangan kelihatan lebih menyelerakan dan rasa lebih lazat. Bagi warga Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kegemaran mereka terhadap makanan yang berkrim dan savuri, keju menjadi antara bahan yang paling kerap digunakan dalam masakan. Keju bukan sahaja meningkatkan rasa, ia juga menambah nilai khasiat disebabkan kandungan protein dan kalsium yang tinggi. Terdapat pelbagai pilihan keju yang anda boleh dapati, setiap satu dengan kualiti yang unik dan rasa keju yang cukup berbeza untuk dinikmati.
Perfect Italiano merupakan salah satu jenama keju yang paling popular dalam kalangan isi rumah di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis keju dan ramuan kulinari yang dihasilkan oleh Perfect Italiano dengan menggunakan kaedah membuat keju Itali secara tradisional untuk memberikan sentuhan ala Itali dalam hidangan anda! Dengan Perfect Italiano, mereka yang memasak di rumah boleh menyediakan hidangan yang lebih enak seakan-akan chef profesional.
Perfect Italiano baru-baru ini memperkenalkan tiga produk baharu yang membawa “gusto perfetto” (rasa yang sempurna) dalam masakan anda. Pilihan baharu yang diadun khas untuk makanan kegemaran ini dicipta untuk meningkatkan rasa piza, pasta atau taco kegemaran anda serta hidangan harian Malaysia anda yang lain! Untuk lebih memudahkan pengguna, keju ini disediakan dalam bentuk yang sudah dicarik-carikkan supaya dapat digunakan pada bila-bila masa!
Dengan saiz bungkusan 150g, pek kecil ini sesuai untuk satu hidangan.
Irene Cheah, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa pilihan Perfect Italiano yang sedia ada menerima sambutan positif terutamanya sepanjang dua tahun yang lalu.
“Bagi menyokong matlamat Fonterra untuk membawa produk tenusu yang berkualiti kepada lebih ramai pengguna di Malaysia, kami membuat keputusan untuk menambah tawaran produk dengan pek 150g ini yang direka khas untuk isi rumah yang lebih kecil. Perfect Italiano adalah jenama keju masakan No. 1 di Australia dan ia diperbuat dengan kandungan tenusu asli yang berkualiti tinggi.”
“Dengan menyediakan pek keju Perfect Italiano dalam saiz 150g yang lebih kecil, lebih ramai keluarga dapat menikmati pelbagai jenis keju dengan lebih kerap lagi. Rakyat Malaysia sememangnya suka berkongsi hidangan dan mencuba resipi baharu. Rangkaian keju Perfect Italiano ini sudah semestinya dapat membantu mereka untuk menambah rasa baharu ke dalam masakan mereka. Ini sekali gus dapat mempertingkatkan rasa makanan mereka serta memberikan mereka pengalaman yang baru dalam menikmati makanan,” tambahnya lagi.
Jika anda gemar menikmati piza dengan “keju tarik”, Perfect Italiano Perfect Pizza ialah pilihan yang tepat . Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan memberikan lelehan unggul pada setiap kali piza dimasak, untuk keseimbangan sempurna antara rasa keju dan kelenturan (stretchiness) yang tidak berminyak.
Sudah tentu, nama Perfect Pizza menunjukkan bahawa ia sesuai untuk membuat piza di rumah. Tahukah anda ia juga boleh menyerlahkan hidangan Malaysia yang lazat seperti Cheesy Pizza Roti Canai Sarang Burung? Ya, siapa kata piza tidak boleh disesuaikan mengikut cita rasa Malaysia yang tersendiri!
Untuk hidangan yang dibakar bersama keju yang masih menggelegak dari ketuhar, Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Cheddar berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) yang cantik, dan penambahan Parmesan memberikan hidangan yang penuh dengan rasa yang lazat. Sesuai untuk semua makanan yang dibakar, Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan.
Jika anda ingin mencipta sesuatu yang baharu, cubalah Perfect Bakes dan buat sendiri hidangan pai yang lazat dan menyelerakan dengan inti tradisional Malaysia seperti Rendang Ayam. Bakar dengan hirisan kentang dan hidangkan sebagai pai. Keluarga atau tetamu anda akan kagum dengan hidangan unik yang lazat.
Menginginkan sesuatu yang penuh dengan rasa yang menyelerakan? Sediakan makanan Mexico yang enak dengan mudah bersama Perfect Italiano Mexican Style. Gabungan sempurna tiga jenis keju cepat cair – Mozzarella, Red Cheddar dan Colby – meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Campuran keju ini sesuai untuk hidangan Mexico seperti burrito, taco, nacho dan tortilla. Anda juga boleh mencipta hidangan setempat dengan memasukkan keju ini dalam Cheesy Ikan Bilis dan Tempe Taco Bowl! Itu akan menukarkannya menjadi snek berkeju untuk dinikmati di rumah bersama rakan dan keluarga anda!
Keju Perfect Italiano Perfect Pizza, Perfect Bakes dan Mexican Style (RM12.50, 150g) kini terdapat di pasar raya utama dan pasar raya hiper di seluruh negara. Produk Perfect Italiano yang sedia ada – Parmesan, Mozzarelly, Perfect Pizza (250g) masih laris dijual di pasaran. Dapatkan lebih banyak resipi menyelerakan menampilkan produk-produk Perfect Italiano di Dairylicious Malaysia di Facebook dan @dairyliciousmalaysia di TikTok!
Semalam kecoh di media-media sosial tentang kemurahan hati Putera Mahkota Johor; DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mengejutkan rakyat yang sedang ‘shopping’ dengan membayar segala perbelanjaan pada hari tersebut semasa lawatan beliau bersama isteri, YM Che Puan Khaleeda Bustamam ke pasaraya Aeon Tebrau City, Johor Bahru.
Difahamkan sebanyak RM3000 diperuntukkan untuk setiap pelanggan dan mereka boleh memilih apa sahaja barang keperluan yang mereka inginkan. Malah menurut sumber dari pelbagai berita, secara keseluruhan TMJ telah membelanjakan lebih daripada RM1 juta pada hari tersebut. Wow…Begitulah kasih raja kepada rakyatnya!
Namun disebalik keterujaan rakyat membeli-belah, ini pula yang terjadi bila ada pelanggan-pelanggan yang tak sempat berbelanja. Gambar yang dikongsi oleh pelayar Twitter; Nurainie Haziqah menunjukkan suasana kacau bilau yang berlaku dalam pasaraya tersebut.
Berikutan dari insiden ini, hari ini pasaraya Aeon Tebrau City menerusi laman facebook telah mengumumkan penutupan sementara operasi.
Tak baik tau. Patutnya kena pakat berbelanja secara tenang. Walau apa-apa pun, memang untung siapa yang ada di pasaraya tersebut semalam. Min tengok pun seronok.
Bagi para peminat novelis thriller terkemuka Malaysia, Ramlee Awang Murshid, pastinya sudah tidak sabar untuk menonton Tombiruo: Penunggu Rimba yang akan menemui penonton pada 12 Oktober ini. Bakal ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia, filem ini diterajui oleh Zul Ariffin selaku pelakon utama dan dibarisi pelakon-pelakon hebat lain seperti Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M Nasir, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.
Filem terbitan Astro Shaw, Grup Buku Karangkraf, Ideate Media dan Layar Sunan ini perlu anda tonton kerana ia pastinya berbeza dari filem-filem yang pernah anda saksikan sebelum ini. Lokasi penggambaran yang boleh dikatakan hampir keseluruhan dilakukan di kawasan hutan, menggunakan teknik sinematografi terbaik dan dipenuhi lakon aksi yang mendebarkan menjadikan filem ini antara filem terhebat bagi tahun ini.
Lihat sahaja teasernya sudah cukup membuatkan anda mengakui kehebatan jalan cerita serta ‘excitement’ yang bakal anda rasai. Tombiruo: Penunggu Rimba adalah berkisarkan kisah dendam Ejim ( Zul Ariffin) di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya adalah untuk mencari pembunuh Pondolou, namun diganggu oleh Amiruddin ( lakonan Farid Kamil ) yang memburunya untuk menuntut bela di atas kematian isteri tercinta, Salina.
Sementara itu, samseng diupah supaya memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya ( lakonan Nabila Huda) yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.
Pengembaraan Tombiruo yang penuh aksi dan bahaya ini membawa pelbagai mesej untuk dihadam oleh penonton. Ia sarat dengan mesej tentang erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus memberi nilai murni yang boleh dicontohi.
Malah, kalau anda berazam nak turunkan berat badan, boleh jadikan Zul Ariffin sebagai idola. Untuk menjayakan watak Tombiruo ini, beliau terpaksa berdiet secara ekstrim! Mana tidaknya, dalam masa 5 minggu sahaja, beliau kehilangan 15 kg! Wow!!! Hebat kan? Tapi percayalah, nak ‘loose weight’ sebanyak tu dalam tempoh yang singkat, memang memerlukan semangat, azam serta disiplin yang ketat. Menurut Zul Ariffin, berat badannya perlu diturunkan bukan sahaja sebab beliau tidak berbaju dalam filem ni, tetapi beliaujuga terpaksa melakukan aksi-aksi lasak. Oleh itu, memang kena dapatkan berat yang sesuai serta badan yang fit dan cergas. Ha…Anda sanggup ke? Tiada yang mustahil kan? Janji berani dan nak cuba.
“ Dari segi pemakanan, nak turunkan berat dari 90kg ke 77kg, saya kena skor berat turun dalam 2-3kg seminggu. Jadi dalam proses itu, saya tidak makan apa-apa. Dalam 2 minggu pertama, saya hanya minum air sahaja dan ambil makanan dalam jumlah yang terlalu sedikit sekadar memberi ruang kepada perut untuk proses. Saya minum banyak air dan bila perut rasa penuh, rasa untuk makan tu tak ada,”- Zul Ariffin
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira