Untitled design (4)

Meriah dan menyeronokkan! Itulah yang boleh digambarkan tatkala melangkah kaki ke Food & Hotel Malaysia (FHM) 2019 dibuka secara rasminya pada hari ini.

Acara yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre itu telah dirasmikan oleh Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Turut hadir di majlis ini adalah Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi UBM MES dan Encik Kamaruddin Baharin, Presiden Persatuan Hotel Malaysia.

FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC.

FHM 2019 adalah pameran perdagangan antarabangsa untuk makanan, minuman, hotel, roti, restoran, katering dan peralatan. Disini anda boleh melihat produk-produk yang dipasarkan untuk kegunaan industri dan perniagaan. Bukan hanya produk dari Malaysia malah anda boleh melihat produk-produk dan servis yang ditawarkan oleh para pempamer dari luar negara.

Kira-kira 1,500 jenama dan syarikat dari 50 buah negara yang mengambil bahagian seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun, Turki, Belgium, Taiwan, Korea Selatan,Tunisia, China dan banyak lagi yang mengambil bahagian dalam pameran ini.

IKLAN

FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC. FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC. FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC. FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC.

Selain dihias indah, di setiap booth di ruang pameran juga ada melakukan aktiviti mereka yang tersendiri. Malah barisan chef-chef hebat dari dalam dan luar negara juga melakukan demonstrasi masakan menggunakan produk-produk yang dijual dan anda juga boleh mencuba makanan secara percuma!

FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC. FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC.

IKLAN

Anda boleh mencuba pelbagai sample makanan enak seperti sushi, makanan laut, aneka makanan proses, cendol, kopi, manisan, snek dan bermacam-macam lagi. Oh tidak lupa, di booth makanan Jepun juga ada diadakan demo memotong ikan tuna. Memang menarik.

FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC. FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC. FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC.

IKLAN

FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC.

FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC. FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC. FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC. FHM 2019, Pameran Perdagangan Antarabangsa Paling Meriah & Wajib Kunjung Di KLCC.

Pameran yang berlangsung selama empat hari ini dijangka menarik 28,000 pengunjung dari kalangan pengusaha hotel, peruncit, pelabur, perunding dan pembeli. Orang ramai juga dijemput menghadiri FHM 2019 ini kerana terdapat pelbagai acara menarik yang telah disusun sepanjang pameran ini. Terdapat sembilan dewan yang anda boleh lawati dan bagi pengunjung muslim, ruang solat juga disediakan bagi kemudahan anda.

Jadi datanglah beramai-ramai ke FHM 2019 di Kuala Lupur Convention Centre sehingga 27 September ini.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI