Sedar tak sedar, sudah setengah bulan umat islam berpuasa. Cepat sungguh bulan Ramadan kali ini berlalu. Bila bulan puasa ni, macam-macam juadah terlintas di fikiran. Semuanya sedap dan membuka selera. Pendek kata, pening juga fikir mana satu yang nak disediakan.

Bagi anda yang menggemari sajian dari Kelantan, pastinya tidak sah kalau tidak menikmati Ayam Percik dan Kuih Akok. Menu yang cukup sinonim di bulan Ramadan. Sangat sedap. Malah nak membuatnya pun tidak susah jika jumpa resipi yang sesuai.

Hari ini dalam Rasa Nostalgia Ramadan episod ke 13, Fizo Omar dan ibunya bermurah hati berkongsi resipi Ayam Percik dan juga Akok yang merupakan resipi turun temurun keluarga. Nampak mudah. Jom cuba buat untuk berbuka nanti. Pasti berselera dan puas hati.

 

AYAM PERCIK

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam siap panggang @ bakar
  •  1 inci halia
  •  4-5 sudu makan cili kisar @ cili boh
  •  3-4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  •  1 mangkuk santan
  • Air asam jawa secukupnya
  •  2 batang serai – diketuk
  • Garam dan gula melaka secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan halia, bawang merah, bawang putih, air asam jawa, santan dan cili boh. Kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan kisar ke dalam kuali. Tambahkan cili boh jika kuah percik tidak cukup merah.
  3. Masukkan serai yang telah diketuk. Masak hingga kuah percik pekat dan pecah minyak.
  4. Perasakan kuah percik dengan garam dan gula melaka dengan secukupnya.
  5. Angkat dan tuang ke atas ayam panggang.
  6. Sedia untuk dinikmati.

 

KUIH AKOK KELANTAN

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 7 biji telur
  • 2-3 sudu makan gula (jika suka)
  • 1 ketul gula melaka atau secukupnya
  •  3/4 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air pandan  kisar 4-5 helai daun pandan)
  • 1 cawan santan

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air pandan, gula dan gula melaka ke dalam periuk. Masak hingga gula larut. Sejukkan.
  2. Dalam bekas berlainan, satukan tepung gandum dan santan. Sebatikan.
  3. Dalam bekas lain, pecahkan telur. Pukul sebati.
  4. Campurkan campuran air pandan tadi ke dalam bekas berisi adunan tepung.
  5. Masukkan juga campuran telur. Kacau hingga semua bahan bercampur rata.
  6. Panaskan acuan akok di atas dapur. Oleh sedikit minyak.
  7. Tuang adunan akok dan tutup acuan menggunakan tudung periuk.
  8. Masak guna api kecil hingga akok masak sempurna.
  9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

LG PuriCare™ Buat Tugas Memasak Menjadi Lebih Mudah Dan Cepat 

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD  yang mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) memudahkan kita membuat pilihan mengikut menu dan resipi yang ingin disediakan apa lagi dalam bulan Ramadan ini.

IKLAN

Bila bulan puasa ni, memasak untuk sahur memang perlu laju, dan masa yang terhad, kita perlu untuk memasak air jika mahu menyediakan minuman panas untuk bersahur. Memang jimat masa betul. Kalau nak buat air sirap atau air berperisa yang dingin waktu berbuka nanti tinggal tekan sahaja pilihan air sejuk. Mudah sangat. Kalau tak mahu air panas atau sejuk kerana tidak sesuai dengan selera kita, pilihan air segar mengikut suhu bilik boleh terus masukkan dalam gelas. Air jernih dan bersih sedia untuk nikmati.

Sensor yang terletak di belakang saluran keluar air mengesan ukuran cawan atau botol pengguna dan menggerakkan paip ke atas dan ke bawah untuk menyesuaikan ketinggian secara automatik untuk tuangan tanpa percikan yang sempurna setiap masa. Mudah kan?

Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.