Sedap dapat nikmati karipap pusing yang rangup. Makan satu pasti tak cukup. Kuih karipap memang disukai tidak kira sama inti daging dan kentang, sardin ataupun kentang sahaja. Untuk menjadikan karipap ini rangup, cara membuat doh mestilah betul dan goreng dengan api sederhana panas.
1 labu bawang besar (dipotong dadu) 1 tangkai daun kari 1 sudu teh halba campur
2 sudu makan rempah kari ikan (jadikan pes)
1 tin sardin (230gm) (ambil isi sahaja)-BELI ONLINE DI SINI
2 biji kentang (dipotong dadu)-BELI ONLINE DI SINI
Daun sup (dihiris nipis)
Sedikit minyak untuk menumis
Ads
Cara memasak:
1.Panaskan minyak didalam kuali
2.Saute bawang besar, daun kari, halba campur hingga naik bau
3.Masukkan pes kari dan kacau hingga terbit minyak
4.Masukkan sardin, hancurkan dan kacau rata
5.Masukkan ubi kentang dan kacau rata 6.Masukkan air setakat tenggelam kentang sahaja
7.Masak inti sehingga separuh kering
8.Masukkan garam secukup rasa dan daun sup.
Ads
9.Tutup api dan biarkan inti sejuk
Bahan-bahan untuk Puff
Doh A
300gm tepung gandum 1/4 cawan minyak dipanaskan 1 sudu teh garam ) 120ml air ais )campurkan
Doh B 100gm tepung beras 50gm tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 100gm butter
Cara memasak:
Doh A
Ads
1.Sediakan bekas masukkan tepung gandum 2.Sementara itu panaskan minyak. 3.Tuangkan minyak panas ke atas adunan tepung & kacau dengan spatula 4.Setelah adunan sejuk adunkan sehingga adunan lembut dengan air garam 5.Rehatkan doh
Doh B
1.Uli adunan dengan butter sehingga sebati & lembut
Sedapnya dapat menikmati kuih talam pandan. Lapisan atasnya putih yang diperbuat daripada santan, lembut dan sedikit masin. Manakala bawahnya dilapisi oleh jus pandan, rasanya manis dengan tekstur yang kenyal. Sesiapa yang ingin mencuba “tepung talam pandan” versi goyang..😂 silakan resipinya seperti berikut.
Bahan-bahan: Bahagian bawah
1 cawan gula pasir
4 3/4 cawan air(kalau nak letak santan pun boleh juga)
2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit pewarna hijau-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh garam
8- 10helai daun pandan
Cara memasak:
1.Panaskan kukusan hingga air mendidih. Sapukan minyak/marjerin dan lapik dalam loyang.
2.Kisar daun pandan dan air kemudian tapis.
3.Masukkan tepung gandum, tepung ubi, gula, garam, pewarna ke dalam air pandan tadi.
4.Kacau sebati masak seketika atas api perlahan(jangan lama sekadar sentuh periuk dah rasa panas satu hingga dua minit sambil kacau guna whisk) .
5.Kemudian tapis ke dalam loyang.
6.Kukus 20 minit. Kalau ada air bertakung, buang sikit-sikit guna sudu. Kukus sekejap tanpa tudung periuk kukus.. dalam 5 minit. Cakar-cakarkan sikit atasnya.
Bahagian Atas
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/2 sudu teh garam
Cara memasak:
1.Satukan semua bahan.
2.Kacau sebati dan tapis/ tuang atas adunan yang dah masak tadi. Kukus lagi 20 minit. Dah siap, buka penutup kukus dan kukus lagi 5 minit untuk mengelakkan air bertakung atas kuih. Biarkan sejuk. ( jangan letak dalam peti sejuk) bila dah betul-betul sejuk baru potong. Nak cantik, potong guna pisau plastik.
Tip- sebaiknya buat malam. Esok paginya baru potong. Setiap 7 minit buka tudung kukusan dan lap bawah tudung kukusan. Ulang hingga siap.
Chef Wan bertemu Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau Kak Engku memang cukup gamat. Sama-sama pandai berceloteh.
Memang gandingan mantap episod Rasa Nostalgia Ramadan kali ini. Hidangan istimewa yang dimasak adalah Sayur Pecal dan Kuih Badak Berendam. Kedua sajian ini memang dekat di hati Kak Engku.
Dilihat dari gayanya bercerita dan menolong Chef Wan di dapur memang ternyata Kak Engku ini memang mahir memasak. “ Saya bulan puasa memang tak suka hidangan berat-berat atau nasi. Saya suka makan sayur-sayuran dan kuih muih, itu dah cukup kenyang. Iyalah sayur-sayuran kan tinggi serat dan berkhasiat. Lepas berbuka taklah terasa letih atau mengantuk .
Saya suka sayur pecal sebab banyak sayur-sayuran dan kuah kacangnya memang cukup sedap. Kalau orang Jawa mereka siap letak sayur cekur, tu lagi saya suka sebab aromanya sangat wangi dan menyelerakan.Selain itu saya juga makan kerabu, tauhu dan manisan seperti kuih Badak Berendam dan Agar-agar Pandan ,”Kak Ungku berkongsi cerita sajian nostalgia Ramadannya.
Menurut Raja Azura lagi masakan kuah kacang sate dan kuah kacang pecal ada bezanya. Jika kuah kacang sate ada lagi banyak lagi bahan ramuan seperti serai , lengkuas dan halia. Tetapi kuah kacang untuk sayur pecal lebih ringkas ramuannya dan memasaknya juga lebih cepat dari masak kuah kacang sate yang mengambil masa lebih lama.
Kuih Badak Berendam pula memang disukai sejak zaman kanak-kanak lagi. “ Kuih orang dulu-dulu ni bahannya ringkas sahaja seperti tepung beras, gula Melaka dan santan. Nama berlainan tetapi bahan asasnya lebih kurang sama. Contohnya badak berendam dengan kuih koci, orang muda kenalah belajar,”pesan Kak Ungku lagi.
SAYUR PECAL
BAHAN-BAHAN :
4 sudu makan minyak sayuran
2 sudu makan asam jawa
375ml air | 11/2 cawan
10 biji bawang merah | dihiris
15 tangkai cili kering | direndam air panas, dibuang biji dan toskan
3 sudu makan belacan
300gm kacang tanah | disangai dan tumbuk kasar
6 sudu makan gula perang
5 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Bahan-bahan sayur-sayuran dan lain :
100gm taugeh | dibuang ekor
100gm kangkong | dipotong 5sm
150gm kacang panjang | dipotong 5sm
100gm nenas sederhana masak | dipotong sederhana
1 biji timun | dikupas dan hiris memanjang
1 biji sengkuang | dikupas dan hiris memanjang
2 keping tauhu | dipotong dadu dan digoreng
3 keping tempe | dipotong kiub dan digoreng
2 biji telur rebus | direbus , dikupas belah empat
2 biji ubi kentang | direbus dan potong kiub
55gm keropok goreng | jika suka
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan goreng bawang merah, cili kering serta belacan. Angkat dan masukkan bahan-bahan goreng ke dalam mesin pengisar, dan kisar sehingga menjadi pes.
Sementara itu satukan kacang, gula perang, air asam jawa dan air di dalam periuk dan renehkan. Masukkan pes tadi dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat sedikit. Kemudian masukkan garam secukup rasa . Tutupkan api.
Celurkan sebentar kesemua sayur-sayuran kecuali timun, sengkuang dan nenas, ke dalam air panas mendidih yang dicampur sedikit garam.
Toskan sayuran dan letakkan di atas pinggan bersama dengan timun, tauhu, telur, tempe, kentang dan keropok. Hidangkan bersama kuah kacang.
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung beras pulut
11/2 cawan air
Bahan inti :
½ biji kelapa parut | ambil bahagian putih sahaja
½ cawan gula pasir
¼ buku gula Melaka
Air panas secukupnya
2 sudu teh tepung gandum
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
Larutkan gula Melaka di dalam air panas. Masukkan gula pasir.
Masukkan kelapa parut dan tepung gandum, gaul sebati.
Cara masak doh kuih :
Masukkan tepung beras pulut ke dalam mangkuk besar. Tuangkan 11/2 cawan air sedikit demi sedikit, dan adunkan hingga membentuk doh yang licin .
Bentukkan doh bulat-bulat, leperkan sedikit dan sudukan inti kelapa ditengahnya. Cantumkan doh dan bulatkan menutupi inti. Ulangkan proses ini.
Kemudian ambil santan pekat dan masukkan garam secukup rasa. Ketepikan.
Panaskan pengukus. Susunkan doh kuih badak di dalam bekas dan tuangkan perlahan-lahan santan yang sudah dimasukkan garam ke atasnya.
Tutup pengukus dan kukus. Jangan kukus terlalu lama untuk mengelakkan santan berminyak.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN, SETIAP JAM 5 PETANG, DI SALURAN ASTRO PRIMA 105 DAN SALURAN PRIMA HD 121
JANGAN LUPA ESOK BERSAMA PUTERI SULUNG CHEF WAN, SERINA CHEF WAN.
Nak tahu apa yang diborak dan dimasak oleh dua beranak , jangan lupa tunggu esok tau. Tinggal tiga lagi episod aje ni, rugi kalau tak tonton.
Melalui facebook group Rasa Share Resipi, Samsiah Hj Mat Ali telah berkongsi resipi kuih angku kacang merah.
Menurut Samsiah, kuih angku ini teksturnya kenyal. Rasanya pula lemak manis dan sangat membuka selera.
“Boleh saja gunakan apa-apa bentuk acuan pun asalkan cantik dan menarik perhatian,” kata Samsiah.
Ayuh kita lihat resipinya.
KUIH ANGKU KACANG MERAH
(resipi untuk 18 biji)
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan santan
3/4 cawan air
Pewarna merah
Pewarna kuning
1 cawan inti kacang merah
Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan tepung pulut.
2. Kemudian masukkan tepung gandum.
3. Masukkan pula garam.
4. Masukkan santan dan air.
5. Gaul sebati semua bahan. Masukkan air sedikit demi sedikit ketika menggaul.
6. Gaul sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
7. Bahagikan kepada dua bahagian.
8. Satu bahagian diletakkan pewarna merah. Gaul sehingga doh menjadi warna merah sekata.
9. Satu lagi letakkan warna kuning. Gaul sebati sehingga doh menjadi warna kuning sekata.
10. Ambil satu sudu inti kacang merah. Bulat-bulatkan.
11. Sapu acuan dengan minyak masak.
12. Ambil sejemput doh warna merah. Bentukkan bulat leper. Kemudian letakkan inti kacang merah. Balut kemas. Padatkan pada acuan.
13. Ulangi langkah ini sehingga semua adunan merah dan kuning habis.
14. Masukkan dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.
15. Potong daun pisang ikut bentuk bulat ikut saiz acuan.
16. Keluarkan kuih angku dan letak atas daun pisang tersebut.
17. Siap!
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.