Sedap dapat nikmati karipap pusing yang rangup. Makan satu pasti tak cukup. Kuih karipap memang disukai tidak kira sama inti daging dan kentang, sardin ataupun kentang sahaja. Untuk menjadikan karipap ini rangup, cara membuat doh mestilah betul dan goreng dengan api sederhana panas.
JOM TONTON DAPUR RASA LIVE : Resipi Kue Teow Udang
Flaky Sardine Puff
Bahan-bahan:-
Inti Sardin
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur
2 sudu makan rempah kari ikan (jadikan pes)
1 tin sardin (230gm) (ambil isi sahaja)-BELI ONLINE DI SINI
2 biji kentang (dipotong dadu)-BELI ONLINE DI SINI
Daun sup (dihiris nipis)
Sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak:
1.Panaskan minyak didalam kuali
2.Saute bawang besar, daun kari, halba campur hingga naik bau
3.Masukkan pes kari dan kacau hingga terbit minyak
4.Masukkan sardin, hancurkan dan kacau rata
5.Masukkan ubi kentang dan kacau rata
7.Masak inti sehingga separuh kering
8.Masukkan garam secukup rasa dan daun sup.
9.Tutup api dan biarkan inti sejuk
Bahan-bahan untuk Puff
Doh A
300gm tepung gandum
1/4 cawan minyak dipanaskan
1 sudu teh garam )
120ml air ais )campurkan
Doh B
100gm tepung beras
50gm tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
100gm butter
Cara memasak:
Doh A
1.Sediakan bekas masukkan tepung gandum
2.Sementara itu panaskan minyak.
3.Tuangkan minyak panas ke atas adunan tepung & kacau dengan spatula
4.Setelah adunan sejuk adunkan sehingga adunan lembut dengan air garam
5.Rehatkan doh
Doh B
1.Uli adunan dengan butter sehingga sebati & lembut
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Ikhlas :@missdessertparlour /Shida Yusoff