Flat Brownies Yang Lembut, Kaya Rasa Coklat

Share

Brownie ni simple aje, teksturnya lembut dan crunchy. Penggemar coklat mesti suka , ada nutella di dalamnya.

Coklat gelap dan coklat susu compound memang ummphlah. Jom tengok resipi yang dikongsikan dalam laman FB : Buku Resipi Cik Bunga April. Dapat dua talam ni.

FLAT BROWNIES

BAHAN-BAHAN :

100gm mentega
250gm dark chocolate + milk compund beryls (mix kan klu suka pahit lebihkan choc dark)


1 sudu besar nutella (blh gnti dgn chocolate spread brand lain)
2 biji telur
1/2 cawan gula perang
150gm tepung gandum
1 sdk tpg beras
1sdk baking powder
esen vanila
shortening (sapu pada loyang klu tiada baking paper)

CARA MEMASAK :
1. Cairkan chocolate dengan mentega dan nutella
2. Pukul telur dgn esen vanila & gula perang
3. Masukkan coklat yg telah dicairkan ke dlm bekas telur tadi


4. Masukkan tepung gandum, baking powder dan tepung beras ke dlm bekas adunan (ayak dulu ya)
5. Masukkan ke dlm loyang ratakan dgn spatula (loyang tu sy sapu shortening , kalau nk guna baking paper pun boleh juga)

6. Hiaskan dgn kekacang atau chocolate chips. ikut citarasa masing²
7. Bakar selama 30-40min , suhu 150c api ats bawah (ikut oven masing²)
8. Bila dh keluarkan dari oven terus potong masa panas²
9. Tekstur adunan sblm dibakar akan menjadi likat dan selepas dibakar akan menjadi crunchy

1 adunan sy buat dpt 2 talam & 15 papercup (yg guna utk florentine)

FB : Buku Resepi Cik Bunga April

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

https://www.rasa.my/kek-gulung-cantik-bentuk/

Published by
Faridah Talib