Orang kata, senyuman mereka yang dibantu dapat melegakan hati orang yang menghulur bantuan. Itulah yang ingin dilihat melalui sumbangan yang diberikan oleh Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB). Mengambil keberkatan Ramadan, team Fraser & Neave Holdings Bhd F&NHB turun padang membawa kegembiraan.
Melalui Kempen Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) menyumbang satu juta barangan produk dan barangan keperluan. Penerima terdiri daripada golongan yang memerlukan termasuklah team barisan hadapan yang bertungkus-lumus membantu pesakit di pusat perubatan.
Pengerusi F&NHB, Tengku Syed Badarudin Jamalullail berkata, “Tahun ini, kita harus tabah dan kuat menyambut Ramadan dalam situasi yang diuji virus COVID-19 yang melanda seluruh negara dan juga dunia. Program “Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu” mensasarkan untuk berkongsi rezeki, kegembiraan dan keberkatan Ramadan bersama komuniti yang kurang bernasib baik dan juga wira dan wirawati negara yang berpenat lelah setiap masa dalam memastikan keselamatan negara ketika krisis ini.
“Kami juga ingin memberi penghargaan kepada wira dan wirawati barisan hadapan di atas usaha keras, dedikasi dan pengorbanan mereka bagi melawan COVID-19 demi keselamatan dan kesejahteraan negara. Kami berharap sumbangan kami dapat meringankan beban dan serba sedikit mereka dapat merasai nikmat juadah panas ketika berbuka puasa.”
Tenaga yang kuat diperlukan untuk barisan hadapan bekerja sepanjang Ramadan. Apatah lagi dengan senario Covid-19 ini, mereka perlu bekerja berkali ganda getirnya. Justeru dengan adanya minuman 100PLUS, diharap dapat membantu memberikan tenaga segera selepas berbuka puasa.
Melalui program ini, lebih 500,000 produk F&N termasuk minuman 100PLUS dan kotak makanan khas disalurkan kepada barisan hadapan di hospital, balai polis dan balai bomba untuk mereka berbuka puasa bagi memastikan mereka kekal hidrat dan bertenaga semasa melaksanakan tugas mereka. F&NHB telah bekerjasama dengan usahawan makanan tempatan bagi memastikan mereka mendapat sokongan bagi menjana pendapatan dan seterusnya mengekalkan perniagaan mereka di saat getir ini.
Manakala bantuan makanan kering seperti beras, minyak masak, tepung, gandum berserta produknya seperti100PLUS, Teh dan Susu Soya F&N SEASONS, Susu UHT F&N Magnolia dan Tin Susu F&N kepada lebih 10,000 keluarga. Ini termasuk mereka yang tiada tempat tinggal, rumah jagaan anak yatim dan warga emas. Selain daripada itu, F&NHB juga akan mengedarkan keperluan penting yang lain seperti topeng muka, cecair sanitasi tangan dan lampin dewasa kepada yang memerlukan.
Umum mengetahu, Syawal kali ini tak sama seperti selalu.
“F&NHB ingin menyebarkan mesej kebaikan kepada rakyat Malaysia, agar di bulan ini kita dapat bangkit dengan penuh ketabahan, harapan dan kegembiraan dalam menangani krisis ini bersama,” tambah Tengku Syed Badarudin
Orang ramai boleh membeli barangan F&NHB melalui kedai online F&N Life yang dibuat khas supaya produk boleh dibeli dengan hanya duduk di rumah. Tanpa perlu keluar rumah, produk akan dihantar dan kita semua boleh memasak dan menikmati hidangan dengan selesa.
Sejak tercetusnya wabak COVID-19 di Malaysia, F&NHB telah menyumbangkan lebih 200,000 barangan produk bagi menyokong komuniti yang terkesan akibat krisis ini dan memastikan barisan hadapan negara sentiasa hidrat dan bertenaga – di Semenanjung dan Malaysia Timur.
F&N amat sinonim dengan musim perayaan di Malaysia kerana produknya bukan sahaja popular dengan jamuan dan keraian sepanjang tahun, tetapi ia juga mengembalikan nostalgia. Program ‘Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu’ adalah sebahagian daripada inisiatif tahunan F&NHB semasa bulan Ramadan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2004. Usaha murni ini bertujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik agar mereka dapat merasai kenikmatan Ramadan dan dalam masa yang sama mengeratkan ikatan silaturrahim rakyat Malaysia dari pelbagai budaya dan peringkat masyarakat.