Focaccia Bread Istimewa Untuk Minum Petang Bersama Keluarga

Share

Roti leper ini dikatakan berasal dari Italy. Ada pelbagai resipi focaccia ni, yang paling menonjol ialah Rosemary Focaccia. Bahagian atas roti ni boleh ditambah pelbagai bahan seperti hirisan buah zaitun, cincangan bawang putih, daun parsley/rosemary/thyme dan lain-lain.
Hari ini Chef Sue kongsi cara buat dua jenis focaccia bread. Satu jenis yang agak gebu dan satu jenis lagi yang leper dan garing. Tapi dohnya adalah dari resipi yang sama. Roti ni sesuai dimakan dengan pelbagai hidangan sampingan. Kalau tekak melayu, makanlah cicah kuah kari ke, sambal tumis ke atau cicah dalam kopi O panas .

FOCACCIA BREAD
Bahan-bahan:
3 1/2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 1/3 cawan air suam (lukewarm)
1 cawan minyak zaitun
11grams yis kering-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan madu asli-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh garam halus

Cadangan bahan-bahan lain:
Cincangan bawang putih
Daun parsley kering/segar
Daun Rosemary
Minyak zaitun
Hirisan buah zaitun hitam/hijau
Flaky sea salt (jika suka)

Cara membuat:
1. Tuang air suam dalam mangkuk pengadun. Tabur yis kering dan kacau rata. Biarkan 5-10 minit hingga yis kembang/berbuih.
2. Masukkan minyak zaitun, madu asli, garam dan tepung gandum yang dah diayak ke dalam mangkuk pengadun berisi yis tadi. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat pada mangkuk. (8-10 minit medium speed).


3. Bulatkan doh, letak dalam mangkuk dan tutup dengan cling wrap. Rehatkan doh 45-60 minit atau hingga doh naik sekali ganda.
4. Keluarkan doh dari mangkuk dan tumbuk-tumbuk untuk buang lebihan angin yang terperangkap.

5. Canaikan doh menjadi empat segi (bulat pun boleh) pada ketebalan yang diingini. Saya buat 2 jenis, satu tebal sedikit (lebih kurang 1 inci) & satu lagi sedikit leper (1/2 inci). Letakkan doh ke dalam dulang yang dah disapu dengan sedikit mentega dan ditabur sedikit tepung.
6. Gunakan hujung jari dan tekan doh (tapi jangan tekan sampai berlubang) pada beberapa tempat dan rehatkan doh 15-20 minit.


121599538_10224890857677901_1828255300071465520_n.

7. Sapu permukaan doh dengan minyak zaitun secukupnya. Susun daun Rosemary dalam lubang-lubang tadi. Tabur daun parsley dan flaky sea salt. (Boleh tambah bahan-bahan lain seperti dalam cadangan).
8. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit atau hingga roti keperang-perangan. Potong roti dan hidangkan panas


Kredit : #recipebychefsuearukin

 

Published by
Putri Adila Saari