Sempena meraikan bulan Ramadan dan Hari Susu Sedunia pada 1 Jun, Fonterra Brands Malaysia melaksanakan tradisi tahunannya untuk berkongsi kebaikan tenusu dengan komuniti setempat dan golongan yang memerlukan di Masjid Seksyen 7, Shah Alam pada 15 Mei yang lalu.
Syarikat pemakanan tenusu dari New Zealand mengedarkan lebih dari 500 bungkus bubur lambuk yang diperkaya dengan susu Fernleaf UHT dan pek Iftar produk tenusu kepada orang ramai, serta penduduk flat PKNS sekitarnya. Pek Iftar termasuk Fernleaf CalciYum, susu tepung Keluarga Fernleaf, susu Fernleaf UHT dan Anlene Café Latte.
Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Saintifik dan Hal Ehwal Pematuhan Fonterra Brands Malaysia berkata, pihak syarikat sangat berbangga untuk memberi produk tenusu terbaik dari New Zealand untuk menyokong kesihatan dan nutrisi rakyat Malaysia pada bulan Ramadan yang diberkati.
“Di Fonterra kami bermatlamat untuk menambah nilai kehidupan rakyat Malaysia dan masyarakat di tempat-tempat operasi kami. Kami amat berbesar hati kerana dapat meraikan Ramadan dengan berkongsi khasiat tenusu bersama penduduk setempat dan masyarakat yang memerlukan di kawasan sekitar Masjid Seksyen 7, termasuk golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal dan asnaf,” kata Puan Megawati.
Puan Megawati juga menekankan kepentingan mengamalkan diet yang seimbang dan sihat, terutamanya ketika berpuasa apabila nutrien utama mungkin hilang, dan sebahagian daripadanya termasuk tenusu.
“Sebagai contoh, susu merupakan salah satu makanan yang paling bernutrisi lengkap dan mengandungi nutrien penting yang boleh membuat seseorang bertenaga sepanjang hari, dan yang lebih penting, menambahkan nutrien dan cecair yang hilang semasa berpuasa,” kata Puan Megawati.
Ujar Ustaz Burhanuddin Ahmad, pengurus Masjid Seksyen 7, “Ramadan ialah bulan istimewa untuk memberi – ia mengingatkan kita untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang kurang bernasib baik. Kami berterima kasih kepada Fonterra yang turut ada bersama kami hari ini untuk membantu memberi makan kepada keluarga dan anak-anak yang memerlukan dengan bubur lambuk dan produk tenusu lain yang berkhasiat.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif Ramadan, Fonterra juga menganjurkan sesi Tadarus Al-Quran dan Iftar bersama pekerjanya sempena Nuzul Al-Quran yang jatuh pada bulan Ramadan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Fonterra Brands Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai masjid dan komuniti tempatan untuk meraikan Ramadan, dengan mengedarkan bubur lambuk yang diperkaya dengan susu Fernleaf dan pek berbuka puasa yang dimuatkan dengan produk tenusu untuk menyokong gaya hidup sihat ketika berpuasa.
Semua produk Fonterra Brands Malaysia adalah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan mematuhi sistem jaminan Halal yang ketat dan proses keselamatan dan kualiti makanan dari rumput ke gelas (from grass to glass), dari ladang-ladang di New Zealand hingga produk akhir yang sampai kepada pengguna.