Food Bank Gerakan Kita Sayang Kita Kongsi Rezeki Buat Yang Memerlukan

Share

Kisah kesukaran hidup di media sosial mengenai orang-orang yang kehilangan pekerjaan dan menderita kelaparan semasa pandemik Covid-19 sangat menyentuh PakNgah serta beberapa rakan untuk berkongsi rezeki buat mereka yang memerlukan di bawah Gerakan Kita Sayang Kita. ‘Food bank’ ini bertujuan untuk memberi sumber makanan kepada yang memerlukan secara percuma.

“Kami mempunyai restoran dan tidak dinafikan memang terjejas penjualan. Bila melihat ada makanan lebihan setiap hari, kami berfikir untuk mengurangkan produksi makanan siap harian untuk dijual, jadi apabila ada lebihan bahan asas, kami terfikir apalah salah kalau bahan-bahan asas yang selalu digunakan ini disedekahkan kepada orang yang lebih memerlukan.

Kami juga sekarang dalam usaha untuk bekerjasama dengan rangkaian-rangkaian restoran berhampiran untuk mengumpul makanan-makanan yang tidak habis dijual dan dikumpulkan di satu tempat untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.


Menurut Pak Ngah , mereka bergerak dengan dana dari syarikat sendiri dan rakan-rakan terdekat yang sudi dan ikhlas membantu. Setakat ini menurutnya, food bank bertempat di dua tempat iaitu kuantan di Restoran Roti Tempayan Cheese Kassim Baba dan di Alor Setar pula di Restoran Ayam Gepuk Pak Raden.

Gerakan ini melibatkan secara langsung 8 orang dan tidak langsung hampir 20 orang. “Setakat ini dengan kemampuan dana yang ada kami hanya mampu lakukan 4 kali sahaja iaitu sehari dalam seminggu. Sudah hampir dua minggu kami menjalankan usaha ini dan kami mewarkan di dalam media sosial kami sahaja dan kehadiran orang-orang yang datang mengambil makanan kebanyakan di kalangan orang tempatan. Kami tidak kisah sesiapa pun, asalkan dia bergelar manusia yang tak cukup makan, kami alu-alukan untuk datang mengambil apa yang perlu,”jelasnya.

Antara bentuk makanan yang disedekahkan ialah beras 5 kilo, kicap ,sardin 2 botol,gula,kopi, minyak masak dan biskut.
“Kami menolong sekadar yang kami mampu sekarang dengan dana yang ada. kami cuba untuk buat seminggu sekali, tapi andai ada pertolongan dari Allah nanti, kami akan maklumkan kemudian.


Harapan saya supaya dengan usaha kami anak kecil yang menangis kelaparan, dapat disuapkan sedikit makanan untuk dia berhenti menangis seketika. Buat ibu atau ayah yang bergaduh sebab tekanan kesempitan ini dapat kembali tersenyum dan berpelukan

Kepada ayah yang merasakan diri tidak berguna dan terdetik ingin membunuh diri, janganlah…kami merayu sayangi diri dan masih ada yang menyayangi kalian,” ucap Pak Ngah menutup bicara.

Published by
Putri Adila Saari