foodpanda Raikan Krismas Dengan Tawaran Diskaun Sebanyak 40%

Share

Sempena Krismas yang bakal tiba tidak lama lagi, foodpanda bersedia untuk ‘Menyebarkan Keriangan Seperti Panda’ dan meraikan musim perayaan ini dengan pelbagai tawaran menarik yang pastinya membawa kegembiraan kepada para penggunanya.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, “Falsafah ‘Hidup Gaya Panda’ berteraskan kepada bagaimana pengguna kami boleh membuat persiapan Krismas dengan tenang kerana foodpanda akan memenuhi segala keperluan perayaan anda.

“Sama ada pengguna memerlukan hidangan yang lengkap, bahan masakan, mahupun barangan perhiasan rumah, foodpanda berhasrat untuk membolehkan anda menikmati musim perayaan ini tanpa perlu bersusah payah dan bersesak-sesak membeli-belah untuk Krismas,” katanya lagi.

Bagi anda yang meraikan sambutan perayaan Krismas, makanan adalah sama penting dengan pengalaman saling bertukar hadiah.

Jadi daripada bersusah payah memasak di dapur, apa kata tahun ini anda nikmati kemudahan foodpanda dan luangkan lebih banyak masa dengan orang yang tersayang dengan memilih vendor dine-in foodpanda yang menyediakan pelbagai pilihan hebat untuk sebarang majlis sambutan perayaan.

Pengguna bukan saja boleh duduk dengan tenang sambil menikmati pelbagai ganjaran dan diskaun yang menakjubkan kerana memilih untuk dine-in di restoran seperti:

Sempena Krismas ini, foodpanda ingin Menyebarkan Kegembiraan Seperti Panda dan menghadiahkan pengguna dengan potongan sebanyak 40% bagi pesanan minimum RM25.00. untuk menebus diskaun tersebut, gunakan kod: PESTAPANDA.

Selain itu, foodpanda juga sentiasa memastikan ada sesuatu untuk setiap orang terutama untuk si kecil yang berada di rumah. Apa kata berikan mereka dengan kelengkapan set mainan jenama LEGO Malaysia? Bawakan kegembiraan dan keringan ke dalam musim perayaan ini dan benarkan mereka bermain dan belajar pada masa yang sama.

  • LEGO Duplo Floating Red Panda Bath Toy kini boleh didapati di pandamart untuk hanya RM 49.90.
  • Nikmati diskaun sehingga 15%
  • Pembelian set LEGO akan melayakkan anda menerima hadiah percuma
  • Pembeli yang paling banyak berbelanja berpeluang untuk memenangi LEGO Flower Bouquet Set bernilai RM 269.90
  • Tempoh kempen bermula dari 16 Disember hingga 29 Disember
Published by
Naqiyatul Uzma