Permintaan yang meningkat dan memerlukan ruang yang lebih besar menjadi faktor utama pembukaan Chef Lyn’s Pastry & Cafe. Kafe yang dimiliki oleh MH Lyn Enterprise ini terletak di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi.
Tulang belakang kafe ini ialah Haslin Hasan atau lebih dikenali sebagai Chef Lyn. Minat yang mendalam dalam bidang seni kulinari, dia tidak menyangka meninggalkan dunia pendidikan dan memiliki perniagaan sendiri pada tahun 2020 dengan tertubuhnya Chef Lyn’s Pastry & Cafe.
Pernah menjadi Dekan Fakulti, dia memastikan setiap hidangan yang disediakan hendaklah menggunakan barang yang berkualiti dan harga berpatutan. Namun pembukaan kafe ini bukanlah perkara yang mudah, kerana pada tahun yang sama dunia dan Malaysia secara amnya terkesan oleh pandemik Covid -19. Namun berkat keazaman dan dorongan keluarga, Chef Lyn giat meneruskan perniagaan yang baru bermula ini.
Seleksi masakan barat yang pelbagai
Matlamat kafe ini hanya satu, setiap hidangan yang disediakan hendaklah menepati citarasa setiap pelanggan yang berkunjung ke sini. Berdasarkan prinsip tersebut dan berbekalkan pengalaman yang luas, setiap hidangan yang disediakan hendaklah memenuhi SOP yang tersedia.
Kelebihan utama di Chef Lyn’s Pastry & Cafe adalah dalam penyediaan pastri, kek dan masakan barat yang dibuat sendiri dari dapur. Setiap pastri dan kek yang disediakan segar dan lembut. Kafe juga sentiasa menerima tempahan untuk keraian. Antara pilihan pastri dan kek adalah 40 jenis cream-puff, burnt cheese cake serta biskut-biskut enak yang sesuai untuk sebarang jenis keraian dan perayaan.
Harga yang berpatutan, masakan yang enak dan layanan yang memuaskan menjadi janji utama bagi Chef Lyn’s Pastry & Cafe kepada pelanggannya.
Menurut pemiliknya, pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang hospitaliti dan seni kulinari mengajarnya bahawa penggunaan ramuan yang segar dan berkualiti menjadi faktor utama kepada kelazatan makanan yang disediakan.
“Kami tidak mengejar keuntungan semata-mata. Makanan yang disediakan hendaklah seiring dengan tagline kami iaitu “Fresh, Moist and Homemade”. Selain makanan yang disediakan enak dan lazat, kami juga menitik beratkan keselesaan kepada pengunjung. Norma baru kini, kami memastikan ruang makan, dapur dan perkakas yang digunakan bersih dan disanitasi selalu. Setiap pelanggan diwajibkan untuk mengimbas kod My Sejahtera dan suhu sebelum dibenarkan memasuki premis kami”ujar pemilik.
Pernah menjadi chef jemputan di program masakan Masterchef Selebriti Malaysia, Chef Haslin juga berkata, visi Chef Lyn’s Pastry & Cafe adalah untuk menjadi pusat sehenti dalam bidang kulinari. “Kami berharap di masa akan datang mampu menawarkan kelas masakan, penempatan pelajar latihan industri dan yang paling utama untuk menjadi salah satu kafe yang dikenali di Bangi dan Selangor secara amnya,”ujarnya.
Chef Lyn’s Pastry & Cafe turut menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan menggunakan aplikasi FoodPanda. Buat yang teringin nak menikmati masakan barat yang lazat , bolehlah berkunjung ke sini.
Chef Lyn’s Pastry & Cafe
Ground Floor, Unit 23, Block B, Jalan Gerbang Wawasan 1, Bangi Gateway, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
Operasi: Selasa -Ahad ( 10 pagi -8 mlm)
Isnin- Tutup