Menu ini dikenali dengan nama ‘Fried Carrot Cake’ tapi kalau orang melayu kita panggil Nasi Impit Goreng. Kenapa carrot cake? Sebab bahan utamanya ialah dari turnip/lobak puteh. Parutan turnip/lobak puteh tersebut diadukkan bersama tepung beras dan gandum serta beberapa bahan lain, kemudian dikukus seperti membuat talam kueh.. Tapi nak mudah boleh je guna nasik impit, sebab lebih cepat dan senang. Jom cuba boleh jimat dari makan kat luar.
RESIPI FRIED CARROT CAKE VERSI NASI IMPIT
BAHAN-BAHAN:
Nasik impit 2 bantal
Bawang merah 4 biji
Bawang putih 3 ulas
Udang kering
Taugeh 2 genggam
Kuchai seikat
Sos tiram
Sos abalone
Kichap pekat
Cili mesin sesudu
Minyak bijan sikit
Minyak masak 3-4 sudu
Garam
Ajinomoto (jika mahu)
CARA MEMASAK:
1-Nasik impit 2 bantal dipotong saiz dadu, manakala daun kuchai dicuci bersih & kerat siap kurang seinci. Taugeh pun sama dicuci bersih. Kesemua ini diketepikan terlebih dahulu.
2-Bawang merah putih ditumbuk bersama udang kering. Dalam kuali panaskan minyak 3-4 sudu & tumis sampai naik bau.
3-Masukkan sesudu cili kisar, sos tiram, sos abalone, kicap pekat, sikit garam, serta sikit aji & kacau sampai terbit minyak.
4-Kemudian masukkan nasik impit yang dah potong dadu sesiap & gaulkan sekata. Biarkan kejap & gaul2 lagi sama rata.
Selamat mencuba!
Kongsi resipi: Paan Selamat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali Buat Muruku Berempah, Menjadi Dengan Resipi Ini
Rasa muruku yang rangup, pedas dan berempah memang menepati citarasa ramai. Sambil bersantai, memang habis dimakan.
Resipi muruku rangup berempah yang dikongsi saudari Aisyah Humaira ini, nampak senang dan sekejap saja untuk membuatnya.
MURUKU RANGUP & BEREMPAH
BAHAN A:
1 peket tepung muruku babas
1 peket tepung pulut (untuk rangup, rapuh) – beli online di sini
1 cawan teh tepung kacang kuda (untuk rangup berlemak) – beli online di sini
1 sudu besar jintan manis – beli online di sini
1 sudu makan jintan putih – beli online di sini
(jintan manis dan jintan putih disangai bersama, kemudian dikisar kering hingga lumat)
1 sudu besar jemuju (ada dijual di kedai runcit india)
2 sudu besar penuh bijan putih
1 sudu kecil serbuk cili – beli online di sini
1 sudu besar rempah kari daging babas – beli online di sini
3 biji telur | dikocak sebati
TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus Bersama Siti Norliza Mohd Misni
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
BAHAN B:
½ kotak kecil santan (saya guna Saji) – beli online di sini
4 sudu besar adela vanaspati (atau jika tiada, boleh guna buttercup)
1 gelas air
2 sudu besar gula – beli online di sini
2 sudu kecil garam
Ajinamoto jika suka
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Masuk semua bahan A dalam bekas besar kecuali telur dan kacau sebati. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan B dalam periuk dan reneh sekejap sekadar semua sebati tak perlu sampai mendidih.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Setelah suam-suam, tuang bahan basah ni dalam bahan tepung tadi. Tuang sedikit demi sedikit sambil kacau masuk sekali telur yg telah dipukul .
4. Jika adunan keras, masuk lagi 2-3 gelas air sedikit demi sedikit hingga terhasil adunan yang lembut tapi tidak melekat di tangan (boleh tengok DI SINI video cara buat).
5. Masuk doh dalam acuan dan bentukkan mengikut bentuk yang disukai di atas daun pisang atau kertas minyak.
6. Goreng dengan api sedang hingga masak keperangan. Masukkan daun kari untuk lebih beraroma. Pastikan api jangan besar, nanti masak bahagian dalam tak masak.
7. Dan juga doh mesti tutup dengan kain bersih yang lembab supaya doh tidak menjadi keras.
Kredit resipi: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Gabungan Masam, Manis & Pedas Rojak Betik Buat Kecur Air Liur!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap
Frittata, lasagna, volcano beef dan shepard pie, sebut nama resipi snek barat ni pun dah terbayang keenakkannya. Keju, susu, mentega adalah tiga bahan asas yang biasanya ada dalam masakan barat.
Ditambah pula dengan daging dan sayur-sayuran, barulah lengkap rasanya. Ni min kongsikan empat snek barat untuk dicuba, nak beli mahal nih.
1. VOLCANO BEEF CHEEZY ONION
BAHAN-BAHAN:
- 200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
- 400 gram daging cincang
- 3 biji bawang Holland (dibelah dua)
- 5 helai daun oregano (dicencang halus)
- ½ kg serbuk roti
- 2 biji telur
- 300 gram tepung gandum
- 1 sudu teh paprika
- Serbuk perasa
- Keju krim (untuk sos)
- Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK :
1.Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
2.Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
3.Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
4.Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
5.Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
6.Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
7.Boleh dihidangkan bersama keju krim.
2. FRITTATA BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji telur
- 30 gram susu segar
- 25 gram cendawan butang (dihiris)
- 25 gram bawang merah (dipotong dadu)
- 25 gram lada benggala merah (dipotong dadu)
- 25 gram lada benggala kuning (dipotong dadu)
- 10 gram daun bawang
- 25 gram keju Cheddar (diparut)
- 25 gram keju Mozzarella (diparut)
- 10 gram mentega
- Garam
- Lada putih
CARA MEMASAK :
1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada putih hingga sebati.
2. Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang merah, cendawan, lada benggala merah dan kuning sehingga naik bau.
3. Seterusnya, masukkan adunan telur tadi dan kacau bersama bahan tumisan berserta sayuran tadi.
4. Apabila sekata, masak campuran telur berisi sayur dan taburkan dengan hirisan daun bawang hingga separa masak.
5. Akhir sekali, taburkan parutan keju Cheddar dan Mozzarella di atas permukaan telur dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.
6. Sedia untuk dihidang.
3. SHEPERD PIE DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kilo daging lembu atau kambing | dipotong dadu
- 100gm daging tetel lembu | dipotong kecil
- 5-6 biji kentang russet | direbus empuk
- 2 biji bawang besar | dicincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 1/2 sudu besar serbuk brown sauce ( dilarutkan di dalam 125ml air suam)
- 1/2 kiub stok daging lembu | mengikut cita rasa
- 1 batang lobak merah | potong sebesar 2.5cm
- 2 batang seleri | potong sebesar 2.5cm
- 6-7 biji cendawan butang segar | dihiris kasar
- 2 helai daun bay
- Sedikit herba rosemary dan thyme
- 2 sudu teh sos Lea & Perrins
- Sedikit tepung gandum yang dilarutkan ke dalam 125ml air
- 180ml susu segar
- 100gm mentega ( untuk dimasukkan ke dalam kentang lenyek)
- 100gm mentega ( untuk menumis bersama minyak zaitun)
- 2 sudu makan minyak zaitun
- Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
1. Lenyek kentang rebus bersama susu, mentega dan garam, untuk diletakkan di bahagian atas daging yang telah dimasak. Ketepikan.
2. Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun dan sedikit mentega. Masukkan sos Lea & Perrins, air, stok daging, lobak merah, saleri, cendawan, daun bay, rosemary, thyme, lada hitam dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul sehingga sebati. Apabila sudah masak, masukkan tepung dan sedikit mentega. Jangan masak hingga ia terlalu pekat. Biar ia basah dan lembap, tidak terlalu kering.
4. Setelah itu, masukkan semua bahan yang dimasak tadi ke dalam kaserol dan ratakan. Setelah itu masukkan kentang yang sudah dilenyek di bahagian atas dan ratakan.
5. Bakar dengan suhu 180 C selama setengah jam sehingga kentang menjadi garing sedikit.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Inti yang tidak terlalu kering akan menambah kesedapan Sheppard Pie itu ketika dinikmati.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak: 40 minit
Jenis Hidangan: Inggeris
Keistimewaan: Rasa lemak ubi kentang dan rempah ratus yang seimbang
Jenis Penyediaan: Pai
Cara Memasak: Tumis dan bakar
Anggaran kos: RM30-RM40
4. LASAGNA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kotak ‘oven- ready’ pasta lasagna
- 650gm daging kisar
- 2 batang seleri | panggang dan dikisar
- 2 biji tomato | panggang dan dikisar
- 2 batang lobak merah |panggang dan dikisar
- 2 biji bawang besar |panggang dan dikisar
- 3 biji bawang putih
- 1 tin kecil tomato puri
- 6-7 biji cendawan butang
- 500ml air
BAHAN HERBA:
- 2 sudu kecil oregano
- 2 sudu kecil paprika
- 2 helai daun bay
- 1 sudu kecik thyme
- Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
- 125ml susu cair (evaporated)
- 2 sudu makan serbuk keju parmesan
- 1 kiub stok daging
- 100gm mentega
- 2-3 sudu makan minyak zaitun
BAHAN UNTUK SOS KEJU:
- 60gm tepung gandum
- 375ml susu cair segar
- 100gm mentega
- 7 keping kepingan keju cheddar
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan yang telah dipanggang iaitu seleri, tomato, lobak merah dan bawang besar dengan 500ml air. Ketepikan.
2. Panaskan mentega dengan minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging kisar.
3. Goreng sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sekiranya pekat. Setelah mendidih masukkan tomato puri dan semua bahan herba, kiub stok daging, lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sekata. Apabila hampir masak, masukkan susu dan keju parmesan dan kacau lagi sehingga sebati. Masak jangan sampai ia terlalu cair. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
4. Untuk sos keju; Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan susu dan keju dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos tidak terlalu cair atau pekat/kental. Angkat dan sejukkan.
6. Untuk membuat lapisan lasagna; Sapukan mentega secara rata pada kaserol atau bekas pembakar. Letakkan sos daging dan ratakan.
7. Susunkan lasagna pasta di seluruh permukaan bekas.
8. Sapukan sos keju dan taburkan serbuk keju parmesan.
9. Sapukan sos daging lagi dan ratakan. Seterusnya susunkan pasta lasagna.
10. Sapukan sos keju dengan rata. Taburkan keju mozarela di seluruh permukaan.
11. Bakar pada suhu 180 C selama 1/2 jam sehingga keju mozarela cair dan kekuningan. Barulah angkat dan enak dimakan ketika panas.
Info chef: Hanya masukkan sedikit sahaja garam untuk menggelakkan ia masin memandangkan sudah ada aneka jenis keju.
Saiz Hidangan: 3-5 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Mengenyangkan dan sedap
Jenis Penyediaan: Pasta
Cara Memasak: Tumis, goreng dan bakar
Anggaran kos: RM30-RM40
Ayam Panggang Masak Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 3 Resipi Terbaik Yang Patut Di Cuba!
Bila ada aktiviti BBQ di rumah hidangan ayam pasti menjadi kegemaran semua. Bahan perapan ringkas dapat menaikkan rasa ayam bila di grilled.
BBQ DRUMSTIK
BAHAN-BAHAN:
- ketul paha ayam
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- 3 sudu makan kicap manis
- 5 sudu makan sos lada hitam
- 3 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan sos BBQ
- 2 sudu makan jus lemon
CARA MEMASAK :
- Bersihkan paha ayam dan toskan.
- Gaul semua bahan bersama paha ayam.
- Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
- Bakar sehingga masak atau kekuningan.
- Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.
INFO CHEF: Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan daging.
GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
- 8 keping bahagian paha ayam
- 1 cawan yogurt putih
- 4 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 3 cm halia | cincang
- 1 biji cili hijau
- 1/2 sudu teh kunyit
- 3/4 sudu teh serbuk cili
- 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
- 3/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
- Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
- Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
- Bakar hingga masak.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.
BBQ HONEY CHICKEN WINGS
BAHAN-BAHAN:
- 8 ketul kepak ayam
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- 3 sudu makan kicap manis
- 5 sudu makan sos lada hitam
- 3 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan madu
- 2 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan minyak jagung
- Garam secukup rasa
- Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam
CARA MEMASAK:
- Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
- Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
- Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .
- Angkat dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESEPI INI:
Senang! Homemade Kentang Putar Halus & Gravy Black Pepper Meleleh
http://www.rasa.my/ayam-panggang-otai-simple-tapi-rasanya-memang-merecik/
5 Jenis Masakan Peha Ayam & Drummet Simple Yang Wajib Anda Cuba