Minuman yang dihasilkan dari campuran buah-buahan. Memang sangat menyegarkan. Ia sesuai disajikan diu majlis-majlis keraian dan juga dikala hari raya.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji buah prun | dipotong dadu
- 30gm nanas | dipotong dadu
- 30gm betik | dipotong dadu
- 150gm buah-buahan campuran dalam tin
- 30gm tembikai | dipotong kecil
- 5 biji anggur
- 60gm nata de coco
- 2 sudu makan gula sirap
- 200ml air
- Beberapa ketulan ais
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua buah-buahan dan gaulkan rata.
- Tuangkan gula sirap dan kacau rata.
- Masukkan beberapa ketulan ais dan sedia dinikmati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Air Soya Homemade Sedap Hanya Guna 2 Bahan
Isi Kandungan
ToggleSedapnya Air Soya homemade ni. Bagi yang gemar minum Air Soya boleh cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Rita Zul ni. Hanya guna 2 bahan sahaja. Sangat mudah untuk disediakan.
Enak dinikmati panas-panas. Nikmat rasanya. Jika suka minum sejuk, boleh sahaja tambah ais atau dinginkan dalam peti sejuk. Memang jimat banyak terutamanya bagi yang keluarga besar. Malah nak buat niaga pun boleh. Jom cuba!
CARA BUAT AIR SOYA HOMEMADE SEDAP HANYA GUNA 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- Kacang soya – beli online disini
- Gula
- Daun pandan – jika suka, untuk wangikan air
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan kacang soya dan rendam semalaman. Esoknya cuci bersih dan toskan. Kulit kacang boleh dibuang.
2.Kisar kacang soya bersama air sampai halus. Kemudian tapis menggunakan tapis teh. Ulang 2-3 kali.
3.Buang buih-buih yang ada pada kisaran soya tadi menggunakan tapis seperti dalam gambar. Tujuannya bila air soya dimasak, airnya tiada buih dan nampak cantik.
4.Masak air soya yang sudah ditapis tadi bersama gula dan daun pandan. Rasakan manisnya ikut selera anda. Bila sudah mendidih, padamkan api.
5. Air Soya sedia untuk dinikmati. Air ini enak diminum panas-panas.
6. Nak minum sejuk boleh simpan dalam peti sejuk. Air tahan 4-5 hari. Lagi lama disimpan lagi sedap.
INFO:
1.Kulit kacang boleh dibuang & boleh dikisar. Ini kerana kulitnya tidak banyak, lembut dan tiada masalah jika dikisar bersama.
2. Sukatan: 1 kg soya & 2 kg gula. Akan dapat 10 jug air soya seperti dalam gambar.
Kredit resipi & foto: Rita Zul
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Air Katira Sedap Guna Resipi Asli Johor
Air Katira sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Di Johor, minuman ini sentiasa popular di bazaar Ramadan adalah Air Katira. Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, minuman ini berasal dari timur tengah (tak pasti negara mana) dan dibawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan. Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan. Air Katira Johor warnanya hijau lembut sahaja. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat. Hari ni kita buat resepi asli Johor. Jom cuba!
RESIPI AIR KATIRA ASLI JOHOR YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu besar katira – beli online disini
- 1 sudu besar biji selasih – beli online disini
- 3 biji kurma – buang biji & hiris halus – beli online disini
- 3 biji kembang semangkuk – beli online disini
- 4 biji badam – beli online disini
- 4 helai daun pandan
- 4 sudu besar gula – beli online disini
- 1 liter susu segar
INFO: Untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml
CARA MEMASAK:
1.Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda inilah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.
2. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
3. Semua bahan ini akan mengembang. Jika sudah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
4.Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan carik halus, sekadar untuk hiasan.
5.Rebus daun pandan dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
6.Bahan-bahan rendam tadi sudah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
7.Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
8.Satukan semua bahan yang sudah sediakan. Bahan rendam tadi perlu di tos. Jangan tuang terus dalam susu nanti cair.
9.Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat.
10. Air Katira Johor siap dan sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Kredit resipi & foto: Kamarul Ariffin Nor Sadan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Hot Chocolate Yang Sedap. Letak Sekali Whipped Cream, Terasa Macam Minum Di Kafe
Isi Kandungan
ToggleKalau selalu minum hot chocolate begini di kafe, kali ini kita buat sendiri. Bukan saja lebih jimat tapi lagi nikmat menghirupnya sambil bersantai di rumah sendiri.
Lagi sedap kalau dicicah pula dengan croissant. Terasa macam minum di kafe mahal. Nak buat sendiri hot chocolate atau coklat panas yang mewah ini mudah saja, ada serbuk koko dan susu dah buat boleh. Caranya dikongsi oleh Nurhayati Maleq.
Cara buat hot chocolate ala kafe
Bahan-bahan
2 sb gula merah (boleh kurangkan ikut citarasa)
¼ esen vanilla (jika suka)
2-3 sk serbuk koko (sebarang jenama pun boleh)
1 cawan susu panas (susu segar)
Secubit garam (jika suka)
Cara membuat
1. Campurkan gula merah, esen vanilla, serbuk koko dan secubit garam dalam 1 cawan.
2. Dalam periuk kecil panaskan susu hingga mendidih.
3. Masukkan susu panas ke dalam cawan yang bercampur dengan bahan- bahan tadi. Kacau rata dan siap!
Boleh dihidang bersama whipping cream dan marshmallow atau minum begitu pun dah sedap!
Sumber: Nurhayati Maleq