Fuhh Korean Spicy Chicken Ala Gangnam Style..Tengok Dah Terliur Weyy..

Share

Siapa peminat tegar Korean Spicy Chicken? Haa resipi ni memang korang kena cuba sebab memang meletup rasa dia wey..sedap! Rasa dia dah macam setaraf dengan restoran Korea taw..Ayam ni makan dengan nasi putih pun sedap ya amat. Nak ratah pun sodap! Memang takkan menyesal kalau cuba..boleh hidangkan pada tetamu yang hadir atau keluarga..anak-anak kat rumah pun gerenti suka!

KOREAN SPICY CHICKEN ALA GANGNAM STYLE

BAHAN (PERAP AYAM): 

  • 10 – 12 ketul ayam (resipi ni guna bahagian chicken wing drummet)
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu lada hitam biji
  • Garam dan gula secukup rasa

* Kisar semua bahan di atas. Perap dalam 1 jam.

 

BAHAN GORENG: 

  • Tepung jagung, tepung gandum, tepung kastard (nisbah 1:1:1)
  • Sedikit serbuk perasa ayam
  • Sedikit garam
  • Telur

CARA PENYEDIAAN: 

  1. Pukul telur.
  2. Salut ayam dengan telur.
  3. Golekkan ayam atas tepung, terus goreng dengan api sederhana besar sehingga masak. Ayam goreng ni makan gitu sahaja dah sedap sangat. Sila jauhkan dulu dari anak anak.

BAHAN SOS “KOREAN SPICY YANGNYEOM”: 

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 – 3 sudu cili kering kisar
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 1 – 2 sudu jus lemon
  • 2 – 3 sudu madu
  • Garam gula secukup rasa
  • Bijan disangai

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis lada dan bawang putih sampai garing. Masukkan tomato sos, cili sos, lemon jus, madu, garam dan gula.Kalau nak pedas lebihkan lada. Gula tu agak agak jek sebab kita dah letak madu. Korang rasa dulu macam mana.
  2. Bila sambal dah garing, masukkan ayam tadi. Gaul rata. Pastu tabur bijan.
  3. Siap!!

Kredit resipi & gambar: Habibah Badar Bajrai 

Published by
Amanina