Fuhh Terliurnya Bila Tengok ‘Mango Float Dessert’ Ni…

Share

Sesiapa yang suka masam-masam lemak manis, cair di mulut, sejuk di perut, haa anda mesti cuba resepi ni! Sesuai juga untuk dijamu semasa open house, potluck, dan sebagainya.

Sebenarnya mango float adalah sejenis pencuci mulut yang cukup terkenal di Filipina. Lebih kurang macam kek batik, ianya dilapis-lapis dengan biskut kraker dan krim. Tapi versi mereka ini menggunakan buah mangga sebagai bahan utamanya.

Resipi ‘Mango Float Dessert

Bahan-Bahan 

  • 1 cawan whipping cream
  • 1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
  • 200 gm cream cheese
  • 1/2 paket biskut cream cracker
  • 4 biji mangga (dihiris memanjang)
  • 2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
  • Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuaian
  • Aluminium foil
  • Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)

Cara Penyediaan 

 1. Putar / Blender

Putar whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Kalau tak ada mixer, boleh juga guna blender. Tunggu hingga kembang dan sebati.

2. Sediakan Loyang

Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Nak gunakan bekas lain tanpa aluminium foil pun boleh.

3. Rendam Biskut

Rendam biskut dalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang.

4. Lapiskan Dengan Cream Cheese

Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.

5. Aturkan Hirisan Mangga

Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 3-5 hingga habis.

6. Topping

Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan di atas bahan tadi.

Beginilah hasilnya.

7. Sejukkan

Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 3 jam, dan selepas itu mango float bolehlah dihidangkan.

Inilah rupanya selepas dikeluarkan dari peti ais dan dipotong-potong. Terliur kan?

Info: Mango float ini mudah cair ya, macam ais krim. Jadi, tak boleh terbiar lama dalam dalam suhu bilik. Masa nak makan baru keluarkan dan hidang.

Kredit Resepi: Puan Idah Hussein 

 

Published by
Amanina