Fuhhh ! Kaw-Kaw Sedap Tomyam Poktek Ni Wei…

Share

Bosan dengan menu  berlemak dan berminyak, cuba pula menu tomyam yang  memang sedap,  ringkas, mudah disediakan dan digemari ramai.   Untuk itu,  RASA kongsikan  resipi Tomyam Poktek yang memang terangkat sedapnya..

TOMYAM POKTEK

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ketam | belah empat
  • 100gm lala | bersih dan tos
  • 250gm udang | bersih dan tos
  • 200gm sotong | hiris bulat
  • 1 ekor ikan kembung | siang & potong dua
  • 1 batang seleri | hiris
  • 1 biji tomato  | belah empat
  • 1biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 sm halia | titik
  • 6-7 tangkai cili padi | titik
  • 3 sm lengkuas | titik
  • 3 batang serai | titik
  • 3 ulas bawang merah | cincang
  • 2 ulas bawang putih  | cincang
  • 4 helai daun limau purut
  • 3  sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit hirisan daun bawang, sup dan bawang goreng
  • Sedikit minyak masak

CARA MASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan cincang, kemudian masukkan air, pes tomyam, halia, lengkuas dan serai. Biarkan sehingga mereneh.
  2. Kemudian masukkan ketam, udang dan sotong, ikan. Biarkan lebih kurang 2-3 minit.
  3. Masukkan pula cili, daun limau purut, hirisan bawang besar, hirisan batang seleri, jus limau, garam dan perasa secukupnya.
  4. Akhir sekali hias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

 

 

 

Published by
Norasida Myasin