Sebut je petai ramai yang menyukai ulaman tradisional yang baunya boleh tahan tapi rasanya memang wauuu sedap, tak kiralah buat ulam mentah atau dijadikan campuran dalam sambal atau gulai. Pendek kata tak ada istilah jemu kalau dengan petai. Sebab itulah RASA nak share satu menu petai yang jadi kegilaan pengemar petai Malaysia.
Jom kita masukkan dalam menu haari ni.
SAMBAL PETAI UDANG
BAHAN-BAHAN :
300gm udang | bersihkan
3 papan petai, | ambil isi
1 sudu makan pes asam jawa
1 biji bawang besar, | hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak | untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar halus hingga nik bau dan pecah minyak.
- Masukkan pes asam jawa, kacau rata.
- Masukkan petai, gaul dan tambah hirisan bawang besar.
- Tambah udang, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
- Masak hingga pekat dan cukup rasa.
- Sambal petai sediadihidangkan.