
Orang Malaysia kalau tak ada sambal dalam hidangan, macam kurang lengkap menunya. Sambal mentah atau sambal tumis sudah cukup memecahkan selera. Perut yang kenyang boleh lapar semula apa lagi kalau diregukan dengan ikan masin atau ikan goreng garing. Jom kita cuba buat sambal mempelam ni.
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan rebus goreng
- 1-2 biji mempelam telur muda
- 7-8 biji cili padi ( ikut kepedasan masing-masing)
- Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1.Tumbuk cili padi bersama sedikit garam hingga lumat. Jika ikan rebus goreng sudah mempunyai rasa masin, abaikan penggunaan garam.
2.Masukkan isi ikan goreng. Tumbuk kasar.
3.Kemudian masukkan pula buah mempelam telur yang telah dicincang kasar. Tumbuk sedikit sahaja dan bukannya hingga lumat.
4.Gaul sebati dan boleh dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Miza Rawang Bakers via MAHN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Acar Buah Homemade, Tak Perlu Tunggu Kenduri Kalau Teringin

Lazimnya, acar buah akan ditemui di majlis-majlis kenduri kahwin. Memang enak gandingannya dimakan bersama nasi minyak dan ayam masak merah. Namun, jika sesekali teringin atau ingin bawa untuk bercuti, boleh saja kita masak acar buah ini.
Menurut Acu Ija yang berkongsi resipi Acar Buah yang cantik merah kuahnya ini acar ini tahan berbulan-bulan jika disimpan di dalam peti sejuk. Sesuai juga untuk dibawa bercuti. Jom kita cuba buat. Boleh buat stok. Bila teringin, ambil saja di dalam peti sejuk. Buat ratah sahaja pun sedap ni.
ACAR BUAH
BAHAN-BAHAN:
Jeruk buah-buahan
Bawang putih – Boleh beli online di sini
Bawang kecil
Halia
Cili kering
Jintan manis – Boleh beli online di sini
Jintan putih – Boleh beli online di sini
Ketumbar – Boleh beli online di sini
Cili api
Sos cili
Gula
Cuka – Boleh beli online di sini
Garam
Kismis
Biji bijan – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Racikkan bawang putih, bawang kecil dan halia.

Guntingkan cili kering dan buang bijinya. Rebuskan dan kisar bersama minyak dan air.

Tumbukkan jintan manis dan ketumbar. Nisbahnya sama. Dan campurkan sedikit sahaja jintan putih.

Gorengkan bawang putih dan cili api.

Tumiskan halia, bawang putih, bawang kecil.
Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar.

Masukkan sos cili, gula, cuka dan sedikit garam. Masak sehingga pecah minyak.
Akhir sekali, proses paling menarik. Masukkan jeruk buah-buahan. Letakkan juga kismis. Kacau rata.
Apabila dah siap, bakarkan biji bijan dan taburkan ke atas acar tersebut.

Siap.
Kredit: Acu Ija
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Segarkan Tekak Dengan Air Tembikai Lemon Laici, Tambah Ketulan Ais!
Lempeng Kelapa Lembut Dan Sedap, Cicah Sambal Tumis Memang Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Hidangan Popular Dari Timur Tengah, Sedap Dimakan Bersama Roti


Kalau buntu nak cicah roti dengan apa, bolehlah cuba resipi Shakshuka ini. Menu ini dikatakan hidangan tradisi daripada Afrika Selatan-Tunisia. Namun ia popular di kalangan penduduk di Timur Tengah.
Malah terdapat pelbagai variasi resipi yang boleh dijumpai di Palestin, Mesir dan pelbagai tempat lain.
Jom kita cuba resipi yang dibuat oleh Kasih Kasmila ini.
SHAKSHUKA

BAHAN-BAHAN:
5 biji bawang putih | diracik atau ditumbuk – beli online di sini
4-6 biji tomato | dipotong bulat
Bawang besar | dipotong dadu – beli online di sini
Daging hancur
1 sudu kecil serbuk rempah ketumbar
1 sudu kecil jintan manis – beli online di sini
4 sudu besar puri tomato (boleh abaikan jika tidak suka)
Garam
½ sudu kecil gula
Tomato ceri | dibelah dua
Capsicum merah | dipotong bulat – jadikan 4 bulatan
4 biji telur
Daun sup
Chili flakes
Lada hitam – beli online di sini
Rempah herba campuran (Italian mixes herbs)
CARA-CARA:
1.Tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan tomato. Kacau rata. Angkat dan kisarkan. Ketepikan.
2. Kemudian, menggunakan pan atau kuali baru, tumiskan bawang besar hingga naik bau.
3. Masukkan daging hancur, serbuk rempah ketumbar, jintan manis dan bahan kisar tadi. Kacau rata. Biarkan ia mereneh selama 3 minit.

4. Kemudian, masukkan puri tomato, garam dan gula secukup rasa. Ikut rasa masing-masing untuk seimbangkan rasa tomato yang banyak tu.
5. Masukkan pula tomato ceri, capsicum merah. Pastikan pada masa ini, guna api perlahan saja.
6. Pecahkan telur dalam bulatan capsicum. Ikutlah 4 biji telur, 4 bulatan Capsicum. Kalau telur putih terkeluar sikit tak apa.

7. Biarkan ia mereneh (boleh tutup kejap pan guna penutup kaca). Tunggu telur masak (kalau saya, suka telur nampak separa masak).
8. Tabur daun sup, chili flakes, lada hitam dan talian mixes herbs. Rasa sajian ni, kita boleh ubah nak pedas atau tak dengan tambah chili flakes, lada hitam.
9. Dah siap. Boleh saji dengan roti bakar, prata, capati atau roti arab pun boleh.

Kredit resipi: Kasih Kasmila
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Laku Keras Sampai Repeat Order, Wanita Ini Kongsi Resipi Peria Crispy
Sedapnya Lauk Ikan Masin Tumis Berempah! Makin Bertambah Makan Nasi
Ayam Masak Santan Berlado Penuh Aroma, Sedap Dimakan Bersama Nasi Panas
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Sambal Nasi Kak Wok Yang Sedap. Tahan Lama Sesuai Buat Stok

Sambal Nasi Kak Wok sememangnya sangat sedap dan diakui ramai. Kombinasi rasa sambal yang pedas, masam dan manis membuatkan sambal ini begitu enak sekali. Cicah sahaja dengan pelbagai lauk pauk seperti ayam goreng, ikan goreng. Semuanya sesuai. Bahan-bahannya sangat mudah. Nak cuba buat sendiri stok sambal ini di rumah anda? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan juga cara-caranya. Saudari Dilla Nazri ada kongsikan resipi yang boleh dicuba. Moga bermanfaat ya!
CARA-CARA MEMBUAT SAMBAL NASI KAK WOK

BAHAN-BAHAN:
- 15 biji cili kering – direbus – beli online disini
- 10 biji cili besar merah
- 30 biji cili padi hijau
- 6 biji limau kasturi – potong dua, buang biji, ambil air dan kulit
- 1 ulas bawang putih – dibakar – beli online disini
- 1 inci belacan – dibakar – beli online disini
- 1/2 cawan cuka – beli online disini
- 1/2 cawan gula atau secukup rasa – beli online disini
- 2-3 sudu kecik garam atau secukup rasa – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan.

2. Satukan semuanya ke dalam pengisar.
3. Kisar namun jangan sampai terlalu halus.
4. Tuang sambal ke dalam bekas yang bersesuaian dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk supaya smbal tahan lama.

INFO RASA: Lagi lama sambal ini disimpan, lagi sebati perisanya dan lebih sedap rasanya.
Kredit resipi & foto: Dilla Nazri
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

