Makan

Gabungan Citarasa Malaysia Dan Kesenian Perancis Di Lapisan Pâtisserie

Share

Lapisan Pâtisserie (Lapisan) membuka cawangan pertamanya di Mid Valley Megamall. Setiap pastri dan kek petit dibuat dengan indah.Dari suapan pertama hingga suapan terakhir, pengunjung akan terpesona dengan tekstur halus, rasa yang seimbang dan rupa yang menarik.

“Kami sangat teruja untuk membawa Lapisan Pâtisserie ke Mid Valley Megamall.Matlamat kami adalah untuk menawarkan pelanggan lebih daripada sekadar pastri, tetapi pengalaman masakan yang tidak dapat dilupakan yang menggembirakan deria dan emosi,” kata Patrick Sim, Pengarah Urusan di Lapisan Pâtisserie.

Kemunculan pertama Lapisan di Centre Court, Lower Ground Floor of Mid Valley Megamall merupakan peristiwa penting dalam perjalanan Lapisan. Ia merupakan batu loncatan dalam membawa patisserie Perancis bertaraf dunia kepada khalayak Malaysia.

Menu pastri di sini terdiri daripada pelbagai pilihan manis dan berperisa, bermula daripada pastri Perancis klasik kepada ciptaan kreatif yang menggabungkan bahan-bahan tempatan dengan teknik Perancis tradisional.

Wajib cuba jika datang ke sini ialah Honey Toast, roti susu bakar Lapisan yang disalut dengan  madu, mentega,gula kasar dan karamel. Warna keemasan,rangup di luar, gebu di dalam, sungguh enak dinikmati.Sebagai alternatif, boleh pilih  Strawberry Maritozzo, roti manis yang dibuat dengan mascarpone chantilly dan dihiasi dengan strawberi segar.Sekali makan pasti nak lagi.

Penggemar croissant jangan lepaskan peluang menikmati croissant di Lapisan kerana semuanya dibakar dengan sempurna, setiap gigitan pasti memberi kenikmatan.

Sarawak Pepper Chicken Croissant menjadi kegemaran ramai, dipenuhi dengan ayam lada hitam, bijan hitam dan mayonis lada hitam.

Peach Delight Danish dibuat dengan doh croissant, danish diisi dengan krim badam dan di atasnya dengan pic separuh berair. Kesenian tradisi pastri Perancis digabungkan secara harmoni dengan citarasa Malaysia yang meriah.

Lapisan Pâtisserie mengalu-alukan orang ramai untuk menikmati seni pastri istimewa ini.Untuk maklumat lanjut, boleh layari instagram Lapisan.

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri