Tak ada yang lebih menggoda selera selain hidangan lauk kampung asli yang segar dan penuh rasa. Resipi gabungan Ikan Percik Terengganu bersama Kerabu Jantung Pisang ini memang pilihan terbaik untuk makan tengah hari atau jamuan santai bersama keluarga.
Resipi asli yang dikongsi oleh Muliadi Ramli ini mudah diikuti dan memberikan hasil yang padu – kuah percik pekat beraroma, ikan kembong bakar yang wangi, serta kerabu segar yang menyegarkan!
IKAN GOLEK @ PERCIK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembong saiz besar (dibersihkan, dilumur kunyit & garam)
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
1 sudu besar halba
½ keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
Perasa (optional)
2 asam keping
½ sudu besar tepung ubi (penambah kilauan pada kuah)
BAHAN KUAH PERCIK:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
6 cili kering (buang biji, rendam air panas)
2 batang serai (1 diketuk, 1 dimayang untuk kisar)
Belacan sebesar hujung jari
CARA MASAK:
Kisar semua bahan kuah kecuali serai yang diketuk. Tuang santan dan panaskan hingga mendidih dengan api sederhana.
Masukkan serai yang diketuk, kacau selalu supaya tidak pecah santan.
Bila mendidih, masukkan bahan kisar, kacau sebati. Tambah gula Melaka, garam, asam keping dan perasa
4. Kecilkan api dan terus kacau hingga kuah menjadi pekat dan berkilat. Masukkan halba, kacau lagi dan tutup api.
5. Bakar ikan kembong (saya sarankan guna dapur arang untuk aroma smoky terbaik) hingga separuh masak.
6. Sapukan kuah percik ke ikan sambil dibalik-balikkan supaya kuah rata dan ikan tidak hangus.
7. Bakar hingga ikan masak sepenuhnya dan kuah pekat menyerap ke dalam ikan.
8. Hidangkan ikan percik bersama kuah untuk celupan extra sedap!
Ads
KERABU JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang (dibuang kulit keras, potong dan direndam air garam, rebus dengan asam keping hingga empuk)
2 cawan kelapa parut muda
3 ekor ikan selayang (bakar atau rebus, ambil isi)
1 genggam ikan bilis goreng rangup
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
1 batang serai (ditumbuk halus)
5 biji cili padi (hiris nipis)
1 biji limau nipis
Garam, gula dan perasa secukup rasa
3 batang kacang panjang (potong kecil)
CARA-CARA:
Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan isi ikan ke dalam tumbukan, kacau rata.
Panaskan kuali, goreng kelapa parut muda hingga kering airnya, jangan sampai berubah warna.
3. Campurkan isi ikan tumbuk bersama kelapa goreng, aduk rata.
4. Masukkan jantung pisang yang sudah direbus dan kacau hingga semua sebati.
6. Hidangkan kerabu di dalam mangkuk, taburkan cili padi dan perah limau nipis untuk rasa segar dan pedas.
Ads
Jangan tunggu lagi! Mula sediakan bahan dan cuba resipi gabungan Ikan Percik & Kerabu Jantung Pisang ini hari ini juga. Kongsikan pengalaman anda di media sosial dan tandakan kami untuk kami lihat hasil masakan anda! Selamat memasak dan menikmati hidangan lazat warisan kampung.
Hidangan yang ringkas dan mudah dan dimasak tetapi rasanya sedap tiada tandingan. Kalau nak sotong kekal sedap berjus, ingat tau sotong tu jangan dimasak lama nanti liat pulak.
SOTONG MASAK LEMAK SERAI
BAHAN-BAHAN:
5-7 ekor sotong
1 biji kelapa (Santan)
4 biji bawang merah*
Halia*- sebesar ibu jari
1 ulas bawang putih*
Serai-diketuk
Bawang besar (dipotong wedges)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Lada besar hijau- boleh gantikan dengan cili padi untuk rasa lebih pedasCARA MEMASAK:
Tumbuk atau blend bahan bertanda*
Masukkan dan bahan yang ditumbuk santan ke dalam periuk.
Kemudian biarkan santan tadi mendidih. Setelah mendidih masukkan serai, sotong, bawang besar, sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Akhir sekali masukkan lada hijau untuk beri rasa pedas. Kacau sebati dan boleh tutup api.
INFO: Jika ingin ada sedikit rasa masa boleh perahkan sedkit perahan limau nipis.
Sempena hari terakhir Syawal hari ini boleh hidangkan menu istimewa seperti rendang kacang panjang ini.
Mungkin ada yang pernah makan tapi boleh jadi ada juga yang tak tahu kewujudan lauk rendang ini.
Hidangan dari Negeri Sembilan sememangnya enak. Boleh cuba jika mahu merasai citarasa rendang yang berbeza.
Kalau dah buat rendang ini, tak masak sayur pun tak mengapa kerana sudah ada kacang panjang yang dimasak sekali.
Cara buat rendang kacang panjang
Bahan-bahan
Pedal, hati, sedikit isi ayam (guna ayam saja pun boleh)
Kacang panjang
Cili padi (lebihkan jika suka pedas)
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 asam keping
1 kotak santan
Serbuk kunyit (jika suka)
Garam dan gula secukukupnya
4 helai daun kunyit -dihiris nipis
Minyak untuk menumis
Cara membuat
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, serai dan cili api.
2. Tumiskan bahan yang dikisar tadi.
3. Bila bahan tumis dah terbit minyak, masukkan hati, pedal dan ayam. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan asam keping, serta tuang santan.
5. Kacau hingga naik minyak barulah masukkan kacang Panjang. Gaul rata.
6. Kemudian masukkan daun kunyit yang dihiris lalu digaul rata.
7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi hingga sebati. Siap.
Sesekali masak Ikan Pari Kuh Lada, masakan popular orang Melaka memang layan, rasa pedas hangat dan sedap ni memang mengundang selera makan. Jika anda memasaknya, jangan lupa buat lebih kerana, lagi diperangatkan kuah akan menjadi lebih sedap. Selain makan dengan nasi, lauk ini juga sedap dicicah dengan roti jalan, roti dan roti canai. Terpulang pada citarasa anda dan keluarga. Untuk resipi penuh, berikut dikongsikan resipinya.
IKAN PARI MASAK KUAH LADA BAHAN-BAHAN:
1kg ikan pari | potong sederhana
15 tangkai cili kering | kisar
1 keping kelapa bakar | hiris kecil dan tumbuk hingga jadi seperti kerisik
1 cawan air asam jawa
2-3 helai daun limau purut
2 biji tomato | belah empat
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak Bahan Kisar:
2cm halia
3cm kunyit hidup
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan Bahan Goreng Sangai & Kisar:
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan kelapa bakar yang telah ditumbuk tadi.
Apabila timbul minyak, masukkan ikan dan air asam jawa. Tambahkan air secukupnya.
Setelah mendidih masukkan daun limau purut dan tomato.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!