Menu rojak betik, popular di kalangan orang Terengganu. Siapa yang pernah rasa dan makan, pasti tahu kesedapannya yang menyelerakan.
Rojak betik kuah ikan ini dimakan dengan keropok keping, nenas dan timun batang yang dipotong kecil. Memang sedap! Lagi sedap bila makan sejuk-sejuk.
Resipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini, menggunakan betik yang sedikit masak.
ROJAK BETIK
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik (masak mekar) 2 biji timun batang 1 biji nenas 6 ekor ikan selayang | direbus dengan asam keping & garam, isi ikan ditumbuk dan air ikan digunakan untuk kuah) 5 sudu besar cili boh – beli online di sini ½ kerek besar nisse – beli online di sini 1 mangkuk air asam jawa – beli online di sini Cuka makan secukup rasa Garam, gula & perasa ½ inci belacan – beli online di sini 7 biji cili api (boleh ditumbuk masuk dalam kuah buat yang suka pedas) – beli online di sini
1. Masukkan nisse, sedikit air dan cili boh ke dalam periuk. Masak sampai nisse cair. 2. Kemudian masukkan air asam jawa, cuka, gula, garam, belacan dan perasa secukup rasa. Kacau-kacau.
Terasa nak cuba masak Nasi Briyani Udang? Resipi perkongsian di FB oleh Eaim Lyna ni antara yang paling mudah & ringkas boleh puan-puan cuba.
RESIPI NASI BRIYANI UDANG RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi – dibersih dan rendam 30 minit
5 ulas bawang merah kecil – mayang halus
3 ulas bawang putih – mayang halus
1 inci halia – mayang halus
1 batang serai – dititik
1-2 helai daun bay
5 biji cili padi
1 biji cili merah – dipotong besar
250gm udang besar -dibuang kulit
2 sudu makan rempah biryani
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Rempah 4 sekawan
Kismis dan kacang gajus secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning telur
2 ½ cawan air – untuk masak nasi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis rempah 4 sekawan bersama bahan-bahan hiris hingga kekuningan.
2. Masukkan rempah briyani yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan lain termasuk udang ( kecuali pewarna kuning telur & garam). Bila udang hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. Bila nasi dah masak, baru titiskan pewarna secukupnya. Biar seketika dan jangan gaul terlebih dahulu.
5. Siap untuk dinikmati. Boleh dimakan bersama sambal tumis, telur rebus ataupun kari.
Bulan puasa dah hampir tiba, mulalah menyenarai makanan yang enak-enak di kepala. Sambal wajib ada sebagai penambah rasa dalam hidangan. Dapat pula sambal yang kaw sedap seperti sambal getuk berapi. Makan dengan nasi panas-panas,telur mata dan kicap memang nikmat.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.