Gabungan Masam, Manis & Pedas Rojak Betik Buat Kecur Air Liur!

Share

Menu rojak betik, popular di kalangan orang Terengganu. Siapa yang pernah rasa dan makan, pasti tahu kesedapannya yang menyelerakan.

Rojak betik kuah ikan ini dimakan dengan keropok keping, nenas dan timun batang yang dipotong kecil. Memang sedap! Lagi sedap bila makan sejuk-sejuk.

Resipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini, menggunakan betik yang sedikit masak.

 

ROJAK BETIK

BAHAN-BAHAN:

1 biji betik (masak mekar)
2 biji timun batang
1 biji nenas
6 ekor ikan selayang | direbus dengan asam keping & garam, isi ikan ditumbuk dan air ikan digunakan untuk kuah)
5 sudu besar cili boh – beli online di sini
½ kerek besar nisse – beli online di sini
1 mangkuk air asam jawa – beli online di sini
Cuka makan secukup rasa
Garam, gula & perasa
½ inci belacan – beli online di sini
7 biji cili api (boleh ditumbuk masuk dalam kuah buat yang suka pedas) – beli online di sini

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

TONTON Makaroni Ulam Bakar – Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi

 

CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan nisse, sedikit air dan cili boh ke dalam periuk. Masak sampai nisse cair.


2. Kemudian masukkan air asam jawa, cuka, gula, garam, belacan dan perasa secukup rasa. Kacau-kacau.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Masukkan isi ikan. Renehkan sebentar. Dah siap kuah untuk rojak betik kita.
4. Cara hidangan, buah betik disagat, potong timun dan nenas (ikut suka). Siap untuk dihidang.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff