Makan

Gabungan Padu Nasi Lemak Chickenjoy Edisi Terhad Jollibee & Sambal Nasi Lemak Village Park

Share

Jollibee, rangkaian restoran yang popular, bekerjasama dengan sambal Nasi Lemak Village Park kegemaran tempatan untuk “menyertakan kegembiraan anda” dengan sentuhan Malaysia pada Chickenjoy ikonik mereka, Nasi Lemak Chickenjoy.

Tawaran edisi terhad ini menggabungkan Chickenjoy istimewa Jollibee dengan sambal terkenal Village Park, dihidangkan bersama nasi lemak, ikan bilis rangup, hirisan timun yang menyegarkan dan telur rebus. Gabungan hidangan ini yang sangat memuaskan dengan rasa yang enak. Sambal Village Park dengan rasa pedas melengkapkan Chickenjoy dengan sempurna.

Kerangupan ayam yang digandingkan dengan nasi lemak yang harum, ikan bilis yang rangup dan hirisan timun yang menyegarkan, setiap suapan pastinya memenuhi citarasa.

“Sejak memperkenalkan Jollibee Chickenjoy pada 1978, misi kami adalah untuk menyebarkan keseronokan makan dan menawarkan menu yang lazat. Bekerjasama dengan sambal Nasi Lemak Village Park yang popular di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia, kami telah mencipta semula hidangan kebangsaan yang digemari ini dengan Chickenjoy istimewa kami,” kata Ng Sze En, Pengurus Pemasaran Jollibee Malaysia.

Nasi Lemak Chickenjoy kini boleh didapati di semua cawangan Jollibee di seluruh Malaysia Barat dan Timur dengan harga RM15.99, menampilkan seketul Chickenjoy. Bagi mereka yang ingin menggandakan kegembiraan, pelanggan boleh memilih Nasi Lemak Chickenjoy dengan dua ketul Chickenjoy, berharga RM20.99 di Malaysia Barat dan RM21.99 di Malaysia Timur.

Raikan kegembiraan bersama rakan dan keluarga dengan pilihan set kombo  Jollibee yang sesuai.

Jollibee Nasi Lemak Chickenjoy Value Bundles Di Malaysia Barat:

Set Bundle Jollibee untuk 2 (Harga RM44.99)

Set Bundle Jollibee termasuk dua (2) hidangan Nasi Lemak Chickenjoy setiap satu dengan satu (1) ketul Chickenjoy. Set ini juga dilengkapi dengan satu (1) Coleslaw besar, satu (1) Jolly Cheesy Fries, dan dua (2) minuman ringan sederhana pilihan anda.

Set Bundle Jollibee untuk Kumpulan (Harga RM 84.99)

Sesuai untuk majlis dengan kuantiti yang lebih besar. Set ini termasuk lima (5) ketul Chickenjoy, dua (2) hidangan kuah, dua (2) hidangan Nasi Lemak Chickenjoy set setiap satu dengan satu ( 1) ketul  Chickenjoy, satu (1) Jolly Cheesy Fries, satu (1) coleslaw besar, dan empat (4) minuman ringan sederhana pilihan anda.

Jollibee Nasi Lemak Chickenjoy Value Bundles di Malaysia Timur:

Set Bundle Jollibee untuk 2 (Harga RM44.99)

Set Bundle Jollibee di Malaysia Timur didatangkan dengan dua (2) hidangan Nasi Lemak Chickenjoy, setiap satu dengan satu (1) ketul Chickenjoy, dua (2) coleslaw saiz sederhana, satu (1) Jolly Cheesy Fries dan dua (2) minuman ringan sederhana pilihan anda.

Set Bundle Jollibee untuk Kumpulan (Harga RM 84.99)

Set Bundle Jollibee untuk kumpulan termasuk lima (5) ketul Chickenjoy, dua (2) hidangan kuah, dua (2) hidangan Nasi Lemak Chickenjoy set setiap satu dengan satu (1) ketul daripada Chickenjoy, satu (1) Jolly Cheesy Fries, dua (2) coleslaw sederhana dan empat (4) minuman ringan sederhana pilihan anda.

Hidangan pakej Jollibee Nasi Lemak Chickenjoy dan Nasi Lemak Chickenjoy boleh didapati sekarang sehingga 30 November 2024. Ia juga boleh dipesan untuk dibawa pulang atau dihantar melalui GrabFood atau FoodPanda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nasi Lemak Chickenjoy dan tawaran Jollibee lain ikuti Jollibee di media sosial.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN