Gabungan Rasa Dua Negara, Enaknya Spageti Tomyam Pedas Berkrim

Share

Spageti merupakan salah satu jenis pasta yang berasal dari Itali. Di Malaysia, pelbagai reisipi telah diolah untuk disesuaikan dan memenuhi cita rasa dan selera rakyat Malaysia. Antaranya penghasilan menu Spageti Tomyam.

Resipi Spageti Tomyam perkongsian daripada Elle Izani Ellanie ini menampilkan cita rasa dua negara iaitu Itali dan Thailand. Menurutnya, resipi ini adalah inspirasi daripada Khairul Aming dan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah sahaja. Ternyata ianya tampak begitu menyelerakan. Jom kita buat. 

BAHAN-BAHAN:

200g spageti (separuh paket) – Boleh beli online di sini

5 ulas bawang putih (dicincang halus)

3 tangkai cili kering (HotSpicy) (diracik halus) – Boleh beli online di sini

1 batang saderi (dipotong kecil) 

5 helai daun limau purut

10 ekor udang

1 genggam isi ayam

3 biji cendawan butang – Boleh beli online di sini

Sedikit brokoli

1 cawan susu segar

½ cawan cooking cream

2 sudu besar pes tomyam (penuh) – Boleh beli online di sini

1 sudu besar Maggi cukup rasa

1 sudu kecil gula

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bawang putih, cili dan saderi sampai naik bau.

2. Masukkan ayam, udang, cendawan goreng hingga hampir masak.

3. Kemudian, masukkan pes tomyam, Maggi cukup rasa, gula dan brokoli. Gaul rata hingga semuanya cukup masak.

4. Masukkan spageti. Gaul lagi dan masukkan susu serta cooking cream.

Dah siap. Sedia untuk dihidangkan.

NOTA: Jika buat menu ini pada bulan Ramadan untuk berbuka puasa dan waktunya lambat lagi, boleh buat sampai langkah nombor 3 sahaja.

Anggaran 5 minit lagi nak berbuka puasa, baru masukkan susu dan cooking cream. Barulah sedap makan basah-basah dan panas-panas dari kuali.

Kalau tak cukup pedas, boleh letak chilli flakes ketika nak makan. Tapi, sukatan ini sebenarnya dah cukup rasa, tak perlu tambah apa-apa lagi.

Kredit: Elle Izani Ellanie

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida