Selain ECO, Mr. DIY dan Kaison, Daiso merupakan antara kedai yang ‘berhantu’. Pantang masuk, mesti tangan akan membawa plastik dan jaranglah keluar dengan tangan kosong.

Jika anda ke Daiso, pastikan anda beli 7 gajet dapur ini. Gajet ini membantu dan pastinya memudahkan kerja anda sewaktu berada di dapur. Kalau tak pasti nak beli apa, boleh ikut perkongsian oleh Hani Mynis ini.

 

1. Silicone Oil Bottle & Brush

Gajet Dapur Yang Boleh Dibeli Jika Anda Ke Daiso

Serius Hani rasa benda ini genius. Masukkan minyak dalam botol silikon ini, lepas tu jika nak guna picit sahaja dalam kuali. Sapu dengan berus di atas tu. Sesuai untuk masak roti canai, roti jala dan lain-lain lagi yang tidak menggunakan minyak yang banyak. Nak wangi, potong kecil-kecil (bukan hiris) daun pandan, masukkan dalam botol ini.

 

2. Kitchen Timer

Gajet Dapur Yang Boleh Dibeli Jika Anda Ke Daiso

Benda wajib ada untuk memasak (terutama untuk mengukus) dan membersih atau mengemas.

 

3. Timer Untuk Masak Telur

Gajet Dapur Yang Boleh Dibeli Jika Anda Ke Daiso

IKLAN

Dulu, petua mummy Hani ajar nak rebus telur perlu letak sikit beras (dua tiga cubit). Beras dah masak jadi nasi, maknanya telur dah masak. Ada timer ni memang mudah. “Masakkan” sekali telur dengan egg timer ini. Nanti senang nak tahu sama ada telur dah masak atau separuh masak.

 

4. Pengukur Spaghetti

Gajet Dapur Yang Boleh Dibeli Jika Anda Ke Daiso

Mudahnya jika ada pengukur ini. Jika tak pasti nak masak berapa banyak, boleh gunakan pengukur spaghetti ini. InsyaAllah mencukupi.

 

5. Silica Gel

Gajet Dapur Yang Boleh Dibeli Jika Anda Ke Daiso

IKLAN

Gel ini diletakkan dalam balang-balang makanan kering seperti balang spaghetti, rempah-rempah, milo, kopi sebab tak nak makanan kering jadi lembap, berkulat dan keras. Masukkan dalam balang atau tampal pada bahagian dalam penutup balang.

 

6. Pengeras Minyak

Gajet Dapur Yang Boleh Dibeli Jika Anda Ke Daiso

Rasanya semua dah tahu tentang pengeras minyak ini. Fungsinya untuk mengeraskan lebihan minyak yang kita nak buang. Bila dah keras, boleh terus buang dalam plastik sampah.

 

7. Mini Frother

Gajet Dapur Yang Boleh Dibeli Jika Anda Ke Daiso

IKLAN

Bukan sahaja boleh guna untuk kopi, boleh juga digunakan kalau buat telur dadar. So, telur dadar akan jadi extra fluffy.

 

Jika anda sedang mencari JUICER yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.

SUMBER: HANI MYNIS

 

Artikel menarik untuk anda:

DIY ‘Table Bar’ Dengan Modal Serendah RM150. Murah Tapi Cantik!

DIY Rak Gantung Jimat Ruang Dapur. Modal RM 80 Aje.

Hanya Guna Wallpaper, Dapur Wanita Ini Terus Berubah Jadi Cantik

 

Resipi yang boleh anda cuba di rumah:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI