4. Apabila pekat masukkan ubi keledek, kelapa parut, garam dan gula. Kacau sekejap adunan bagi sebati. Tutup api dan ketepikan. 5. Selepas itu, adunan boleh dibungkus dengan daun pisang dan dikukus selama 20 minit. Siap untuk dihidang.
Masakan negara Asean memang serasi betul dengan tekak kita. Bahannya mudah dicari dan rempah ratusnya agar menyamai dengan Malaysia.
Jika negara Thai kaya dengan penggunaan herba, daun limau purut, bunga kantan dan rasa masam pedai menggoda, Indonesia pula lebih dekat rasa sajiannya dengan masyarakat Melayu.
Ni min kongsikan 2 resipi dari Tanah Abang , Indonesia dan 2 hidangan dari negara Gajah Putih, Thailand . Dijamin sedap…
1.OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam /dipotong 12 bahagian
500 gm santan segar
3 batang serai /diketuk
4 helai daun salam6 helai daun limau purut /dicarik
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
3 sm lengkuas
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
1/2 sudu teh biji jintan
2 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam. 2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati. 4. Masukkan pula santan sehingga mendidih. 5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah. 6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
150 gm nasi putih
2 biji telur ayam
5 ekor udang harimau
5 keping isi ayam /dihiris
1 ekor sotong putih/dihiris
2 ulas bawang putih /dititik
2 biji bawang merah/ dihiris
5 ekor udang kering/ditumbuk
2 sudu makan pes cili kering
3 sudu teh kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
Telur sarang
Keropok udang
Acar mentah
Chicken boxing
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering. 2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur. 3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi. 4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa 5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
INFO CHEF:Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. PHAD KRA PHAO GAI (AYAM PRAD KRA PHAO)
BAHAN-BAHAN :
200 gm isi ayam /dicincang
3 ulas bawang putih /dicincang
20-30 gm daun selasih
7 biji cili padi merah /ditumbuk halus
3 sudu makan minyak masak /untuk menumis
2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
2 sudu teh kicap pekat
4 sudu teh gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk. 2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula. 3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati. 4. Masukkan kicap pekat 5. Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 10 minit Jenis masakan : Lauk utama Thai Cara memasak : Tumis Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
INFO CHEF :Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
4. HOR MOK TALAY (OTAK-OTAK UDANG)
BAHAN-BAHAN :
4 ekor udang /dicincang
1 ekor sotong /dicincang
4 ekor kupang /dicincang
2 biji telur
2 batang kacang panjang /dipotong kecil
1/4 batang lobak merak /dicincang halus
2 batang cili padi /dihiris
2 ulas bawang putih /dicincang
20 gm daun selasih
1/2 biji bawang holland /dicincang
2 biji bawang merah/ dicincang
10 ml santan
Gula secukup rasa
1/2 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. 2. Panaskan pengukus dengan air. 3. Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit. 4. Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas. 5. Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 15 minit Jenis masakan : Lauk utama/kudapan Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
INFO CHEF :Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
Lauk perut lembu selalunya diminati oleh masyarakat Jawa. Perut lembu ada yang suka versi masih hitam ataupun dibersihkan sehingga putih.
Salah satu masakannya adalah dimasak lemak putih. Ada juga resipi perut lembu yang dimasak ungkep atau dicampur dalam sambal goreng.
Kali ini jom kita lihat resipi perut lembu atau babat yang dimasak lemak putih bercampur dengan kacang panjang.
MASAK LEMAK PUTIH PERUT LEMBU DENGAN KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN
500 gram perut lembu
6 biji bawang merah kecil
2 inci halia
Minyak masak untuk menumis
3 ulas bawang putih (hiris)
1 batang serai (diketuk)
Santan secukupnya
4 batang kacang panjang
Garam secukupnya
10 tangkai cili api
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan perut lembu. Kemudian rebus sehingga empuk. Toskan air rebusan dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil dengan halia.
3. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang merah kecil, halia, bawang putih dan serai.
4. Masukkan santan. Kacau seketika.
5. Masukkan perut lembu. Biarkan mendidih,
6. Masukkan kacang panjang, garam dan cili padi.
7. Biarkan mendidih sekali lagi. Matikan api.
Biasanya bila buat kuah laksa kita guna ikan kan? Kali ini kita ubah selera dengan gunakan ayam. Resipinya sama macam masak laksa biasa. Cuma tukar ikan kepada ayam. Lagi mudah. Rasa pun lebih kurang. Ini resipi cara buat Kuah Laksa Ayam yang dikongsikan oleh Animarlina Abd Maulop
RESIPI KUAH LAKSA AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ayam 2 genggam cili kering (ikut tahap kepedasan masing-masing) – beli online 3 biji bawang besar Belacan (anggaran besar duit 20 sen) – beli online Bunga kantan (2 batang) Daun kesum (secekak lebih kurang) – beli online 5 hingga 6 keping asam keping (ikut masam mana nak) – beli online Garam secukup rasa – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Rebus cili kering. Kemudian kisar cili kering, bawang besar, belacan dan bunga kantan. Ketepikan.
2. Rebus ayam dengan sesudu garam dan juga asam keping. Selepas itu kisar ayam hingga halus. Campurkan sekali air rebusan ayam ketika kisar isi ayam.
3. Satukan semua bahan. Letak daun kesum dan bunga kantan lagi, asam keping dan garam secukup rasa. Kuah boleh diubah suai ikut mana kita suka. Ada yang suka letak serai dan ada yang tidak letak. Terpulang pada masing-masing. Bolehlah dihidangkan dengan laksa dan sayur-sayuran yang lain.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira