Berikutan tular video hidangan aneka manisan dengan gaya ala ‘shellout’ sempena sambutan ulang tahun adiknya, Raf Yaakob baru-baru ini, Dato’ FazleyYaakob menerima kecaman hebat dari para pelayar laman sosial.
Beliau dikatakan tidak menghormati dunia seni kulinari malah ada juga sebilangan netizen yang bertindak mengecamnya kerana dikatakan tindakan tersebut kurang sopan lantaran ‘mencampak’ beberapa makanan di atas meja.
Namun menerusi temubual bersama Sinar Harian, beliau menyangkal dakwaan tersebut.
Sebenarnya, ia bukan mencampak makanan tapi konsep Sweet Table memang seperti itu. Itulah kelainannya. Ia bukan disediakan di atas pinggan sebaliknya dihidangkan di atas meja besar dengan kapasiti minimum enam orang. Dan… konsep ini sebenarnya dah lama dibuat di luar negara seperti di Amerika Syarikat (AS) dan London, tapi ia adalah baru di sini.
Tambahnya lagi, kebanyakan netizen yang mengecam konsep tersebut mungkin kerana tidak memahami atau mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari serta menolak untuk menerima pembaharuan.
Saya rasa mana yang tak faham konsep dan tak buat research dan tak ada pengalaman bagaimana dessert itu dilakukan, mungkin mereka akan mengecam. Kalau tengok di luar negara, mereka sampai ada pecahkan coklat di atas meja bahkan lambung dari atas ke meja.
Berikutan penularan video tersebut juga, hidangan unik Sweet Table mendapat sambutan hangat. Malah, menurut Dato Fazley beliau tidak menang tangan dalam menerima tempahan.
” Saya buka booking untuk konsep ini bermula minggu depan. Tapi, nampaknya saya perlu aturkan semula kerana mendapat permintaan tinggi. Jadi saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih kerana secara tak langsung kecaman itu memberikan publisiti percuma,” katanya yang mengakui tidak berkecil hati sebaliknya memandang setiap kecaman tersebut daripada sudut positif.
Dalam ramai yang mengeji, ada juga yang memuji kreativiti yang cuba ditonjolkan oleh juara Masterchef Selebriti ini. ukan itu sahaja, rata-rata pengikut dan peminatnya di laman sosial turut kagum dan memuji kreativitinya. Bagi anda yang nak sambut ulang tahun atau nak ‘sweet-sweet’ dengan pasangan, bolehlah ke Suka Sucre Bistro dan cuba Sweet Table ni. Pasti senyum sampai telinga!
Harold’s Bread baru sahaja melancarkan 23 buah kedai di Lembah Klang dengan pembukaan perasmian pertama pada awal pagi ini, bertempat di Mydin USJ, Subang Jaya.
Kedai bakery yang unik dengan sentuhan Asia, Harold’s Bread adalah kedai yang pertama di Lembah Klang menawarkan anda hidangan patisserie dan sandwich Perancis, roti lembut jepun, Swiss roll dan kopi yang di ‘brewed’ segar dari Itali dan tidak dilupakan minuman kegemaran tempatan White Coffee.
Harold’s Bread membuka kedai yang pertama di lembah klang dan sekarang terdapat 12 kedai Harold’s Bread di Mydin dengan pembukaan kedai terbaru di MYDIN USJ, Subang Jaya. Secara ringkasnya di Malaysia, Harold’s Bread sudah terdapat 23 kedai di seluruh negara dan 10 lagi akan dijadualkan dibuka pada 2018. Pembukaan outlet di Kuantan pada bulan Mei tahun ini dan Harold’s Bread juga akan mempunyai rangkaian kedai di semua negeri Semenanjung kecuali di Perlis.
Apa yang menjadikan Harold’s Bread berbeza dengan patisseries lain adalah, bermula ketika seorang tukang roti dari Eropah berjumpa dengan usahawan dari Asia dan berkongsi pengtehuannya tentang cara penghasilan roti yang bagus. Seorang bangsawan yang tegas dalam membuat roti, Harold mengembara ke seluruh dunia untuk menyebarkan hasratnya untuk membuat roti yang bagus. Harold percaya bahawa roti yang hebat mesti dibangkitkan oleh deria rasa dari penbuatan pertama ke gigitan terakhir yang diterjemahkan melalui dalam setiap persembahan dalam penyediaan roti yang berkualiti tinggi.
Semua roti, pastri, kek dan croissant Harold’s dibakar segar setiap hari, mendapat pensijilan Halal dan menggunakan bahan berkualiti terbaik. Kesegaran dan komitmen yang diberikan oleh Harold’s Bread membolehkan anda jatuh cinta pada gigitan pertama dan menjadi perbualan untuk seisi rumah hari ini.
Sangat membanggakan apabila negara kita Malaysia berjaya membawa pulang trofi Piala Dunia Pastri 2019 yang berlangsung pada 27 dan 28 Januari di Lynon, Perancis. Kali ini tiga chef kita telah mengharumkan nama negara selepas bersaing sengit dengan 21 wakil negara berbeza.
Trofi paling berprestij dalam dunia penghasilan pastri ini dimenangi oleh tiga chef pastri iaitu Wei Loon Tan, Otto Tay dan Ming Ai Loi. Lebih manis apabila mereka ini berjaya menjadi juara mengalahkan wakil tuan rumah yang pernah bergelar juara untuk pertandingan pada tahun 2017 lepas.
Tempat kedua dimenangi wakil dari Jepun iaitu Fumiaki Ito, Mirai Nishiyama dan Ryohei Oguma manakala pingat gangsa dibawa pulang oleh Lorenzo Puca, Maria Cortinovis dan Andrea Restuccia selaku wakil Itali.
Antara syarat pertandingan adalah setiap negara diwakili tiga peserta. Mereka diberikan masa selama 10 jam untuk menyediakan beberapa juadah antaranya 3 pencuci mulut coklat cara Valrhona, 19 jenis pencuci mulut dihidang di atas pinggan dan 3 pencuci mulut jenis buah beku daripada variasi capfruit.
Pada pertandingan kali ini juga, penganjur mahu setiap hidangan menonjolkan konsep vegetarian. Ini adalah kali pertama konsep sedemikian dibuat. Tahniah kepada chef Malaysia!
Jika anda suka minuman coklat, anda wajib cuba minuman coklat berperisa KitKat® yang dilancarkan oleh Nestlé Malaysia bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia dan dihasilkan seiring dengan semangat ‘Buatan Malaysia’.
Minuman coklat KitKat® ini merupakan invoasi terkini yang membawa pengalaman KitKat® dalam bentuk minuman coklat. Paling penting, minuman ini telah memperoleh sijil Halal oleh Jakim serta dihasilkan dengan menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari.
Dengan gabungan unik koko yang kaya dan perisa wafer, minuman coklat KitKat® ini menghasilkan rasa coklat dengan aroma yang memikat. Setiap hirupan menawarkan rasa KitKat® yang lazat dan enak.Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, berkata bahawa Nestlé memahami cita rasa serta keutamaan rakyat Malaysia. Oleh itu, pasukan penyelidik KitKat® berusaha menambah baik konfeksi ini dengan menghasilkan minuman coklat KitKat® yang digemari ramai. Minuman unik yang memberi pengalaman istimewa dan memuaskan, menjadikan setiap detik biasa jadi lebih luar biasa.
Tambah Aranols lagi, minuman coklat KitKat® ini bukan sekadar snek yang lazat tetapi ia adalah sebahagian daripada komitmen syarikat kepada sumber mampan dan etika, menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari di bawah Nestlé Cocoa Plan. Dengan ungkapan “Jom Rilek, Minum KitKat®”, Nestle mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati saat-saat kegembiraan bersama minuman coklat baharu ini.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!