Nak masak Garlic Chili Oil tidak sukar. Tak sampai 10 minit dah siap. Mudah je, cuma guna 3 bahan. Paling penting untuk masak chili oil ni, api tak boleh besar.
Sedap untuk dimakan bersama bubur, sup ayam dan cicah dengan dumpling. Boleh follow resipi yang dikongsi oleh Puan Zurina Zulkefli. Selamat mencuba.
Garlic Chili Oil Homemade
Bahan-bahan:
2 sudu besar chili flakes (Chili flakes yang diguna ini, chili flakes korea (Gochugaru).Sebelum ni saya guna chili flakes yang biasa, ada jual dipasar jenama Meriah – RM2 je. Sedap.
4 sekawan
7 ulas bawang putih dicincang halus, lagi halus lagi rangup. Boleh guna mesin kisar tangan/manual.
Cara membuat:
Ads
1.Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.
2.Masukkan dahulu 4 sekawan.
3.Kemudian masukkan bawang putih Gaul dan masak.
4.Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.
Ads
5.Masukkan chili flakes dan 2 cubit garam halus untuk rasa sedikit masin.Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
6.Siap.
7.Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes.
Ads
8.Chili oil makan dengan bubur kosong memang sedap.
Makan bihun tak ada regunya sambal kicap memang rasa kosong. Kalau orang Johor pula makan pisang goreng mesti wajib sambal kicap. Jadi banyak keperluannya untuk penyedap rasa. Bolehlah buat banyak dan simpan . Bila nak makan cekodok ke, capai jer.
Sambal Kicap 1 botol kecil kicap manis cap kipas udang 1 genggam cili api (kalau tak nak pedas kurangkan) 3 biji limau nipis perah airnya Bawang merah Bawang putih Sedikit serbuk secukup rasa
Cara memasak: 1.Bawang merah dan bawang putih dihiris halus dan digoreng agak-agak nak garing angkat dan toskan minyak. 2.Masukkan semua bahan ke dalam blender, kisar hingga sebati. Jangan lama sangat nanti tak sedap kalau halus sangat sambal. Letak sedikit serbuk secukup rasa. 3.Semasa kisar jangan masukkan air, cukup sekadar dengan kicap dan air limau nipis je. 4.Tuangkan sambal yang dikisar tadi ke dalam periuk. 5.masak di atas api sehingga mendidih. Tutup api sejukkan dahulu baru masukkan ke dalam botol.
Rasa masam manis acar buah memang memantapkan juadah yang dihidang. Campuran buah-buanhan jeruk dengan bawang, sos cili dan rempah kari padulah rasanya. Yang bestnya acar ni menjadi makin sedap bila dah dua tiga hari. Barulah mesra buah dengan ramuan.
Acar ni memang cukup sesuai dengan jamuan kenduri kendara atau untuk meraikan tetamu yang datang ke rumah. Kalau min, suka sangat makan dengan Nasi Minyak atau Beriani. Jom cuba resipi yang dikongsikan dalam FB Resepi Masakan ini.
RESEPI ACAR BUAH (5KG)*
BAHAN- BAHAN :
3 kg buah-buahan jeruk kering berlainan jenis
7 biji jeruk limau
200gm jeruk mangga
1 cawan cili kisar
1 cawan rempah kari ikan
17 ulas bawang putih( sebiji2)
17 ulas bawang kecil( sebiji2)
30 biji cili api
2 inci halia- mayang nipis panjang2
1/2 botol sos cili
1 cawan cuka makan
Gula (ikut rasa masing2)
Garam secukup rasa
3 cawan minyak masak
BAHAN TUMIS
1 sudu besar biji sawi
1/2 sudu besar jintan manis
5 tangkai daun kari – optional
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan hingga naik bau, masukkan cili kisar tadi dan kacau hingga sehingga pecah minyak
2. Kemudian masukan rempah kari ikan yg dibasahkan dgn sedikit air terlebih dahulu ye dan masak lagi selama lebih kurang 30 minit. Api jgn kuat.. Jgn masuk gula dulu ye.. Masukkan sedikit garam, cuka & sos cili..kacau lagi,lama2 sikit ye.
3. Masukkan gula, kacau seketika lagi.
4. Masukkan halia kemudian kacau sehingga sebati.
5. Masukkan buah2 jeruk yang keras terlebih dahulu dan kacau sehingga empuk.
6. Akhir sekali masukan buah2 yang lembut bersama bawang putih, bawang merah & cili api,kacau sehingga sebati.. Perasakan.. Kalau tak cukup manis boleh tambah gula..Tutup api, kalau rasa minyak banyak bertakung, boleh diasingkan minyaknya.
7. Simpan 2-3 malam dulu sehingga mesra kesemua buah dan barulah lebih sedap kalau di makan.
8. Bolehlah di hidang.
Sambal goreng jawa sebenarnya lebih dikenali di negeri Johor. Ia selalu dihidangkan pada majlis keramaian atau kenduri-kendara, termasuklah Hari Raya. Tapi, boleh je dihidangkan pada hari biasa dan makan bersama nasi putih pun boleh. Jom kita cuba resepi ni!
RESEPI SAMBAL GORENG JAWA
Bahan-Bahan
1 paket tempe dipotong kecil 1 keping tauhu dipotong kecil 1 biji kentang dipotong kecil Kacang panjang dipotong serong 1 genggam ikan bilis ditumbuk lumat 1 biji bawang besar dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 5 tangkai cili padi dihiris (Jika nak pedas) 10 tangkai cili kering dpotong serong 1 paket suhun Kicap manis Suku cawan air asam jawa Garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan
1) Goreng semua tempe, ubi kentang, tauhu & ketepikan. 2) Masukkan sedikit minyak & tumis ikan bilis yg telah ditumbuk lumat tadi. 3) Masukkan bawang besar, bawang putih, cili kering & cili hijau 4) Masukkan suku cawan asam jawa & kicap manis (direnjis renjis) 5) Masukkan suhun 6) Masukkan tempe, ubi kentang & tauhu yg sudah digoreng 7) Masukkan garam & gula secukup rasa 8) Gaulkan sehingga kering & siap!
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.