Garlic Chili Oil Homemade, Enak Dimakan Dengan Bubur

Share

Nak masak Garlic Chili Oil tidak sukar. Tak sampai 10 minit dah siap. Mudah je, cuma guna 3 bahan. Paling penting untuk masak chili oil ni, api tak boleh besar.

Sedap untuk dimakan bersama bubur, sup ayam dan cicah dengan dumpling. Boleh follow resipi yang dikongsi oleh Puan Zurina Zulkefli. Selamat mencuba.

Garlic Chili Oil Homemade

Bahan-bahan:

2 sudu besar chili flakes
(Chili flakes yang diguna ini, chili flakes korea (Gochugaru).Sebelum ni saya guna chili flakes yang biasa, ada jual dipasar jenama Meriah – RM2 je. Sedap.

4 sekawan

7 ulas bawang putih dicincang halus, lagi halus lagi rangup.
Boleh guna mesin kisar tangan/manual.

Cara membuat:

1.Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.

2.Masukkan dahulu 4 sekawan.

3.Kemudian masukkan bawang putih Gaul dan masak.

4.Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.

5.Masukkan chili flakes dan 2 cubit garam halus untuk rasa sedikit masin.Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.

6.Siap.

7.Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes.

8.Chili oil makan dengan bubur kosong memang sedap. 

Kredit: Zurina Zulkefli

Published by
Putri