Garlic PopCorn Chicken dengan Lemon Thyme, menu sesuai untuk dijadikan kudapan seisi keluarga. Menggunakan bawang putih sebagai bahan utama selain isi ayam, rasanya memang cukup membangkitkan selera.
Bawang putih yang diketahui memang bagus untuk kesihatan, sangat sesuai untuk dijadikan hidangan kudapan bersama keluarga.
Goreng hingga keperangan makan pula dengan sos cili atau sos Thai, tahu-tahu habis sepinggan popcorn Chicken ni. Nak tahu kesedapannya jangan lupa cuba!
Garlic Popcorn Chicken Dengan Lemon Thyme
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ayam bahagian Dada dibuang tulang
Sebiji telur
Tepung Bestari Asli
5 ulas bawang putih fine chopped
Paprika
Lemon Thyme
Garam
Lada Hitam
Air
Ads
CARA PENYEDIAAN:
Ayam dipotong Dadu. Kemudian campurkan semua bahan-bahan lain. Gaul sebati.
Perap ayam dalam 30 minit. Panaskan minyak dan goreng.
Gunakan api sederhana supaya ayam yang dimasak tidak terlalu garing.
Siap dan sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan cili sos atau sos Thai
Ayam, lauk paling digemari oleh anak-anak, selain mudah dimasak, ia juga boleh dipelbagaikan resipinya. Antara menu ayam yang menjadi kegemaran ramai adalah ayam yang dimasak ‘sambal’. Sesuai di penghujung Ramadan ini, bangkitkan selera seisi keluarga dengan tiga menu sembal ayam yang berbeza, tapi hasilnya gerenti sedap hingga menjilat jari.
AYAM SAMBAL MINANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
500ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
6 helai daun limau purut
4 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
10 tangkai cili kering | rebus
5 biji buah keras
3cm lengkuas
2cm halia
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama serai dan daun limau purut.
Setelah timbul minyak dan wangi, masukkan ayam, kacau rata dan tutup seketika kuali.
Selepas 2-3 minit buka penutup dan kacau rata lagi.
Biarkan mereneh atas api sederhana hingga air ayam kering.
Masukkan santan dan asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah pekat, masukkan kerisik dan kacau lagi.
Kecilkan api, biarkan ia mereneh lebih kurang lima minit lagi.
Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
AYAM SAMBAL DAUN LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
1 biji limau nipis | ambil airnya sahaja
5 helai daun limau purut | hiris halus
1 batang serai titik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji cili merah
10 tangkai cili kering | rebus
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai dan hirisan daun limau purut hingga wangi.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis tadi.
Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika.
Tutup api dan ayam sambal sedia dihidangkan.
AYAM SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
1 biji limau nipis | ambil airnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
8 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam halus dan sedikit serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan ayam,goreng tadi gaul rata.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Kalau badan rasa tak sedap, seperti nak demam elok sangat buat sup ayam. Tapi jangan buat sup ayam biasa, cuba buat sup ayam halia lada hitam ini. Lepas makan memang terus berpeluh, kembali segar dibuatnya. Sup ini juga sesuai untuk ibu dalam pantang.
Cara buat sup ayam halia lada hitam
Bahan-bahan
1 mangkuk ayam – dipotong dan dibersihkan
1 batang serai – dipotong panjang dan diketuk.
2 ini halia – diketu dan dihiris memanjang
1 sudu makan lada hitam
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah dan
2 ulas bawang putih -dihiris
Sedikit daun bawang – dipotong
1 sudu gula
Garam secukup nya
1. Masak air sehingga mendidih, lebihkan air untuk menghirup sup.
2. Tumbuk bawang merah, putih dan lada hitam.
3. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, halia, bahan tumbuk, ayam, garam dan gula. Tutup dan biarkan ayam masak.
4. Selepas ayam sudah masak, masukkan bawang putih dihiris dan daun bawang. Biarkan seketika dan tutup api. Sedia dimakan.