Resipi Kerabu Ikan Bilis perkongsian saudari Haslina Muhammad ni memang cukup mudah. Bahan tak banyak dan boleh disediakan dalam masa yang cukup singkap. Janji bahan semua ada, hiris halus, goreng, gaul rata dan perasakan sahaja. Dah boleh hidang. Bagi anda yang belum ada idea nak masak menu apa, bolehlah cuba lauk ni. Pasti berselera.
RESEPI KERABU IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis secukupnya – beli online disini
Bawang besar – beli online disini
Bunga kantan
Serai
Daun ketumbar (jika ada)
Cili padi
Tomato
Jus perahan limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Jumlahnya bergantung sebanyak mana kerabu yang anda nak buat.
2. Hiris halus semua bahan-bahan kerabu yang lain. Satukan dalam bekas.
3. Gaul rata semua bahan supaya bercampur rata.
4. Tuang jus limau kasturi dan perasakan dengan garam sert gula dengan secukupny.
5. Nikmati segera.
NOTA: Untuk rasa kerabu yang mempunya tekstur rangup ikan bilis, terus nikmati sebaik sahaja ia siap disediakan. Barulah rasa lebih enak. Bila sudah lama, bilis akan jadi sedikit lemau.
Kredit resipi & foto: Haslina Muhammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik-sepanjang-bulan-ramadan/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official